SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday 29 August 2012

Soft Skills - Pentingkah kawan?


Setelah anda fikirkan tentang kemampuan anda bersaing, anda akan nampak apa persediaan yang anda perlu lakukan mulai sekarang. Saya akan bincangkan mengenai kemahiran-kemahiran yang anda boleh perolehi semasa anda masih bergelar seorang pelajar.

Hari ini, mari kita bercakap tentang kemahiran yang anda sedia ada. Kaji diri anda. Apakah kemahiran atau kekuatan anda yang sedia ada? Apakah perkara yang anda dapat lakukan dengan baik?

Contohnya, anda mungkin pandai berkawan. Ramai pelajar suka berkawan dengan anda. Malah, anda boleh bergaul dengan mana-mana pelajar sekalipun sama ada mereka ini pelajar cemerlang, tidak cemerlang, pendiam, peramah, pemalu dan kaki buli sekalipun. Pandai berkawan adalah satu kemahiran. Jika anda tidak tahu kemahiran apa yang anda ingin kuasai sewaktu belajar, saya akan cadangkan anda belajar kemahiran berkawan.

Ini kerana, jika anda pandai berkawan, anda boleh menyesuaikan diri anda di mana sahaja anda berada nanti. Bukan itu sahaja, kawan yang baik adalah satu faktor penting dalam mencapai kejayaan. Lihat disekeliling anda. Lihat pada kawan-kawan anda tidak kira anda rapat dengan mereka atau tidak.

Suatu hari nanti, ada antara kawan-kawan anda itu akan capai kejayaan yang hebat dalam hidup mereka. Ada kawan anda yang jadi terkenal suatu hari nanti. Ada kawan anda yang akan berpangkat Dato’, Tan Sri atau Dato’ Sri nanti. Anda tidak nampak perkara itu sekarang. Jadi, jika anda pandai berkawan, kawan-kawan anda ini akan membantu atau sekurang-kurangnya memberi semangat kepada anda untuk berjaya suatu hari nanti.
Sumber:  Osman Affan

Monday 27 August 2012

Ibu bapa sibuk, anak boleh sakit mental

PUTRAJAYA – Ramai remaja dan kanak-kanak di negara ini mengalami masalah kesihatan mental disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat termasuk ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi anak-anak.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai, isu masalah kesihatan mental kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun meningkat daripada 12.3 peratus pada tahun 1996 kepada 19.1 peratus tahun ini.
“Peningkatan yang sama juga berlaku di kalangan remaja berusia 15 dan 16 tahun daripada 13.4 peratus pada 1996 kepada 22.2 peratus pada tahun ini,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Masalah tersebut dikesan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan peningkatan terhadap isu kesihatan mental di kalangan golongan berkenaan pada tahun ini berbanding kajian 2006.

Tinjauan itu turut menunjukkan peningkatan terhadap masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan masyarakat negara ini.

Tiong Lai memberitahu, kajian itu walaupun tidak mengkaji punca berlakunya peningkatan berkenaan tetapi beliau berpendapat masalah kesihatan mental itu berpunca daripada ramai ibu bapa yang sibuk bekerja dan tiada masa mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak mereka.

Sumber: KOSMO Online,
Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

Wednesday 8 August 2012

8 TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Sudahkah anda bersedia menghadapi peperiksaan khusunya pelajar SPM dan PMR? Bagaimana cara terbaik dan ciri hebat menghadapi peperiksaan? Mungkin ada yang tertanya-tanya, tetapi sebenarnya ada banyak cara untuk menghadapi peperiksaan, namun demikian saya ada sertakan 8 tips untuk sedikit sebanyak membantu dalam persediaan terutama seminggu sebelum menghadapi peperiksaan.

1.      1. Ulangkaji Pantas
Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi memberi kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

2.      2.  Mengajar Orang lain
Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

3.  3.  Semak Jadual
Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu

4.      4.  Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan
Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, alat geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. 

5.      5.  Mohon Maaf
Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan mohon restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

6.      6.  Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok
Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

7.      7.  Jaga Pemakanan
Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela jika berlaku situasi sering berulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. 

8.      8.  Berdoa
Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dari-Nya.

Sumber : Tips Bijak Menghadapi Peperiksaan

Monday 6 August 2012

TAHNIAH UBK SMK CHERAS MENANG LAGI...!!!


TAHNIAH UNIT KAUNSELING SMK CHERAS SEKALI LAGI DINOBATKAN SELAKU SEKOLAH TERBAIK DALAM KARNIVAL KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT WILAYAH PUDU TAHUN 2012 .. TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA PESERTA, PRS, GURU-GURU KAUNSELING DAN GURU-GURU PRATIKUM... ANDA SEMUA MEMANG TERBAIK. 


