SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 21 October 2013

LDP 2 : KURSUS TEAM BUILDING DAN JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB CERIA 2013

19 OKTOBER 2013, Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan sekolah berkerjasama dengan Kelab Guru (Kelab Ceria) menganjurkan Kursus Team Building dan Jamuan Akhir Tahun di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat.

Kursus ini merupakan kursus tema building yang diadakan setiap tahun bagi memupuk semangat setia kawan dan seterusnya melahirkan suasana budaya kerjaya kolektif dan berkesan dalam kalangan guru-guru.

Terdapat 10 aktiviti yang dijalankan bagi memenuhi modul team building. Antaranya aktiviti darat dan aktiviti air. kesemua aktiviti dijalankan dalam kumpulan masing-masing mengikut rumah sukan sekolah.

Selepas aktiviti Team Building, para guru beramah mesra semasa majlis jamuan atau hi-tea akhir tahun Kelab Guru (Kelab Ceria).