SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 11 June 2012

HALUAN SELEPAS SPM


Institut Pengajian Tinggi (Program Diploma IPTA/IPTS)
Ini ialah pilihan utama bagi kebanyakan individu. Hatta, tak kurang juga yang memilih untuk ke IPT untuk glamor semata-mata ye. Dapat sahaja slip SPM tu, kebanyakan diantara pelajar mula memikirkan universiti mana yang mereka nak masuk, nama-nama seperti UiTM, UIAM, UM, MMU, UTP, UniKL mula menjadi topik hangat dalam kalangan pelajar. Belum lagi diceritakan tentang kursus-kursus yang nak dipilih, ada yang pilih Business Study, Islamic Banking, Accounting, Architecture and Engineering, Computer Science dan lain-lain.


Kehidupan di IPT boleh dikatakan agak menyeronokkan berbanding kedua-dua pilihan lain tadi. Masakan tidak, dengan kebebasan sepenuhnya, diri sendiri berhak menentukan apa yang terbaik dan apa yang buruk. Segalanya bergantung kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang lain. Ditambah pula dengan jadual waktu kuliah yang fleksibel dan boleh disusun sendiri oleh pelajar. Pilihan kursus pengajian yang banyak merupakan satu kelebihan untuk pelajar IPT, sebagai contoh, dengan penggunaan accumulated course untuk sesebuah program membolehkan pelajar mengambil subjek-subjek tanpa pre-requisite terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko gugur taraf sekiranya CGPA tidak mencukupi.

Tambahan lagi, dengan menyambung pengajian di IPT, kemudahan pembiayaan kini boleh diperolehi dengan mudah. Dengan kemudahan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau dana Majlis Amanah Rakyat (MARA), pelajar boleh menyambung pengajian kepada kebanyakan kursus yang diminati dengan mudah. Hanya perlu penjamin dan tandatangan :)
Kebaikan Diploma dari segi pendidikan berterusan ialah kebolehupayaan pemindahan kredit (credit transfer), sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar telah tamat pengajian @ konvokesyen untuk program Diploma Sains Komputer, dia boleh memindahkan kredit dari program Diploma ke program Ijazah. Maka, terdapat kursus-kursus pengajian yang tidak perlu diambil untuk menamatkan sesuatu program pengajian.

Berbeza dengan Pra-Universiti, walaupun terdapat sesetengah program Pra-U dijalankan di kampus-kampus IPT, sebagai contoh Pusat Asasi UiTM, Pusat Asasi UM dan sebagainya, kebanyakan pelajar yang menuntut di IPT (selain program Pra-U) boleh dikatakan kurang tertekan. Hal ini kerana, peperiksaan dijalankan secara berjadual dan diusulkan terlebih dahulu (3 minggu lebih awal), tugasan selalunya diberi masa 2-3 minggu sebelum tarikh tamat dan projek akhir selalunya dibuat dalam berkumpulan.
Dari sudut yang lain pula, kehidupan yang agak bebas dan rileks di kebanyakan IPT di Malaysia khususnya yang bertempat di Kuala Lumpur dan Selangor lebih menyebabkan sesetengah pelajar untuk tidak fokus kepada pengajian. Maklumlah, bila parent dah tak awasi, macam-macam boleh berlaku tu, boleh jadi pelajar akan menghabiskan cuti hujung minggu melepak di pusat-pusat membeli belah atau hiburan. Malahan, jika dinilai dari aspek pergaulan, pelajar-pelajar lebih mudah terpengaruh dengan sikap rakan-rakan mereka. Sebagai contoh: Yang bukan menghisap rokok tak mustahil akan menjadi seorang penghisap rokok yang tegar.