Tahun ini, SMK Cheras mendapat tempat bagi kategori berikut; 
  • JOHAN Pertandiangan Folio Kerjaya 
  • JOHAN Persembahan Multimedia Eksplorasi Alam Kerjaya 
  • JOHAN KESELURUHAN Eksplorasi Alam Kerjaya 
  • JOHAN Membina Media Maklumat Kerjaya
  • TEMPAT KETIGA Pesembahan Sketsa Kerjaya (cipta sejarah mendapat tempat dalam bertandingan semenjak sekian lama)
Folio Kerjaya 

Eksplorasi Alam Kerjaya

 Membina Media Maklumat

Sketsa Kerjaya

PRINSIP KEJAYAAN

Kita bertuah dan bersyukur kerana dilahirkan dengan tubuh badan yang sempurna. Cukup sifat dan dapat melalui kehidupan yang bahagia. Sebaliknya ada orang dilahirkan dengan tubuh badan yang kurang sempurna. Kita kategorikan mereka ini sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Namun ada kalanya kita memberi tafsiran yang salah tentang OKU.

Walaupun tidak cukup sifat-sifat fizikal, ada antara mereka yang sangat berjaya dalam hidup, akademik dan bisnes.

Kejayaan yang dikecapi adalah kerana mereka memiliki prinsip diri yang hebat, bertenaga dan mampu merangsang fikiran dan spiritual untuk tabah menghadapi cabaran. Jika OKU mampu berjaya dalam hidup, kenapa orang yang sempurna fizikal memberi banyak alasan dan mengalah apabila berhadapan dengan cabaran?

Inilah yang kita perlu fikirkan.

Cikgu tertarik dengan prinsip yang diada pada Steve Jobs pengasas Apple Product.
Ringkasnya, prinsip-prinsip yang menjayakan mereka semua, khususnya Steve Jobs ialah:
  1. Buatlah apa yang anda suka. Seseorang tidak dapat menghasilkan sesuatu melainkan orang itu menginspirasikan dirinya sendiri, demikian pendapat Steve Jobs. Katanya, "People with passion can change the world for the better". Bahkan katanya, "Kehidupan ini terlalu pendek untuk hidup di bawah impian seseorang". Justeru jika anda masih belum menemui apa yang anda suka, teruskan mencari dan jangan berdiam diri".
  2. Berikan impak kepada dunia. Ini berhubungan dengan seseorang yang mempunyai visi yang besar. Maknanya kita boleh melihat apa yang hendak dicapai dalam puluhan tahun akan datang. Dalam hal ini kita harus mengemukakan cabaran-cabaran yang positif supaya kita bersemangat melakukan inovasi. Inilah yang menghasilkan Macintosh, Apple dan akhirnya iPad.
  3. Hubungkan benda-benda (perkara-perkara) yang mencetuskan kreativiti. Katanya, "Kreativiti hanyalah menghubungkan benda-benda itu". Maksudnya orang yang mempunyai pengalaman yang luas kerapkali dapat melihat perkara-perkara yang orang lain lupa atau tertinggal. Inilah yang berlaku kepada Steve yang pada mulanya meminati kaligrafi, tetapi akhirnya membawa kepada penghasilan komputer pertama,  Macintosh.
  4. Bersedia mengatakan "Tidak" terhadap seribu perkara. Kata steve, "Inovasi terhasil daripada mengatakan TIDAK kepada seribu perkara.
  5. Hasilkan pelbagai pengalaman baru dengan gila-gila. Syarikat Apple sendiri pada hakikatnya tidak menumpukan kepada penghasilan satu produk sahaja. Hasilkan apa saja yang bermakna kepada kehidupan. Contohnya ialah sebuah stor Apple yang diinspirasikan oleh Steve Job telah menarik 17,000 pelanggan sehari dan menyumbangkan pendapatan terbesar bagi setiap inci luasnya. Stor itu dikatakan membantu memperkayakan (pengalaman) kehidupan semua yang melawatnya.
  6. Kuasai pesanan. Anda mempunyai seribu idea, dan meskipun anda tidak dapat menyampaikan idea-idea itu dengan berkesan, jangan kisahkan sangat. Teruskan sampaikan informasi, beri didikan, ilhamkan dan hiburkan sebagaimana yang dibuat oleh Steve di dalam satu sesi penerangan. Ini merupakan teknik komunikasi yang digunakan oleh CEO Apple, Steve Jobs. Jelasnya, berfikirlah secara visual. Gunakan kedua-duanya, iaitu perkataan dan gambaran untuk menyampaikan maklumat dengan cara paling berkesan.
  7. Akhir sekali, jual impian, bukan produk. Ramai pengguna tidak kisah sangat mengenai produk kamu, tetapi mereka sangat kisahkan diri mereka, harapan, dan cita-cita mereka. Steve mengajar kita bahawa jika kita membantu pengguna mencapai impian mereka, maka kita akan berjaya memenangi hati mereka.

