SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 28 May 2017

Saturday 27 May 2017

Anugerah Perak Inovasi Modul Kaunseling Peringkat Kebangsaan

Alhamdulillah mendapat anugerah perak untuk modul menangani murid berisiko keciciran sekolah di pertandingan inovasi Konvesyen Kaunseling kali ke 20 anjuran PERKAMA ( Persatuan Kaunseling Malaysia) . Modul ini dirangka berdasarkan pengurusan kehadiran murid Zoom In dan pengurusan murid berisiko keciciran sekolah melalui projek SPOT SUIT. Bertanding di bawah inovasi modul dgn penyertaan dari 16 agensi. Manakala di bawah kategori produk juga dgn penyertaan dari hampir 15 buah agensi.
Sewaktu sesi pembentangan , juri mengingatkan saya agar dapat membuar hak milik terhadap modul saya agar tiada org claim sbg hak cipta mereka memandangkan 60 perarus isi kandungan modul ini saya upload dari semasa ke semasa sejak tahun 2015 hinggalah saya melengkapkan modul ini untuk murid betisiko keciciran rendah dan sederhana pada tahun 2015 dan fokus kpd intervensi murid berisiko keciciran tinggi pada tahun 2016.
Tahniah kpd Padali..yg telah berpindah ke BPSK yg telah mempertaruhkan epsikometrik nya dan mendapat anugerah emas.

Friday 5 May 2017

Slot Eksplorasi Kasih

Tahun in projek LDP sekolah kami  ke Langkawi dgn tema Eksplorasi Kasih. Selesai sahaja sukan tahunan yg berakhir pada pukul 11.00 pagi, kami rushing bersiap untuk menaiki bas yg menunggu dihadapan sekolah untuk terus ke Subang Airport menaiki Firefly. Pengalaman pertama saya menaiki Firefly dan flight ni comel sedikit saiznya berbanding flight lain yg pernah sy naik.

Geng guru kaunseling ditugaskan mengendalikan aktiviti untuk sejam setengah bagi bengkel guru pada hari pertama di Hotel Grand Continental Langkawi pada pukul 9 hingga 10.30 malam. Maka saya menggunakan modul Kasih Guru untuk tujuan penetokaan kendiri dan konsep kendiri yg positif.
Slot 1 sentuhan ajaib mengenai menyentuh setiap peserta lain yg sama jantina dan memberikan kata kata positif dan penghargaan kpd org tersebut dlm bentuk bulatan besar. Slot dalam.bentuk mass besar dan bermula org pertama mengucapkan kata kata tersebut kpd org disebelahnya sehingga org terakhir dan slot ini berakhir setelah org terakhir dlm kelompok itu disentuh oleh orang pertama yg memulakan penghargaan tersebut.

Untuk slot kedua,aktiviti diadakan ialah Takhtaku. Bagi aktiviti ini terdapat 3 kumpulan. Dalam setiap kumpulan, ahli kumpulan perlu menulis kata kata positif berkenaan dgn setiap ahli kumpulan tersebut. Setelah itu, ada seorang ahli kumpulan perlu duduk di kerusi tersebut. Ahli kumpulan lain membacakan segala yg positif berkenaan dgn ahli kumpulan yg duduk di takhta itu. Ahli kumpulan akan bergilir gilir duduk di kerusi tersebut. Ia membantu meningkatkan konsep kendiri positif.

Slot seterusnya urutan stress untuk mengajar guru guru bagaimana membuat urutan stress untuk menenangkan fizikal yg stress.
Setelah itu kami menyambut hari jadi guru bulan April dgn nyanyian dan memotong kek.