SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday 30 April 2014

Anugerah Cemerlang

Pada 24 April 2014, majlis anugerah cemerlang dijalankan di sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua ahli PRS yang cemerlang dalam akademik.

Tuesday 29 April 2014

Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu

Hari yang bertuah! Keputusan karnival kaunseling kerjaya Zon Pudu masih memihak kepada kami.
Folio - johan
EAK - naib johan
Sketsa - naib johan
Ada anugerah tokoh PRS dan kami mencalonkan Ainatul.
Bagi kategori baru bilik kaunseling  kami menerima anugerah gangsa.

Monday 28 April 2014

Edisi terbaru ahli UBK

Hari ini UBK selamat menerima ahli baru. Belum diberi nama dan dilahirkan pagi ini pada pukul 5 pagi. Welcome to the new world!

Sunday 27 April 2014

Projek Folio dan EAK ke Zoo Negara

Pada 25 April 2014, 8 orang pelajar yang menyertai projek folio kerjaya dan Eksplorasi Alam Kerjaya telah ke Zoo Negara untuk menemubual ahli zoologi. Lawatan separuh hari memberikan pengalaman yang berguna untuk merasai sendiri kerjaya ahli zoologi.

Lawatan Penanda Aras MGK Kuala Selangor

Pada 24 April 40 orang guru kaunseling dari Majlis Guru Kaunseling Kuala Selangor datang untuk melawat bilik kaunseling, sudut PPDa, sudut dan laluan Minda Sihat. Kami berkongsi mengenai perkhidmatan unit bimbingan dan kaunseling sekolah. 

Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah

Pameran dijalankan pada Minggu HEM pada 16 April 2014. Pameran PPDa sekolah dikendalikan oleh guru kaunseling.

Sunday 20 April 2014

Lawatan Ke Kolej Despark

18 April pelajar dibawa ke kolej Despark iaitu kolej automotif yg menawarkan kursus dengan pakej harga berpatutan dgn loan dari Tabung Kemahiran dan PTPTN. Sewaktu latihan lagi pelajar akan ditempatkan di bengkel bengkel automotif terpilih yg disediakan oleh pihak Despark dan pelajar menjalani latihan dengan kemahiran yang ada mereka akan diserap ke bengkel latihan tersebut dan mudah mendapat pasaran kerja.

Saturday 19 April 2014

Pameran Kerjaya

14 April merupakan hari pameran kerjaya di sekolah sempena Minggu Kerjaya anjuran UBK. Sebanyak 15 agensi IPTS yang hadir untuk memberikan taklimat kpd pelajar ting 4 dan 5 mengenai peluang belajar di IPTS.

Sunday 13 April 2014

UBK berwajah baru

Tahun 2014 UBK berwajah baru dengan setting yang baru untuk bilik kaunseling individu, kaunseling kelompok, ruang tamu dan kami tambah sudut membaca di luar koridor bilik kaunseling agar bilik kaunseling lebih kondusif dan teraputik.
Jemput datang semua :)

Saturday 12 April 2014

Perasmian Wakaf Minda Sihat

Pada 8 April 2014 perasmian wakaf Minda Sihat dijalankan di sekolah. Ceramah disampaikan oleh Dr Nazeerah dan mengajar urutan mengurangkan stres. Kuiz mendapat sambutan pelajar pagi. Kemudian para pentadbir menyaksikan wakaf minda sihat dirasmikan bersama laluan minda sihat yang diuruskan oleh ahli PRS.
Terima kasih atas usaha mereka menceriakan kawasan wakaf dan laluan.

Wednesday 9 April 2014

Pelancaran Minggu HEM

Perasmian Minggu HEM dijalankan pada 7 April 2013. Pihak sekolah menjemput Inspektor Perhubungan Sekolah untuk merasmikan program tersebut dengan melepaskan burung burung dari sangkar dan menyampaikan ceramah mengenai disiplin pelajar. Persembahan dari pelajar dikir barat memeriahkan acara dengan tajuk pendidikan pencegahan dadah.

Program Mentor Mantee Permata

Pada 5 April program mentor mantee permata  dijalankan. Kami mengambilkira pelajar yang mendapat rankng terbaik tahun lepas. Pelajar tersebut diberikan surat mentor mantee dan memilih mentor masing masing mengikut subjek yg mereka lemah. Setiap kategori pelajar di sekolah ini diberikan pendekatan yg berbeza. Panitia mata pelajaran mengadakan pelbagai pendekatan untuk pelajar cuma projek mentor mantee permata ini merupakan projek di bawah Unit Bimbingan Kaunseling yang membantu menfokus kepada pelajar cemerlang dari aspek psikososial dan akademik. Di bawah projek kaunseling berfokus pelajar cemerlang,  aktiviti ini dijalankan dengan meletakkan syarat penglibatan ibu bapa sewaktu taklimat agar ibu bapa dapat mengetahui penetapan matlamat anak anak.  Program ini.berjalan lancar dan seramai 40 ibu bapa yang hadir.

Kempen Guruku Terbilang Muridku Disayang

Kempen Guruku Terbilang Muridku Disayang ialah program yg kami wujudkan di bawah projek Guru Penyayang. Program dijalankan pada 31 Mac 2014. Hasil penilaian pelajar kami wujudkan anugerah guru penyayang kategori panitia, mentor penyayang dan sambutan pelajar di pagar sekolah. Penyampaian hadiah di kendalikan sepenuhnya oleh ahli PRS. Tahniah kepada panitia Sains dan Matematik Ting 3, panitia Bahasa Melayu Ting 4 dan panitia Bahasa Inggeris Ting 5.

Manakala mentor penyayang ialah bagi sesi pagi ialah mentor 5v3, 5k3, 4S2 dan 3S. Manakala guru sambutan mengalukan pelajar berdasarkan setiap wakil rumah dan pengurusan. Tahniah kepada para pemenang.