Monday 11 June 2012

Artikel : Tingkah Laku berisiko

Ramai para psikologi percaya yang perkara utama remaja inginkan adalah mempunyai personaliti yang berasingan dari ibu bapa mereka (Keating, 1990). Salah satu cara untuk mencapai hasrat tersebut menyebabkan remaja terjebak dalam tingkah laku yang tidak seiring dengan nilai dan norma ibu bapa dan masyarakat. Jessor (1992) berkata bahawa tingkah laku berikut selalu “befungsi, bertujuan, penting dan berhala tuju”, dalam membantu remaja berpisah dari ibu bapa dan menjadi lebih dekat dengan rakan rakan. Walaupun sebahagian dari tingkah laku ini tidak membahayakan seperti fesyen pakaian dan rambut, tetapi kebanyakkannya membawa kepada peningkatan hasil yang tidak dijangkakan, sesetengahnya juga menyebabkan perubahan hidup yang serius. Tingkah laku ini sering dikaitkan dengan tingkah laku berisiko dan termasuk penyalahgunaan dadah, berjudi, penggunaan tembakau dan alcohol, keganasan dan
aktiviti seks bebas.

SEKS BEBAS DAN JENAYAH SEKSUAL

Dalam negara mengorak langkah menerajui era baru dan sekali gus melaksanakan matalamat wawasan 2020, tanpa kita sedari matlamat itu hanya tinggal angan-angan sahaja apabila tonggak negara (remaja) sepertinya telah hilang entah ke mana. Kepelbagaian masalah social berlaku. Dan salah satunya adalah seperti yang tersebut di atas.

PENGARUH INTERNET TERHADAP PELAJAR

INTERNET kini menjadi medium perhubungan komunikasi yang popular di kalangan rakyat Malaysia malahan ia turut menjadi medium pilihan rakyat Dunia sebagai satu cara baru dalam berkomunikasi dan juga bakal menjadi medium komunikasi utama dunia tambahan pula ‘talian telefon internet berasaskan IP‘ semakin popular dewasa ini.
Kewujudan internet banyak juga pro dan kontranya terhadap masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khasnya. Kini di Malaysia Internet menjadi ‘medium penyampaian’ baru apabila kebanyakkan pemimpin menggunakan platform blog untuk menyampaikan maklumat termasuklah Perdana Menteri Malaysia sendiri yang juga turut menggunakan blog sebagai medium penyampaian.

HALUAN SELEPAS SPM


Institut Pengajian Tinggi (Program Diploma IPTA/IPTS)
Ini ialah pilihan utama bagi kebanyakan individu. Hatta, tak kurang juga yang memilih untuk ke IPT untuk glamor semata-mata ye. Dapat sahaja slip SPM tu, kebanyakan diantara pelajar mula memikirkan universiti mana yang mereka nak masuk, nama-nama seperti UiTM, UIAM, UM, MMU, UTP, UniKL mula menjadi topik hangat dalam kalangan pelajar. Belum lagi diceritakan tentang kursus-kursus yang nak dipilih, ada yang pilih Business Study, Islamic Banking, Accounting, Architecture and Engineering, Computer Science dan lain-lain.

DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH SEMAKIN MEROSOT

Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, “ Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.

Tuesday 5 June 2012

Pengurusan Tekanan


Definisi dan pengenalpastian sebab-sebab tekanan jiwa  boleh dilakukan menerusi aspek-aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual. Kesan tekanan juga melibatkan keluarga dan masyarakat.

Biologi
Cara Mudah untuk mengenalpasti tekanan pada tubuh :
1. Kenal pasti kawasan tubuh yang mengalami ketegangan otot.
2. Suhu tangan lebih tinggi daripada suhu leher.
3. Berpeluh dengan perasaan gelisah.
4. Denyut nadi melebihi 80 denyutan seminit.
5. Bernafas dengan tercungap-cungap.

