SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Thursday 30 July 2015

Pengedaran buku afterschool

Terima kasih diucapkan kepada afterschool.com yang sudi hadir ke sekolah dan mengedarkan buku ulangkaji SPM secara percuma kepada semua murid tingkatan 5 sekolah ini. Bagi murid murid yang inginkan jawapan dari kertas soalan ini bolehla ke laman web afterschool.com

Wednesday 15 July 2015

Anugerah Zoom Kehadiran Jun 2015

Bagi bulan Jun 2015, anugerah zoom cemerlang jatuh kepada 5s3,5s2, 3a dan 3c manakala anugerah zoom galakan kepada kelas yg mendapat peningkatan kehadiran ke sekolah dari April hingga Jun iaitu 4k5 , 3b dan 3L. Tahniah semua

Dekorasi Hari Raya


Projek pentas dekorasi untuk sambutan Hari Raya datang lagi. Dibawah projek Guru Penyayang kami menghias pentas dengan Cikgu Padali design banner selamat hari raya, manakala geng perempuan buat kerja kerja menghias. Dari Raudzah menganyam ketupat dan Rozi dan Aiza membantu menghias pentas bersama team PRS. 


Wednesday 8 July 2015

Bengkel Pemantapan Sahsiah Pelajar Moral

Bengkel ini dijalankan pada 26 jun 2015 untuk pemantapan sahsiah pelajar Cina dan dikendalikan oleh konsultan berbangsa Cina. Bengkel mendapat sambutan dan kerjasama dari pelajar. Bayaran rm10 bagi seorang pelajar untuk slot 4 jam.

Saturday 4 July 2015

Tahniah PRS dan ahli Kelab Kerjaya

Tahniah diucapkan kepada semua PRS dan ahli Kelab Kerjaya yang menerima anugerah kecemerlangan pelajar untuk peperiksaan pertengahan tahun sama ada gambar ada di sini atau tiada kerana tak sempat snap :)

Yang paling cemerlang pelajar Ain Zafika pelajar cemerlang PT3 . Semoga anda semua teruskan peningkatan akademik.

Slot Sahsiah Moral UBK

Projek sebulan sekali bagi UBK mengendalikan slot Sahsiah kepada pelajar bukan Islam pada hari Jumaat. Slot itu dikendalikan oleh penceramah berbangsa Cina mengenai motivasi dan sahsiah pelajar untuk kecemerlangan diri.