SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Tuesday 15 December 2015

Keputusan PT3 diumumkan

Hari yang mendebarkan bagi murid PT3 yang memperolehi keputusan akademik masing-masing semalam. Tahniah diucapkan kepada Ain Zafira yang memperolehi 9A tetapi 1C . Murid terbaik untuk PT3 sekolah yang menyaksikan tahun ini tiada murid yang mendapat straight A tetapi peningkatan kelulusan yang lebih baik berbanding tahun lepas.
Sebagai kaunselor, kami melayan pertanyaan dari ibu bapa mengenai aliran mata pelajaran elektif yang sesuai berdasarkan keputusan peperiksaan dan psikometrik anak masing -masing. Begitu banyak sijil yang diperolehi hari ini menyebabkan ibu bapa pada masa kini tidak memahami dengan lebih lanjut mengenai peranan pelbagai sijil yang diperolehi pada hari ini iaitu sijil PT3, sijil psikometrik, sijil PAJSK, dan sijil PBS.

Thursday 10 December 2015

Trip Guru Kaunseling SMK Cheras ke Sarawak

Program bersama Hari Psikologi Kaunseling Kebangsaan KPM dari 19 hingga 21 Oktober memberi peluang kepada kami berjalan ke Sarawak. Pada 22 Oktober kami geng guru kaunseling SMK Cheras ke Taman Negara Bako di Sarawak. Plan asal pada 22 dan 23 oktober membuat lawatan penandaaras tetapi sekolah di Kuching ditutup seminggu kerana masalah jerebu. Oleh itu pelan alternatif melawat negari orang ialah menyewa kereta RM 100 sehari untuk berjalan sekitar Kuching, Sarawak. Sepatutnya plan asal ialah ke SMK Bako untuk melawat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah itu kerana Cikgu Rozinani merupakan bekas guru di sekolah itu pada tahun 2001 hingga 2003 di Sarawak.

Di Taman Negara Bako kami memilih pakej pemandu pelancong  RM 80 untuk 4 orang selama 3 jam.  Pendaftaran RM 10 seorang untuk ke Taman Negara, sewa bot pergi balik RM 30 seorang. Kami mengambil trail yg paling pendek dan selesa untuk meneroka Taman Negara Bako memandangkan kami membawa outfit yang tidak begitu sesuai untuk meneroka ke trail lasak. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan sama ada pengembaraan di waktu malam atau siang dan pelbagai jenis trail dari mudah ke mencabar hingga ke air terjun.

Taman Negara ini terkenal kerana ia merupakan Taman Negara tertua di Borneo dan terkecil. Terdapat haiwan dari spesis probiosis yang terkenal yang hanya terdapat di Sarawak ini.

Esoknya ke Jong's Crocodile Farm and Zoo di Jalan Samarahan Serian lebih kurang 45 minit memandu dari bandar Kuching iaitu jalan yang sama melalui UNIMAS.  Bayaran masuk ialah RM 22.00. Tempat memelihara buaya yg mana kami dapat melihat dengan lebih dekat mengenai ciri-ciri buaya. Yang bestnya cara bagaimana buaya diberi makan oleh penjaga disini. Melihat buaya yang makan dengan lahap sekali dan melonjakkan badannya ke atas untuk mengambil.makanan mendapat sorakan penonton. Selain dari tempat utama memelihara pelbagai spesies buaya di tempat yg agak besar, tempat ini juga memelihara pelbagai jenis haiwan lain seperti ular, musang, pelbagai burung dan kolam ikan arapaima gigas.

Kemudian di sebelah petang, kami ke Muzium Kucing di Dewan Bandaraya Kuching Utara di Samariang. Dengan tiket masuk hanya RM3 kerana membawa masuk telefon berkamera, kami dapat mengetahui sejarah bandaraya Kuching dan pelbagai jenis pameran berkaitan dengan kucing. Setelah itu kami ke Waterfront Kuching untuk mencuci mata huhuhu shopping tikar Sarawak yang boleh dipos

Pada 24 Oktober kami menyambung menyewa kereta RM 100 untuk sebuah kereta Kenari untuk ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di kai Gunung Santubong. Perjalanan kira-kira 45 minit dari Petanak, Kuching. Antara tarikan utama disini ialah senibina rumah masyarakat pelbagai budaya yang hidup di Sarawak ini. Antaranya Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Cina. Kami perlu membayar RM60 seorang tidak termasuk GST untuk memasuki kampung budaya ini. Setiap orang diberi sticker dan pasport untuk mengecop setiap tempat yang kami lawati.

