SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 24 April 2017

Lawatan PRS dari SMA Maarif Terengganu

Program pada 20 April 2017 bermula dgn ucapan pembukaan dari pentadbir SMK Cheras, ucapan balas dari guru kaunseling SMA Maarif, ucapan dan pembentangan dari Naib Pengerusi PRS SMK Cheras dari Unit Kerjaya mengenai program PRS menggunakan slaid pembentangan yg digunakan Pengerusi PRS SMK Cheras sewaktu pembentangan Amalan PRS Terbaik di Simposium PRS Kebangsaan. Ini kerana ketika ini juga 9 ahli PRS ting 5 yg merupakan AJK Tertinggi PRS sedang berada di SM Sains Selangor untuk program kolaborasi kecemerlangan akademik dengan murid di sana. Slaid telah saya kongsikan dlm entri terdahulu.

Antara aktiviti mereka di sini ialah lawatan kerja mengenai sistem pengurusan UBK menggunakan sistem perkhidmatan kaunseling abad ke 21 yg telah kami menangi pada Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan selaku johan dan pengurusan kaunseling kami di bilik kaunseling. Guru guru kaunseling kami memberikan penerangan kpd team kaunselor sana. Manakala team PRS membawa pasukan PRS pelawat meronda kawasan sekolah melihat kebitaraan kami dalam muzik sapelele yg terkenal di peringkat kebangsaan. Selain itu aktiviti yg menarik juga diadakan iaitu ice breaking dan game kepada PRS pelawat dan PRS ting 2 yg menjalankan aktiviti bersama. Terima kasih kpd team PRS Ting 5 yg mengendalikan program dgn berjalan lancar dari mula hingga akhir.

Semoga ukhwah akan berpanjangan dan melebarkan silaturahim antara UBK dan PRS antara negeri pula.

Sunday 23 April 2017

Family Day PRS

Beberapa kali projek ini ditukar tarikh sebelum dilorongkan dgn mudah pada 21 April 2017 check in dan 22 April 2017 check out . Rupanya projek Padali yg terakhir bersama UBK. Maka kami mengadakan pakej 3 dalam 1 program iaitu rakaman video kerjaya untuk pertandingan,  family day PRS dan majlis perpisahan Padali bersama PRS.  Dengan projek terakhir untuk PRS Bestari ini bermakna mereka akan dibersarakan dan tumpuan kpd PRS Ting 4 untuk mengendalikan projek UBK selepas ini bersama latihan PRS.

Video yg disiapkan sepenuhnya dgn idea kreatif pengarah projek iaitu Aliff Abu Bakar. Kawan kawan follow je arahan demi arahan yg diberikan oleh Aliff. Video untuk pertandingan kerjaya dgn tema Sahsiah Cemerlang Kerjaya Gemilang. Semoga teamwork mereka membuahkan hasil.  Video hanya akan di share di blog selepas pertandingan sama ada kalah atau menang. Sabar ye semua..

Family day projek tradisi UBK bagi meraikan tingkatan 5 yg akan menamatkan zaman persekolahan dan sbg ganjaran atas sumbangan khidmat bakti yg diberikan.

Saturday 22 April 2017

Majlis Perpisahan Padali

21 April 2017 hari terakhir Cikgu Che Mohamad Padali Bin Che Mat berkhidmat di SMK Cheras sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Berkhidmat selama 10 tahun di sini dengan meninggalkan pelbagai sumbangan kpd perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah dan antaranya yg terkenal ialah kejayaan inovasi sistem maklumat untuk  sistem e klien dan transit e klien.

Thursday 13 April 2017

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya 2017

Tahun ni program dijalankan 2 hari 1 malam.  Sekolah bimbingan jalinan kasih bersama 4 org muridnya join bersama untuk program.ini. Tahun ni saya selit 3 modul sekali jalan iaitu PRS Sulung, Bongsu dan Muda. Tapi time team building dan kelompok ice breaking dan kumpulan, kumpulan PRS akan bergabung senior dan junior untuk mengeratkan silaturrahim antara mereka agar keserasian bekerja yg lebih baik. 

Saya juga mengadakan slot penilaian peperiksaan agar dapat diuji sementara masih fresh.

Antara kawalan disiplin yg dipass turun ke generasi PRS berikutnya ialah take cover yg mana semua murid berbaring dgn posisi badan atas tanah. Sesuai sgt..
Memandangkan PRS Ting 5 akan dinilai selepas peperiksaan pertengahan tahun, krn akan direhatkan untuk fokus SPM maka penilaian untuk PRS Bestari pada bulan Mei akan dijalankan tidak lama lagi untuk kenalpasti kelayakan sijil tahap mana.