SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 31 July 2016

Kunjungan Ketua Sektor dan KOD Psikologi Kaunseling JPWP

27 July kami menerima kunjungan dari pihak pegawai kaunselor organisasi dari Pejabat Pendidikan Daerah Keramat iaitu Pn Katinah, PPW Sentul iaitu Pn Noorlia dan Ketua Sektor Psikologi Kaunseling JPWPKL iaitu Cik Rosnah Bt Abdullah. Kunjungan untuk meninjau inovasi terbaru UBK iaitu e klien yg akan dipertandingkan mewakili WPKL dalam kategori sistem maklumat pada pertandingan inovasi Bahagian Psikologi Kaunseling peringkat kebangsaan. Taklimat mula dijalankan di bilik mesyuarat dan di bilik kaunseling untuk meninjau inovasi dan intervensi. Semua pegawai kaunselor organisasasi dan Ketua Sektor telah mencuba e-pelawat kami.

Sunday 17 July 2016

Fashion Show KLMU

Pada 15 Julai UBK Mendapat jemputan dari KLMU untuk menyaksikan persembahan fesyen hasil rekaan student sini mendapat sambutan dari murid saya. Saya menjemput guru Rekaan Jahitan Pakaian untuk membawa murid dari kelas Rekaan Jahitan Pakaian dan kelas seni untuk hadir menyaksikan pertunjukan fesyen ini dan dapat membantu murid murid mengembangkan kreativiti mereka masing masing dalam industri fesyen. Terima kasih KLMU atas tajaan bas dan makanan.

Saturday 16 July 2016

PraPembentangan Inovasi Bhgn Psikologi Kaunseling

Pada 14 july kami menerima kedatangan dari pegawai kaunselor organisasi dari PPW Keramat iaitu Pn Katinah. Pn Katinah merupakan pegawai yg bertanggungjawab dalam memantau progress inovasi yg kami jalankan. Kami akan menyertai pertandingan inovasi kategori sistem maklumat yg dianjurkan oleh Bahagian Psikologi Kaunseling dan akan mewakili WPKL untuk peringkat kebangsaan. Terima kasih kerana sudi menjenguk kami dan memberikan pandangan. Sekarang kami menunggu pada 27 Julai ini untuk Ketua Sektor Psikologi Kaunseling iaitu Cik Rosnah Abdullah pula untuk turun dan memantau progress inovasi kami.

Friday 1 July 2016

Murid Juara Permata. Tahniah

Tahniah kepada murid Juara Permata untuk peperiksaan pertengahan tahun. Bagi yang mendapat straight A, mendapat RM50 dan alat tulis tajaan INTI College dan lencana Juara Permata. Bagi yang tidak mendapat straight A, mendapat alat tulis peperiksaan Faber Castle tajaan INTI College dan lencana Juara Permata