Rumah pertama ialah rumah Bidayuh di mana terdapat dua jenis rumah iaitu yang pertama rumah yang didiami oleh pahlawan sahaja dan saiznya lebih kecil dari rumah Bidayuh yang asal yang menempatkan kaum keluarga. Struktur rumahnya yang tinggi kerana terletak di dalam hutan berhampiran gunung ganang.
Rumah Iban direka untuk berpindah radah mengusahakan tanaman dan tinggal di tepi sungai atau kemana sahaja tanaman mudah diusahakan. Rumah kaum Penan yang sangat ringkas binaannya kerana dibina untuk kegunaan beberapa minggu dan bulan kerana berpindah radah. Keistimewaan mereka dengan blowpipes kepakaran kemahiran diri mereka. Rumah Orang Ulu dibina dengan ketahanan kerana rumah panjang itu akan dikekalkan sepanjang hayat. Kepakaran mereka membuat senjata. Rumah orang Melanau terletak berhampiran sungai dan dibina dengan ketinggian yang sangat tinggi dengan 40 kaki dari tanah. Keistimewaan kaum ini ialah mereka sangat suka dengan sagu berbanding makan nasi. Rumah orang Melayu kaya dengan seni ukiran. Apa yang menarik pada setiap rumah ini ialah susunatur peralatan yang signifikan dengan budaya masyarakat masing-masing. Selain itu diadakan demo peralatan perhiasan pakaian dan aksesori kebudayaan masyarakat tersebut, makanan tradisional dan demo kepakaran kemahiran masing -masing.

Kemudian slot persembahan di teater di situ selama 45 minit dengan persembahan kebudayaan dari pelbagai budaya masyarakat di Sarawak. Beberapa tarian kebudayaan dipersembahkan di antara persembahan tarian yang terkenal. Masyarakat Iban dengan ngajat lesong dan ngajat pahlawan. Ngajat lesong mengenai kekuatan pahlawan menngunakan gigi mengangkat barang berat manakala ngajat pahlawan tarian menyambut pahlawan yang baru pulang bertempur. Masyarakat Bidayuh dengan tarian rejang be'uh dikatkan dengan musim menuai.Tarian yang signifikan dengan pergerakan penari yang meniru pergerakan enggang dengan sayapnya. Masyarakat Bidayuh dengan tarian langgi julang dimana persembahan ritual tarian untuk memilih ketua yang baru yang ditarikan menggunakan julang. Persembahan Orang Ulu dengan tarian Datun Julud yang menyambut tetamu di rumah panjang. Traian Kanjet Ngeleput mengenai pergerakan memburu di hutan. Persembahan Melanau pula dengan tarian menyak bagaimana memproses sagu dijalankan. Tarian alu-alu oleh kaum Melanau sewaktu terdapatnya kematian sebagai menenangkan tetamu yang hadir menziarahi.
Tarian Masyarakat Melayu Sarawak dikenali sebagai Senandong Sarawak, tarian royong dan serampang baru
Kami keluar dari sini pada pukul 1.30 tengah hari untuk direct ke lapangan terbang Kuching menunggu flight ke Kuala Lumpur.

Tuesday 8 December 2015

Hari Keluarga PRS batch 2015

Akhirnya 5 dis 2015 kami mengadakan Hari Keluarga PRS setelah berkali kali ditunda bermula awal Oktober jadual sepatutnya program ini dijalankan dan dibatalkan kerana masalah jerebu. Deposit RM1,000 telah dibayar dngan plan asal menginap satu hari bermalam dan aktiviti BBQ dan sukaneka untuk 40 orang. Namun apabila ditunda kali kedua, kami bercadang membawa ting 5 sahaja seramai 20 orang tetapi apabila jerebu masih lagi melanda kami terpaksa memindanya selepas peperiksaan SPM. Namun demikian program ini terpaksa juga dilakukan hari ini walaupun komitmen hanya 50% sahaja yang dapat hadir memandangkan pihak resort tidak dapat lagi menunda ke tarikh hingga 2016. Walaupun penginapan kami burn deposit 50% kerana plan asal kami yang bermalam tidak dapat diteruskan. Tempat ini yang terletak di Batu 14 Singgah Santai Resort merupakan kawasan yang mempunyai kemudahan kolam renang dan bayaran untuk pengunjung bagi sekali masuk ialah RM10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak jika tidak menginap. Pengunjung akan diberikan tag di tangan. pakej kami bernilai RM30 untuk kemudahan kolam renang dan makan tengah hari. Penginapan di sini serendah RM80 untuk standard room yag boleh memuatkan 3 orang dan kipas angin, RM 160 untuk suite yang mempunyai televisyen dan aircond. Pemandangan hutan yang menghijau antara tarikan dan suasana kedamaian untuk lari sekejap dari suasana bandar.Terdapat gerai makanan yang dijual untuk pengunjung. Walaupun kami agak terkilan kerana tidak dapat mengadakan Hari Keluarga PRS yang lebih baik seperti batch senior -senior mereka...namun akur dengan pelbagai masalah yang timbul yang mungkin ada hikmah yang kami sendiri tidak tahu.

