SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 26 January 2015

Bengkel Pengurusan Kokurikulum

Hari ni semua pengerusi bagi persatuan, kelab, permainan dan badan.beruniform menyertai bengkel pengurusan kokurikulum yg dijalankan oleh UBK. Program bermula pada pukul 12.00 tengah hari di dewan. Sesi ucapan aluan oleh Puan Maznah Musa selaku PK Kokurikulum. Ice breaking dan aktiviti pengurusan kokurikulum oleh En Che Mohamad Padali. Selepas rehat bengkel menyediakan kertas kerja dijalankan agar pengerusi mengetahui cara membuat kertas kerja. Sesi pembentangan dijalankan di akhir program.

Sunday 25 January 2015

Sistem e-intervensi UBK SMK Cheras



                                                             


Hari ini saya nak mempromosikan inovasi baru perkhidmatan UBK SMK Cheras iaitu online intervensi dan online temujanji kaunseling khusus untuk warga SMK Cheras sahaja. Sistem online yang dibangunkan oleh Cikgu Padali untuk memudahkan murid menjawab inventori dan memudahkan guru kaunseling juga membuat analisa sebelum perjumpaan sesi kaunseling diatur. Melalui blog ubksmkcheraskl.blogspot.com  ada button sebelah kanan untuk diklik. Melalui inovasi ini, murid boleh membuat temujanji melalui online sahaja dan klik pada button guru kaunseling mana yang ingin mereka jumpa untuk berbincang masalah. Manakala e-intervensi ada 6 intervensi yang boleh digunakan iaitu Senarai Semak Kendiri, IMK, Pra Post Kembali Ke Sekolah, Pra Post Jati Diri, Minda Sihat dan Inventori Personaliti  sahaja yang  boleh online. Melalui intervensi ini, murid boleh melakukannya di rumah sahaja dan berbincang dengan guru kaunseling hasil intervensi tersebut. Oleh kerana ini merupakan satu inovasi baru, maka saya hanya dapat mengetahui keberkesanan dan kelemahan sistem ini mungkin di akhir tahun. Oleh itu, saya mengalu-alukan warga SMK Cheras dan exstudent untuk melayari blog UBK SMK Cheras dan mencuba intervensi tersebut. Jika berminat untuk mengetahui keputusan hasil dari intervensi tersebut, bolehla whatsapp cikgu-cikgu kaunseling ye atau walk in ke bilik kaunseling :)

Saturday 24 January 2015

Bengkel Pengawas

Hari ni UBK menganjurkan bengkel pengawas kepada semua pengawas sekolah. Bermula dengan ucapan aluan dari PK HEM iaitu Pn Sapura dan taklimat disiplin dari Cikgu Mohd Noor diikuti dengan ketrampilan pengawas oleh Cikgu Khairul Akhmar.

Slot Cikgu Padali mengenai bidang tugas pengawas dan simulasi perhimpunan. Selepas rehat, aktiviti ceramah spontan diadakan di dewan dikendalikan oleh Cikgu Nurhaiza. Sebelum bersurai, pengawas dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang tugas mereka.

Friday 23 January 2015

Psikometrik

Minggu ni kami dah menjalankan ujian psikometrik ting 1 iaitu ujian minat kerjaya dan ujian personaliti. Kami bahagikan kepada tiga sesi iaitu hari Rabu untuk kelas 1A, 1B, 1D. Hari Khamis 1E, 1G dan 1J. Hari Jumaat untuk 1L, 1M, 1S.

Ceramah Cinta Remaja dari LPPKN

Pada 20 jan ceramah Cinta Remaja telah diadakan oleh LPPKN  di dewan sekolah melibatkan semua pelajar Ting 4.  Aktiviti yg dijalankan atas inisiatif PIBG dengan kerjasama UBK.

Thursday 22 January 2015

Pelancaran Senyum, Salam, Sapa, Sayang dan Syukur

Pelancaran 5S iaitu senyum, salam, sapa, sayang dan syukur. Gimik pelancaran oleh ahli Pembimbing Rakan Sebaya untuk perasmian program.

Slot Hati Ke Hati

Program menangani masalah ponteng pelajar.  Pada 15 Jan kami memanggil semua pelajar sesi pagi 2015 yg pernah menerima surat amaran kedua, ketiga dan buang sekolah dan kes rayuan semula pada tahun 2014 di dewan. Program bermula dengan kehadiran pengetua dan taklimat ketua disiplin. Kemudian pelajar diberikan soal selidik punca ponteng dan dibahagikan kepada 4 kelompok untuk fasilitator.

Ceramah Ketrampilan Diri

16 Januari ceramah ketrampilan diri disampaikan oleh Cikgu Padali untuk pelajar Moral dari 7.30 hingga 8.00 pagi. Manakala pelajar Islam dengan ceramah Maulidur Rasul.

Minggu Suaikenal Pelajar Ting 1

Minggu ini merupakan minggu suaikenal pelajar ting 1 dari hari Isnin hingga Rabu iaitu 12 hingga 14 jan 2014. Dari masa pertama hingga keempat sahaja. Antara aktiviti ialah taklimat pentadbir, taklimat koperasi, taklimat disiplin, taklimat psikometrik, taklimat pusat sumber, latihan nyanyian lagu sekolah, rondaan lawatan sekitar sekolah

Hari Orientasi Ting 1 2015

31 dis hari orientasi ting 1 dijalankan di sekolah. Seperti tahun tahun sebelumnya aktiviti di dewan untuk ibu bapa iaitu, taklimat pengetua, taklimat PIBG, taklimat kelas muzik, taklimat kelas.bahasa Arab, taklimat guru kaunseling dan akhir sekali pengenalan PBS.

Di tapak perhimpunan ialah taklimat kepada para pelajar mengenai disiplin sekolah, pendaftaran dan pengagihan buku teks.