Monday 4 June 2012

Tip mengurangkan stress


1)   Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
2)   Memperbanyakkan membaca Al-Quran
3)   Memperbanyakkan Solat Sunat
4)   Selalu berdoa kepada Allah swt
5)   Bersangka baik dengan Allah
6)   Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
7)   Amalkan diet yang disiplin
8)   Menangis dengan sepuas hati
9)   Hargai kebolehan diri sendiri
10) Cintai diri sendiri

Saturday 2 June 2012

Tips Belajar Berkesan

Pernahkah anda menghadapi situasi begini, anda telah berhempas pulas mengulangkaji pelajaran, malangnya sewaktu di dalam dewan peperiksaan, soalan ujian itu seperti tidak terjawab kerana segala fakta yang dibaca hilang entah ke mana. Setiap mempunyai otak yang sama hanya bergantung kepada cara individu menggunakannya.

Friday 1 June 2012

5 Tanda Hati Keras Membatu

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melakukan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah.
Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud:“Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan”. (surah At-Taubah : 54)

Thursday 31 May 2012

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
    - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
      manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu
      tidak tenang.

Wednesday 30 May 2012

Jadilah orang yang disenangi!

Sesiapa sahaja tentu suka jika dirinya disukai dan disenangi rakan-rakan, keluarga dan masyarakat sekeliling. Mungkin beberapa panduan di bawah dapat memberikan anda tips untuk menjadikan diri anda disenangi dan disukai. Cuba amalkan!

Wednesday 23 May 2012

Belajar Teknik Belajar (Di Sekolah dan Universiti)

:: Belajar Secara Berguru ::

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendak dicari,
Mana yan dapat janganlah dilupa.

35 Petua Pelajar Cemerlang Dato Dr Fadzilah Kamsah

Pelajar Cemerlang akan menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a). kita ingat 10% apayang dibaca.
b). kita ingat 20% apa yang didengar.
c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat.
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan.
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan.



Tuesday 22 May 2012

Kaunseling ISLAM Satu Alternatif Baru di Malaysia


Dalam mengaplikasikan kaunseling moden, terdapat beberapa pendekatan yang digunakan bagi menyelesaikan masalah klien di antaranya kognitif, afektif, psikoanalisis, humanistik dan ketingkahlakuan. Rata-rata teori yang menjadi asas kepada pendekatan ini lebih kepada rasional dan logik. Dalam Islam sekalipun ia tidak menolak hakikat bahawa akal juga merupakan alat untuk menilai sesuatu, tetapi bukan secara total. Kerana ia lebih bersifat subjektif yang boleh dipertikaikan kemampuannya. Akal bersifat terbatas, maka bukan semua perkara boleh dianalisis dengan akal. Justeru wahyu pula merupakan sumber hakiki yang tidak boleh dikesampingkan dalam mencari jawapan kepada permasalahan sejagat. Islam pula yakin selagi manusia tidak berpegang kepada petunjuk wahyu (Al-Quran dan As-Sunnah) mereka tidak akan menemui jalan penyelesaian yang sebenar, jauh pula untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t yang menjadi matlamat hidup insan muslim itu sendiri.

Minda Kreatif dan Inovatif

Universiti adalah tempat yang paling sesuai untuk "menjana minda kreatif dan inovatif". Tagline ini dirangka untuk menggalakkan aktiviti keilmuan berasaskan kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang, tidak terhad kepada sains dan teknologi.

Kursus Berfikir Tinggi 1

Kumpulan definisi pertama menyatakan berfikir sebagai sesuatu yang berlaku. Antara definisinya ialah :
"Perkara-perkara non-material yang berlaku dalam minda".
"Proses-proses mental yang dibuat oleh diri sendiri".
"Secara amnya, sebarang proses mental tanpa mengira sama ada terdapat hasil ataupun tidak".
"Pemprosesan data oleh minda".

Thursday 17 May 2012

Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2012



KUALA KANGSAR 16 Mei - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Omar Mohd. Hashim dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2012,

Guru Berinovasi adalah Guru Berkualiti dalam Era Globalisasi - Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA KANGSAR 16 Mei - Guru berinovasi merupakan guru yang berkualiti dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saturday 28 April 2012

PRAKATA

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah Malaysia telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lepas. Kepentingan dan keperluan perkhidmatan ini sangatlah penting. Kehidupan setiap manusia di dunia ini dipenuhi dengan siri situasi yang tidak berkesudahan di mana pemilihan dan penyesuaian perlu dilakukan. Perkhidmatan bimbingan pada semua peringkat pendidikan sama ada sekolah rendah, sekolah menengah atau institusi pendidikan tinggi merupakan satu bentuk perkhidmatan peribadi. Antara sebab kenapa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu dilakukan dan diperkukuhkan di sekolah-sekolah ialah :