SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 30 August 2015

Lawatan ke SMK Taman Melati Johan Laluan PPDa

Pada 26 Ogos 2015, rombongan PRS petang ke SMK Taman Melati untuk meninjau mengenai laluan PPDa sekolah ini yang berjaya mendapat johan laluan PPDa peringkat JPWPKL. Semoga lawatan penanda aras ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna

Monday 24 August 2015

Karnival Hari Belia

Pada 12 ogos , UBK menghantar penyertaan PRS untuk menyertai pertandingan hari belia di klinik kesihatan cheras iaitu pertandingan rekacipta, melukis poster dan persembahan silat walaupun tidak mendapat tempat pelajar mendapat pengalaman berguna. Pihak sekolah juga menerima hadiah penghargaan di atas kerjasama yg terjalin selama 4 tahun.

Saturday 15 August 2015

Sambutan RIMUP Merdeka Aidilfitri 2015

Sambutan RIMUP Merdeka Aidilfitri pada 8 Ogos 2015  berjalan dengan baik. Walaupun pada mulanya saya dah cuak dengan hujan lebat di awal pagi, namun pada pukul 8.00 pagi hujan beransur renyai dan kami memulakan program dengan bulan kemerdekaan . Program ini mempunyai 5 pakej iaitu projek RIMUP kokurikulum di mana guru kaunseling selaku AJK, Projek Guru Penyayang , Projek DWEN dibawah UBK  selaku penyelaras, Projek KSIB kerjasama swasta dan  ibu bapa di bawah penyelaras UBK juga dan bulan kemerdekaan di bawah panitia Sivik. Oleh kerana 4 projek di bawah UBK, maka setiap guru kaunseling memainkan peranan sebagai ketua bahagian masing masing.
Projek hari ini ialah idea dari puan pengetua sendiri. Memandangkan idea asal UBK hanyalah RIMUP melalui aktiviti mentor mantee dan Projek Guru Penyayang sambutan Aidilfitri secara tertutup dengan warga sekolah. Tetapi pengetua menambah pakej kepada 5 projek sekaligus menjadikan ia projek mega sekolah. Alhamdulillah direalisasikan juga pada hari ini!

Program DWEN

Sempena open house SMK Cheras program RIMUP Merdeka Aidilfitri 2015, pada 8 Ogos 2015, UBK menjemput Warga Emas untuk bersama -sama memeriahkan suasana di sekolah. Oleh kerana projek DWEN di bawah Jawatnkuasa Unit Kaunseling dan guru kaunseling iaitu Cikgu Rozi bertindak selaku penyelaras DWEN (Dasar Warga Emas Negara), manakala guru kaunseling lain selaku AJK. Maka aktiviti penghargaan warga emas adalah aktiviti yang terbaik untuk dijalankan sewaktu majlis ini. Penghargaan slot selama 5 minit diberikan kepada Encik Mohamad Sidek Bin Dollah selaku bekas pengetua SMK dan bekas guru sekolah ini, untuk menyampaikan ucapan yang menyentuh mengenai kemerdekaan dan perpaduan berdasarkan pengalamannya. Selain itu, kami juga menjemput 2 orang lagi warga emas yang terdiri dari nenek murid SMK Cheras untuk turut hadir dan memeriahkan suasana dan diberi penghargaan di atas pentas oleh Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum (PK1) berupa wang tunai RM 100 seorang, barang iringan seperti kain pelikat atau telekung dan sijil penghargaan. Warga emas juga diraikan bersama tetamu kehormat dengan duduk semeja bersama untuk layanan VIP oleh pihak sekolah.

Objektif majlis ini dijalankan agar warga sekolah iaitu murid, ibu bapa dan guru menyedari bahawa warga emas adalah insan yang masih boleh menyumbang nasihat dan produktif. Mereka wajar dihormati, tidak disisihkan dan dihargai sebagai ahli masyarakat yang masih menyumbang dalam masyarakat malah pernah menyumbang sewaktu muda mereka dan diuji masalah kesihatan sewaktu tua. Hargailah mereka selagi mereka masih hidup kerana setiap insan akan melalui pusingan hidup yang sama selagi masih bernyawa hingga ke tua.

Thursday 6 August 2015

Kursus Kepimpinan 2015

Pada 1 hingga 2 ogos ubk menganjurkan kem kepimpinan di Glory Beach Resort dengan pakej yg sangat berbaloi. Barisan guru kaunseling dan PRS bertindak sebagai penceramah dan fasilitator. Program yg melibatkan 84 murid pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan koperasi. Seperti tahun tahun yg lalu juga, kami tidak menggunakan perkhidmatan konsultan luar sebaliknya kami menggunakan modul yg dijalankan oleh fasilitator PRS dan guru kaunseling sahaja. Bertolak seawal pukul 8.15 pagi kami tiba di Port Dickson pada pukul 9. 10 pagi.

Pakej aktiviti yang sangat berbaloi iaitu RM80 untuk pakej seorang selama dua hari 1 malam untuk penggunaan dewan, penginapan dan 3 kali makan. Terdapat pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gelanggang , padang, dan aktiviti pantai yang meriah.

Antara aktiviti yg dijalankan hari ini ialah ice breaking, pembentukan kumpulan, logo kumpulan, ceramah kepimpinan, modul komunikasi berkesan, modul kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran team building dan kemahiran pengucapan awam.

Hari kedua program diteruskan dengan acara di tepi pantai. Kami tidak membenarkan murid bermandi di laut dan mereka hanya menjalankan aktiviti di tepi pantai.

Pada mulanya setiap kumpulan dikehendaki membuat sorakan kumpulan masing-masing. Dan kemudian diteruskan dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan. Murid dikehendaki menjalankan tugasan dengan bergerak dari stesen ke stesen yang dijaga oleh fasilitator dan menyelesaikan tugasan berdasarkan kreativiti kumpulan masing - masing.

Antara stesen tugasan ialah perlawanan antara dua kumpulan dengan satu kaki dan menjatuhkan lawan. Jika lawan mendaratkan kedua kakinya maka individu itu tidak boleh meneruskan perlawanan. Stesen berikutnya memerlukan kreativiti kumpulan untuk memastikan dalam satu bulatan kumpulan, ahli yang pertama dapat bergerak ke ahli yang terakhir tanpa perlu melepaskan tangan masing-masing. Stesen berikutnya ialah setiap ahli perlu melibatkan diri dengan membina satu nama menggunakan tubuh badan setiap ahli untuk membina nama tersebut. Stesen kecerdasan minda juga diadakan untuk menguji minda peserta melalui soalan kuiz.

Majlis penutup pada pukul 11.00 pag

Tuesday 4 August 2015

Lawatan ke FRIM

Pada 28 julai yang lalu UBK mengotakan janji kepada murid kelas 5s3 yang mempunyai kehadiran terbaik penggal pertama dengan membawa mereka berjalan ke FRIM secara percuma menaiki canopy walkway.