SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 27 November 2016

Majlis Apresiasi KLCA

Majlis Apresiasi KLCA diadakan pada penutup sesi persekolahan 2016 di UNIKL Jalan Gurney 26 Nov 2016 dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program yang diilhamkan oleh Cik Rosnah Abdullah selaku Presiden KLCA sesi 2016 /2018. Majlis ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kaunselor pendidikan di Kuala Lumpur dan menghargai jasa pengasas KLCA dan juga menghargai kaunselor KL yang mengharumkan nama JWPWKL di peringkat kebangsaan.
VIP utama ialah Dato Dr Abdul Halim Ketua Pengarah AADK yang merangkap penasihat KLCA. Beliau antara pengasas KLCA sewaktu bertugas di WPKL.

Pada hari ini juga dilancarkan blog KLCA iaitu klca4u.blogspot.com yang akan memberi info mengenai aktiviti dan perkhidmatan kaunseling di WPKL.
Terima kasih kepada penganjur kerana menghargai kami dengan Anugerah Peningkatan Kecemerlangan Perkhidmatan Kaunseling Dan Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Kaunseling. Semoga kami terus cemerlang di masa akan datang. Antara penerima anugerah ialah peserta pertandingan yang menyertai peringkat negeri dan kebangsaan dalam pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Dan Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling serta pertandingan Inovasi Dan Kreativiti Kaunseling.

Saturday 26 November 2016

Bukit Cerakah: Ganjaran Murid Kehadiran Penuh

Ganjaran bagi murid kehadiran penuh ke sekolah seperti yg dijanjikan ialah lawatan. Lawatan ke Bukit Cerakah secara percuma dan makanan juga disediakan. Mereka hanya perlu membawa duit bagi aktiviti yg lain seperti berbasikal atau memanah. Kami membawa 80 murid dari kelas peralihan hingga ke tingkatan empat yang layak. Minimum ialah dua hari sahaja tidak hadir ke sekolah sesi 2016. Saya berharap motivasi mereka untuk up kehadiran tahun hadapan dan menjadi inspirasi pula kepada murid lain untuk sentiasa hadir ke sekolah.

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti untuk projek Zoom In Murid projek yg diilhamkan oleh saya rentetan tahun 2015 peringkat WPKL yg mendapat Johan Amalan Terbaik Kaunseling tahun 2015 untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Alhamdulillah impak semakin meningkat tahun ini.

Bukit Cerakah dipilih krn kepelbagaian aktiviti yg boleh dijalankan. Tempat ni sangat luas dgn bayaran masuk sebanyak RM 3 bagi murid sekolah menengah. Ada kemudahan bas disediakan untuk bergerak dari stesen stesen yg diingini. Wahh...mmg kena fit jika anda tidak mahu menaiki bas dan berjln kaki semata mata dari stesen ke stesen. Setiap stesen mempunyai pemandangan dan saujana mata memandang untuk diterokai. Bermula dengan menaiki bas ke taman herba dan berjalan kaki ke stesen rumah perkampungan di Malaysia mengikut negeri...huhu saya dah tak larat maka naik bas untuk ke stesen seterusnya.

Taman haiwan merupakan terapi untuk bermain dengan haiwan yang jinak. Dan tentunya aktiviti yang sangat penat dan menyeronokkan ialah berbasikal. Berbasikal explore seluruh kawasan Bukit Cerakah ini. Pemandangan sawah padi yang wow...untuk tujuan penggambaraan menggamit pelbagai posing bergambar student saya. Saya?? wah dah pancit terduduk tepi jalan sambil meluruskan kaki. Gambar yang diambil dan dimasukkan ke dalam blog ini adalah ehsan dari orang orang lain. Cuaca yang panas meracuni motivasi saya untuk explore tempat tempat lain maklumlah kategori warga emas dah ni hahahaha memanglah tak setanding energetic student saya.

Di sini juga ada kolam renang maka sekiranya lama lagi berada di dalam Bukit Cerakah ini maka bolehlah mengusulkan murid memakai pakaian yang sesuai dan ianya juga adalah percuma. Perkhidmatan tour guide berbayar juga disediakan untuk arrange trip di sini sama ada jungle tracking atau perkhemahan.
Taman buah buahan pun ada tapi agak jauh sedikit nun di sebelah kiri dan bas tidak ke sana. Maka yg ingin melihat dari dekat dusun buah buahan bolehla menaiki basikal jika lelah berjalan kaki. Basikal baru disewa dgn kadar RM15 sejam manakala basikal yg agak lama RM10 sejam dan basikal kanak kanak RM5 sejam. Tapi sangattt berbaloi baloi menyewa basikal.

