SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Friday 8 November 2013

Anugerah Kokurikulum

30 Oktober...Hari Anugerah HEM dan Hari Kokurikulum.
Buat kali ketiga tahun berturut - turut kami dianugerahkan guru pembimbing kelab terbaik dan anugerah pencapaian pelajar terbaik peringkat zon.

Thursday 7 November 2013

Program Motivasi Anjuran MARA

Pada 28 Oktober 2013, program motivasi pecutan akhir menghadapi SPM telah diadakan. Program ini melibatkan peruntukan MARA. Program ini dijalankan sehari dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Program motivasi agar pelajar bersedia untuk pecutan akhir menghadapi peperiksaan. Selain aktiviti motivasi, terdapat satu slot bengkel menjawab peperiksaan Bahasa Inggeris yang diadakan selama 2 jam. Secara keseluruhannya aktiviti yg dijalankan melalui tayangan video dan muhasabah diri berjaya mencapai objektif program.

Monday 21 October 2013

LDP 2 : KURSUS TEAM BUILDING DAN JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB CERIA 2013

19 OKTOBER 2013, Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan sekolah berkerjasama dengan Kelab Guru (Kelab Ceria) menganjurkan Kursus Team Building dan Jamuan Akhir Tahun di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat.

Kursus ini merupakan kursus tema building yang diadakan setiap tahun bagi memupuk semangat setia kawan dan seterusnya melahirkan suasana budaya kerjaya kolektif dan berkesan dalam kalangan guru-guru.

Terdapat 10 aktiviti yang dijalankan bagi memenuhi modul team building. Antaranya aktiviti darat dan aktiviti air. kesemua aktiviti dijalankan dalam kumpulan masing-masing mengikut rumah sukan sekolah.

Selepas aktiviti Team Building, para guru beramah mesra semasa majlis jamuan atau hi-tea akhir tahun Kelab Guru (Kelab Ceria).















Sunday 13 October 2013

Berbasikal Taman Botani

Program Minda Sihat diteruskan dgn aktiviti berbasikal iaitu beriadah sebagai salah satu cara mengurangkan stres. Kami join venture dgn projek komuniti Kampung Baru krn bajet untuk klinik kesihatan cheras telah habis digunakan. Oleh itu hanya 12 pelajar yang terlibat.

Seawal pukul 8 pagi, kami menunggu bas di depan klinik kesihatan cheras. Tiba di putrajaya pd pukul 9 kami diberi taklimat program dan seterusnya dibahagikan kpd 2 kumpulan. Kami terdiri dari team b iaitu laluan yg agak sukar dan berbukit bukit. Student happy dgn pengalaman ini.

Tuesday 1 October 2013

GOOD LUCK FOR PMR CANDIDATE

Kepada semua calon PMR di SMK Cheras tahun ini, pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN PMR. Tahun ini adalah tahun terakhir anda menggunakan kaedah Penilaian Menengah Rendah dari sekian lama digunakan..

Wednesday 25 September 2013

Motivasi Mentor Mantee Permata

Tinggal 7 hari untuk pelajar PMR menghadapi exam PMR dan 45 hari lagi bagi SPM. UBK menganjurkan motivasi bagi para pelajar projek mentor mantee meneruskan kecemerlangan mereka dalam exam tersebut. Kemudian sesi menandatangani banner aku janji dan target PMR dan SPM bagi mereka diadakan dan akan dipasang di tapak perhimpunan.

Monday 23 September 2013

Family Day PRS

Hari Keluarga PRS telah dijalankan pada 21 Sept 2013 di Nur Lembah Pongsun. Hari merangkap Hari meraikan PRS Ting 5 yg akan menamatkn servis mereka. Idea Hawaii dicetuskan oleh AJK Ting 4.
Peserta terdiri dari PRS tingkatan 1 hingga 5 seramai 80 orang.
Aktiviti treasure hunt dijalankan dengan 6 kumpulan berentap untuk memenangi acara. Kemudian aktiviti berakit dan majlis penutup merupakan acara penyampaian hadiah dan sijil kepada AJK PRS yg disampaikan oleh cikgu Nurhaiza. Sijil AJK PROSTAR disampaikan oleh Cikgu Rozinani dan AJK Kelab Kerjaya oleh cikgu Padali. Hadiah pertandingan treasure hunt dan pakaian yg paling menarik menepati tema disampaikan oleh senior PRS iaitu Sidek. Pakaian tercantik dimenangi oleh Wan Nabilah dan Fatin bagi kategori perempuan manakala Izz Khairi memenangi kategori lelaki.