SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 24 April 2017

Lawatan PRS dari SMA Maarif Terengganu

Program pada 20 April 2017 bermula dgn ucapan pembukaan dari pentadbir SMK Cheras, ucapan balas dari guru kaunseling SMA Maarif, ucapan dan pembentangan dari Naib Pengerusi PRS SMK Cheras dari Unit Kerjaya mengenai program PRS menggunakan slaid pembentangan yg digunakan Pengerusi PRS SMK Cheras sewaktu pembentangan Amalan PRS Terbaik di Simposium PRS Kebangsaan. Ini kerana ketika ini juga 9 ahli PRS ting 5 yg merupakan AJK Tertinggi PRS sedang berada di SM Sains Selangor untuk program kolaborasi kecemerlangan akademik dengan murid di sana. Slaid telah saya kongsikan dlm entri terdahulu.

Antara aktiviti mereka di sini ialah lawatan kerja mengenai sistem pengurusan UBK menggunakan sistem perkhidmatan kaunseling abad ke 21 yg telah kami menangi pada Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan selaku johan dan pengurusan kaunseling kami di bilik kaunseling. Guru guru kaunseling kami memberikan penerangan kpd team kaunselor sana. Manakala team PRS membawa pasukan PRS pelawat meronda kawasan sekolah melihat kebitaraan kami dalam muzik sapelele yg terkenal di peringkat kebangsaan. Selain itu aktiviti yg menarik juga diadakan iaitu ice breaking dan game kepada PRS pelawat dan PRS ting 2 yg menjalankan aktiviti bersama. Terima kasih kpd team PRS Ting 5 yg mengendalikan program dgn berjalan lancar dari mula hingga akhir.

Semoga ukhwah akan berpanjangan dan melebarkan silaturahim antara UBK dan PRS antara negeri pula.