SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 24 January 2015

Bengkel Pengawas

Hari ni UBK menganjurkan bengkel pengawas kepada semua pengawas sekolah. Bermula dengan ucapan aluan dari PK HEM iaitu Pn Sapura dan taklimat disiplin dari Cikgu Mohd Noor diikuti dengan ketrampilan pengawas oleh Cikgu Khairul Akhmar.

Slot Cikgu Padali mengenai bidang tugas pengawas dan simulasi perhimpunan. Selepas rehat, aktiviti ceramah spontan diadakan di dewan dikendalikan oleh Cikgu Nurhaiza. Sebelum bersurai, pengawas dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang tugas mereka.