Tuesday 22 November 2016

Zoom In Kelas Terbaik Kehadiran Ke Sekolah Kategori Menengah Atas

Program ke extreme park di Ener Z di subang jaya selangor diadakan untuk memenuhi permintaan murid dari kelas 4 Alpha yang memenangi kelas kehadiran terbaik kategori menengah atas untuk sesi 2016.

Program ini diadakan secara percuma berupa pengangkutan dan kos makan. Murid hanya perlu membayar RM38 sahaja untuk bermain selama 2 jam. Tetapi kami mula bermain pukul 12.30 tgh hari dan tamat pukul 3.00 petang hampir 2 jam 30 minit.

Maka hari ini saya dan cikgu Rozinani umpama riang ria remaja purba huhuhu join sekali bermain dgn murid 4 Alpha. Dah alang alang jadi guru pengiring merangkap penyelaras program...mestilah terkinja kinja juga nak melompat lompat trampolin yg terbesar di Asia ini dan memanjat sana sini. Penat sangat...penat fizikal dah lama tak melasak fizikal dan mengeluarkan penuh dan penat gelak...tergolek golek dgn Cikgu Rozinani ..yes i really have fun:)

Tempat ini sesuai untuk aktiviti murid sekolah rendah dan menengah. Pakej yg diberi.RM48 untuk 2 jam bermain dan sejam makan. Tetapi jika bilangan kami mencecah lebih 60 org maka bayarannya ialah RM48 selama tiga jam menjalankan aktiviti dan sejam makan. Di sini juga terdapat restoran nasi kandar di sebelahnya. Jika anda tidak mahu makan dengan pakej lunch box yg disediakan, boleh minta aktiviti sahaja.

Untuk memasuki tempat ini, perlu memakai setokin yg disediakan oleh tempat ini. Untuk guru pengiring jika sekadar mengiring, anda boleh membayar duit rm5 untuk setokin dan masih lagi boleh berada bersama sama murid anda mengawasi dari jarak dekat. Namun jika anda membayar full package mcm murid maka bolehla anda turut sama bermain :)
Perlu diingatkan bahawa tempat ini tidak mengadakan bayaran percuma untuk guru yg mengiring tidak seperti tempat pelancongan yang adakalanya memberikan guru pengiring percuma untuk jumlah murid yang tertentu

Ada 4 stesen bermula dengan trampolin. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dibawah 4 coach yang berbeza. Murid diajar bagaimana bermain trampolin dan berhenti melompat. Setelah itu ke stesen kedua iaitu meltdown dan gladiator. Dimana permainan ini berupa persaingan di mana kumpulan akan bertanding pada permainan gladiator untuk menjatuhkan lawan dari tempat mereka berdiri manakala meltdown merupakan mesin yang diletakkan penghalang dan murid perlu mengelakkan diri dari palang ini dan  dari jatuh dari tempat berdiri.

Stesen 3 slamdunk. melompat lompat dari trampolin untuk mengolkan bola keranjang.

Stesen 4 airbag dan skydive di mana murid melompat dari trampolin juga dan terbang ke dalam gabus dan tenggelam di dalamnya...hahaha saya dan Rozi tergolek golek ketawa dengan game ini kerana nampak mudah tapi bila dah naik trampolin tergolek golek dan terus terhenti apalagi masuk tanpa terbang ke dalam gabus tu.

Stesen 5 gut builder bermain halangan di tapak kawasan bertingkat tingkat memakai topi keselamatan dan tali pinggang keselamatan. Sampai tingkat atas terus turun menggunakan takal paraglider tu hihi betulke ayat ni :(

Tempat ni menjual air tetapi agak mahal harganya so better bawa air byk byk sebab hampir setiap stesen murid akan berpeluh dan penat serta mencari air. Surau disediakan untuk kemudahan.

So apalagi kepada murid murid SMK Cheras make sure jaga kehadiran terbaik tahun hadapan jika inginkan habuan yang sama

Sunday 20 November 2016

Lawatan Penandaaras Dari MGK Tumpat, Kelantan

Hari Jumaat lepas kami menerima kunjungan MGK Tumpat, Kelantan untuk mengetahui mengenai pengurusan kaunseling dan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling yang telah kami menangi di peringkat kebangsaan 2016.

Terima kasih kerana sudi hadir berkunjung ke sekolah kami cuma mohon maaf kerana banyak kekurangan. Tidak sampai hati menolak permintaan orang lain padahal hari ini sahaja kami ada dua event besar untuk dilaksanakan.

Semoga taklimat hari ini dapat memberikan pengetahuan kepada pelawat yang hadir...dan yang penting jangan serik datang lagi :)