Monday 23 November 2015

Ganjaran Kehadiran Terbaik Ting 1 Ke Putrajaya

Bagi kelas ting 1, kelas 1C dan 1B merupakan kelas terbaik kehadiran sepanjang 2015. Tempat lawatan ialah ke Putrajaya.bersama rombongan murid sesi petang yang ingin mengikuti lawatan ini. yang bezanya ialah murid ting 1C percuma makan dan lawatan manakala murid lain dikenakan bayaran untuk mengikuti program ini. Terima kasih kepada PIBG yang menaja program ini. Aktiviti ini telah dijalankan pada 17 November 2015 dengan 2 buah bas iaitu satu bas untuk membawa projek Zoom In Cemerlang kehadiran ke sekolah iaitu 1C dan 1B. Manakala satu bas lagi untuk projek jalan-jalan selepas tamat peperiksaan bagi sesi petang. Namun murid perlu membayar kos lawatan bagi murid yang berminat menyertai lawatan ini jika mereka bukan dari projek kecemerlangan Zoom In.Antara tempat yang mereka lawati ialah Taman Botani Putrajaya, Wetland, Masjid dan Alamanda. Aktiviti yang dijalankan dari pukul 8 pagi hingga 3.00 petang.

Saturday 21 November 2015

Program Lawatan Ke Zoo untuk Kelas Terbaik Kehadiran 2015


Pada 16 November 2015, UBK membawa murid kelas tingkatan 3A ke Zoo Negara iaitu tempat lawatan pilihan mereka kerana kelas mereka merupakan kelas yang memegang rekod kehadiran terbaik tahun 2015 bagi projek Zoom In bersama kelas 5S3 . Tetapi kelas 3A memilih lawatan selepas peperiksaan PT3 dan hari ini saya membawa 29 murid dan 2 guru dari kelas tersebut iaitu guru kelas dan guru mentor. Zoo Negara telah banyak yang berubah dari kali terakhir 2 tahun lepas saya kunjungi. Banyak rekabentuk dan susunatur yang lebih sedap mata memandang. Dengan rombongan sekolah, bayaran pakej RM9 untuk seorang murid dan RM11 untuk pakej jika lawatan menonton panda. Manakala guru dengan bayaran RM16 untuk kiraan 10 orang murid maka bayaran seorang guru ialah RM11 dengan pakej normal dan RM 16 dengan pakej menonton panda.

Masuk ke tempat panda memerlukan satu team untuk berkumpul sebelum dibenarkan masuk. Kami perlu menunggu 20 minit diluar terlebih dahulu. kemudian 20 minit lagi menunggu di barisan tempat beratur dan 20 minit sahaja dibenarkan berada di dalam tempat panda diletakkan. Hari ini kami tidak bernasib baik kerana hanya 1 panda sahaja yang berada di dalam tempat tersebut tetapi kami mendapat kerjasama yang baik dengan kumpulan murid tadika yang masuk sekali bersama kerana mereka tidak membuat bising. Oleh itu kami berada di dalam tersebut selama 20 minit dan dapat melihat aksi panda tersebut yang tidak tidur sahaja.

Yang tak bestnya animal show tidak dapat diadakan iaitu pertunjukan ikan lumba-lumba kerana tempat tersebut dalam renovation tetapi hanya mini show sahaja yang diadakan. Bagi lawatan dalam zoo hari ini, di samping murid menonton haiwan yang terdapat di sana, saya memberikan mereka tugasan untuk menjadikan aktiviti bermaklumat.

Friday 20 November 2015

Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan

Pada 29 hingga 31 Oktober kami ke Institut Aminuddin Baki di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan untuk simposium amalan dan pengurusan kaunseling dan disiplin terbaik peringkat kebangsaan.

Terdapat pelbagai pameran dari negeri yang bertanding seumpama pameran kerjaya pula dengan masing masing membawa bahan yang bukan remeh temeh persediaannya. Maka  selain dari mendengar pembentangan simposium dapatlah juga membelek perkhidmatan kaunseling dari negeri lain sama ada dari kawasan orang asli, kawasan pendalaman, kawasan bandar dengan sekolah kluster atau kawasan kampung. Semuanya memberikan panorama yang berbeza mengenai perkhidmatan kaunseling bergantung kepada keperluan di setiap sekolah tersebut. Setap kontijen negeri menghantar antara 10 hingga 12 orang untuk menyertai simposium yang ulung kali diadakan.

Pada 30 Oktober ialah giliran SMK Cheras untuk membentangkan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling hasil dari pemilihan saringan top 5 dari saringan awal di KPM pada 19 Oktober 2015 untuk ke peringkat akhir di IAB.

Pada 31 Oktober 2015,
Hari yang ditunggu - tunggu! mendapat top 5 saringan kebangsaan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling menengah dah cukup baik bagi mengutip pengalaman di peringkat akhir bagi mendapatkan gambaran tips pertandingan untuk dipraktikkan menjadi amalan yang baik di sekolah. Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dan menyokong kami hingga sampai ke peringkat akhir walaupun mendapat sagu hati iaitu tempat ke lima.