Selain itu, pelajar yang kurang bijak menguruskan diri dan masa boleh mendatangkan masalah besar. Hal ini kerana, walaupun pelajar diberitahu tentang tugasan dan projek akhir ada kalanya 2-3 minggu lebih awal, kebanyakan pelajar lebih gemar menangguhkan kerja tanpa alasan yang sewajarnya.
Dibandingkan dengan program IPT setaraf Diploma yang lain, seseorang pelajar mungkin akan sedikit ketinggalan berbanding pelajar yang lain. Sebagai contoh, berlandaskan program 5 semester Diploma, pelajar yang memasuki IPT pada usia 18 tahun akan konvokesyen pada usia 21 tahun. Sedangkan pada masa yang sama, pelajar Pra-Universiti telahpun menjalani proses konvokesyen untuk Ijazah manakala pelajar Tingkatan 6 (STPM) sudah berada di tahun pertama/kedua untuk program Ijazah.

Program Pra-Universiti (Asasi dan Matrikulasi)
Bagi sesetengah pelajar yang berkelayakan dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, matrikulasi dan asas menjadi pilihan utama. Perlu diingatkan, Pra-Universiti ialah program khas untuk pelajar-pelajar cemerlang. Program ini juga dikenali sebagai trek pantas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah. Matrikulasi dan Asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program Diploma.

Program Pra-Universiti boleh dikaitkan dengan individu pelajar yang mengimpikan cita-cita untuk bergelar seorang doktor (Dr.) dan menyambung pengajian di universiti-universiti terkemuka seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya.
Matrikulasi lebih umum dalam menawarkan program satu tahun (lebih kurang 9 bulan) dan ada juga program dua tahun (lebih kurang 18 bulan). Matrikulasi yang menjadi pilihan kebanyakan pelajar  kini ialah matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian, seperti yang dinyatakan diataus, terdapat beberapa IPTS dan IPTA menawarkan program Asasi di kampus-kampus mereka.
Salah satu kelebihan besar prlejar-pelajar Pra-Universiti ialah kebolehupayaan untuk melangkau program Diploma. Hal ini demikian kerana, kebanyakan program Diploma (termasuk yang aku tengah study sekarang ni) mengambil masa sehingga 5-6 semester iaitu bersamaan dengan 2 tahun 5 bulan atau 3 tahun (2 semester = 1 tahun). Jadi, bayangkan dengan usia semuda 18 tahun, pelajar memasuki program Pra-Universiti dan keluar pada usia 19 tahun dan seterusnya memasuki program Ijazah. Sekiranya pelajar konvo pada masa yang tepat, dalam usia 21-22 tahun, pelajar sudah melangkah ke alam pekerjaan dengan segulung Ijazah
:)
Dari aspek yang lain, berbeza dengan program Diploma dan Tingkatan 6 (STPM), perlu dingatkan bahawa sijil Asasi dan Matrikulasi boleh dikatakan tidak laku untuk pekerjaan. Pelajar yang telah tamat program Pra-Universiti wajib menyambung pengajian ke program Ijazah dan sorry to say, sekiranya seseorang pelajar tersebut gagal dalam Pra-Universiti, pelajar terpaksa mengulang permohonan untuk menyambung pengajian menggunakan kelulusan SPM.
Selain itu, pelajar Pra-Universiti juga turut perlu bersaing dengan pelajar-pelajar Diploma (semester akhir), dan Tingkatan 6 dalam usaha untuk merebut tempat di IPT dalam peringkat Ijazah.

Tingkatan 6 (Sijil Tinggi Pelajara Malaysia / STPM)
Tingkatan 6 boleh dikatakan sering menjadi pilihan terakhir (fail-save choice) oleh pelajar apabila mereka gagal meraih tempat ke IPT apatah lagi ke Program Pra-Universiti. Selain itu, kemudahan prasarana pendidikan di Malaysia dan kolej-kolej swasta yang tumbuh bak cendawan yang semakin banyak menawarkan kursus-kursus atau program-program untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu faktor wujudnya sikap sebahagian besar lulusan SPM yang seolah-olah mengetepikan tingkatan enam. Hattta, ada yang sanggup duduk di rumah sahaja atau terus bekerja menggunakan kelulusan SPM berbanding melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 kerana alasan “tingkatan 6 kurang populariti dan glamor”.

