SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Thursday 23 October 2014

INTI College, Nilai, Negeri Sembilan

Pada 15 Oktober 2014 semua pelajar ting 5 ke Kolej INTI di Nilai Negeri Sembilan untuk sesi motivasi menghadapi peperiksaan SPM. Antara aktiviti yg dijalankan ialah slot motivasi dan campus tour. Terima kasih kepada pihak kolej yg menaja makanan dan pengangkutan.

Saturday 18 October 2014

Ke MSU Shah Alam

Pada 14 Oktober pelajar PRS Ting 5 dan Ting 4 telah ke MSU di Shah Alam. Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan mengenai kursus dan peluang yg diadakan untuk pelajar. Pelajar dibawa ke fakulti fakulti yg terdapat di sini dan diberi penerangan oleh pensyarah yg berkaitan. Fakukti kesihatan memang menarik minat pelajar kerana mempunyai simulasi patung untuk proses bersalin, patung untuk membantu mangsa yg tercekik, dan keadaan bilik hospital seperti hospital sebenar. Kedua tentulah bilik mayat untuk student perubatan melakukan kerja kursus. Ketiga ialah fakulti seni reka fesyen yg mempunyai bilik umpama showroom yg sebenar. Keempat fakukti pengurusan spa dan pelbagai fakulti lagi. Semoga lawatan ini mendekatkan pelajar untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai keadaan sebenar dalam universiti.

Wednesday 15 October 2014

Lawatan ke Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Kajang, Selangor

Sempena projek Dasar Warga Emas Negara, UBK membawa 35 pelajar kerumah jagaan warga emas pada 12 Oktober 2014. Program 3 jam disana dijalankan aktiviti sesi taklimat oleh Mr Meme selaku pengurus projek, sesi beramah mesra dengan warga tua dan sesi gotong royong membersihkan kawasan pusat tersebut. Diharapkan program hari itu berjaya mencapai objektif yang diingini iaitu memupuk sikap menghormati warga emas dalam masyarakat, menghargai sumbangan warga emas dan mempunyai sikap mengambil tahu warga emas yg tidak berkemampuan.

Majlis Penghargaan Pelajar Ting 5

Hari ni geng guru kaunseling bertanggungjawab selaku AJK Dokumentasi dan pendaftaran guru. Hari yang meriah dengan pelbagai warna warna pakaian pelajar. Sempat lagi cikgu Aiza dan Cikgu Rozi join persembahan guru untuk pelajar. Pesanan buat kami dari UBK..tahniah kepada semua pelajar yang akhirnya survive hingga ke ting 5. Semoga berjaya dalam SPM. Selamat melangkah ke alam selepas persekolahan dengan melanjutkan pelajaran walau dimana sahaja.

Friday 10 October 2014

Slot Motivasi Dan Salam Restu PT3

Hari ni hari terakhir ulangkaji memandangkan Isnin 13 oktober 2014 merupakan peperiksaan PT3. Slot motivasi dikendalikan oleh Cikgu Padali sebelum menghadapi peperiksaan. Selesai taklimat peperiksaan dan taklimat disiplin ...kata kata peransang oleh pengetua diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada guru kelas untuk pelajar ting 3. Akhir sekali salam mohon restu kepada guru guru.

Majlis Anugerah HEM & Kokurikulum

Pembuka Oktober yang menggembirakan warga UBK. Terpilih selama 5 tahun berturut turut dalam kecemerlangan kelab sesuatu yg berbaloi untuk dikenang suka duka sepanjang melatih pelajar yg menyertai pertandingan. Johan EAK, johan folio dan naib johan sketsa sudah cukup untuk menggembirakan pelajar dengan naik pentas sekali lagi di sekolah dan diberi penghargaan. Tempias kepada kami guru kaunseling selaku guru penasihat dan guru pembimbing kelab kerjaya mendapat guru pembimbing terbaik.

Melengkapkan kegembiraan kami apabila di bawah pentadbiran boss baru anugerah HEM juga diadakan untuk guru guru dengan
Cikgu Nurhaiza mendapat anugerah guru cemerlang pengurusan HEM. Cikgu Padali dan Cikgu Rozi menerima anugerah guru cemerlang pengurusan PPDa dan Cikgu Raudah menerima anugerah guru cemerlang sahsiah pelajar.



Sunday 5 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Cuti sekolah sempena raya haji hanya sehari je pada hari Isnin. Semoga bersama sama kita menghayati pengorbanan yang perlu dilakukan oleh setiap orang hatta sebagai pelajar mahu pun guru. Semoga hidup di dalam keberkatan Allah SWT

Saturday 4 October 2014

Seminar Pelajar Separa Cemerlang PPW- YPC

Pada 1 dan 2 okt diadakan seminar untuk pelajar kategori sederhana untuk mengikuti bengkel SPM yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Pendidikan Cheras. Seramai 20 pelajar SMK Cheras mengikuti program ini.

Pecutan PT3

Selamat bercuti dan selamat hari raya Aidiladha. Kepada pelajar Ting 3, PT3 hanya tinggal 9 hari. Semoga masa yg ada dimanfaatkan sebaik - baiknya.