SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 21 October 2013

LDP 2 : KURSUS TEAM BUILDING DAN JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB CERIA 2013

19 OKTOBER 2013, Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan sekolah berkerjasama dengan Kelab Guru (Kelab Ceria) menganjurkan Kursus Team Building dan Jamuan Akhir Tahun di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat.

Kursus ini merupakan kursus tema building yang diadakan setiap tahun bagi memupuk semangat setia kawan dan seterusnya melahirkan suasana budaya kerjaya kolektif dan berkesan dalam kalangan guru-guru.

Terdapat 10 aktiviti yang dijalankan bagi memenuhi modul team building. Antaranya aktiviti darat dan aktiviti air. kesemua aktiviti dijalankan dalam kumpulan masing-masing mengikut rumah sukan sekolah.

Selepas aktiviti Team Building, para guru beramah mesra semasa majlis jamuan atau hi-tea akhir tahun Kelab Guru (Kelab Ceria).















Sunday 13 October 2013

Berbasikal Taman Botani

Program Minda Sihat diteruskan dgn aktiviti berbasikal iaitu beriadah sebagai salah satu cara mengurangkan stres. Kami join venture dgn projek komuniti Kampung Baru krn bajet untuk klinik kesihatan cheras telah habis digunakan. Oleh itu hanya 12 pelajar yang terlibat.

Seawal pukul 8 pagi, kami menunggu bas di depan klinik kesihatan cheras. Tiba di putrajaya pd pukul 9 kami diberi taklimat program dan seterusnya dibahagikan kpd 2 kumpulan. Kami terdiri dari team b iaitu laluan yg agak sukar dan berbukit bukit. Student happy dgn pengalaman ini.

Tuesday 1 October 2013

GOOD LUCK FOR PMR CANDIDATE

Kepada semua calon PMR di SMK Cheras tahun ini, pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN PMR. Tahun ini adalah tahun terakhir anda menggunakan kaedah Penilaian Menengah Rendah dari sekian lama digunakan..