Mungkin, ada yang merasakan program ke Tingkatan 6, STPM kurang relevan lagi pada masa kini, namun tahukah korang bahawa setiap nama pelajar SPM telah pun didaftarkan didalam sekolah-sekolah yang bersesuai di Tingkatan 6 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya tinggal korang memilih untuk menerima tawaran atau tidak. Janganlah memberi alasan yang tidak masuk akal seperti “Tingkatan 6 kena pakai baju sekolah balik”, “baju kurung sekolah aku dah kena bakar” atau ‘Tingkatan 6 kena pergi sekolah”.

Hal ini berlaku kerana golongan pelajar ini beranggapan pendidikan di peringkat Tingkatan 6 lebih susah dari IPT, dan merupakan jalan yang lambat berbanding menggunakan saluran Pra-Universiti untuk ke peringkat Ijazah. Menurut perspektif masyarakat yang aku perhatikan, kebanyakan golongan yang berminat untuk ke Tingkatan 6 merupakan bangsa Cina. Kebanyakan dari bangsa ini jarang dilihat memilih Diploma sebagai kelulusan utama. Mereka sanggup mengambil peperiksaan STPM untuk menyambut pengajian di peringkat Ijazah bahkan mendapat prinsipal yang cemerlang dalam STPM.

Jika dikaji dengan teliti, pendidikan Tingkatan 6 boleh dianggap sebagai self-centered learning. Kerana melalui proses ini, pelajar didedahkan dengan cara menyelesaikan masalah dan pendidikan berpusat pelajar (bukan guru seperti semasa SPM). Jadi, pelajar tidak akan mengalami kejutan budaya apabila tiba di zaman IPT untuk meneruskan peringkat Ijazah setelah lulus didalam peperiksaan STPM. Apatah lagi setelah Tingkatan 6 diperkenalkan dengan sistem modular.

Kejutan budaya yang macam mana aku maksudkan? Cuba lihat, di IPT, pendidikan lebih berpusatkan pelajar untuk sesetengah program pengajian, dimana pelajar perlu menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberi  dengan menggunakan segala sumber yang ada. Cara ini berbeza semasa zaman persekolahan Tingkatan 5. Maka, di Tingkatan 6, pelajar dilatih untuk menerapkan konsep pendidikan IPT dan dalam masa yang sama, dibimbing oleh guru.

Buat masa ini, sukar untuk aku perhatikan apa kontra pengajian pada tahap tingkatan 6. Mungkinkah kerana aku seorang pelajar IPT? Entahlah. Tapi, kalau tak silap aku, ramai yang mengatakan, Tingkatan 6 kebanyakkan menghadapi masalah bantuan pendidikan dari aspek tuisyen dari pihak luar. Yang ni pun aku tak pasti samada betul atau tak sebab di  bandar-bandar kebanyakkanya telah menawarkan program tuisyen di peringkat STPM. Sebagai contoh PTK dan KEG. Apapun, kena mendapat tahap kecemerlangan (prinsipal) yang cemerlanglah dalam Tingkatan 6. Logiknya, kalau Tingkatan 6 ini untuk orang yang gagal dan takde orang yang berjaya sekiranya memasuki Tingkatan 6, mengapakah kerajaan hari ini masih buat Tingkatan 6?

Menurut seorang guru yang berpengalaman, Tingkatan 6  menawarkan Sijil Akademik yang tertinggi iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) manakala universiti pula menawarkan Diploma iaitu persijilan mengikut program atau dikenali sebagai Sijil Ikhtisas yang boleh dikatakan tahap pencapaian terendah. Jadi, pastikan anda memasuki universiti sekiranya anda mendapat tawaran Ijazah dan bukannya Diploma. Kalau Matrikulasi atau Asasi tu boleh lagi la sebab kedua-duanya bukan Diploma.