SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday 22 April 2015

Bengkel PRS

Pada 17 hingga 18 April 2015 merupakan program bengkel PRS. Kemahiran lanjutan PRS dari kursus asas PRS yang lalu. Seramai 23 peserta ting 4 dan 5 sahaja yang terlibat. Aktiviti meneroka diru anda yang baru dan menangani stress. Antara aktiviti yg dijalankan ialah Mandala, bina stress ball, dance therapy, menonton tv pendidikan Spelling Bee, aktiviti LDK mengenal potensi diri dan menonjolkan bakat masing masing. Majlis penutup oleh YDP PIBG di pusat sumber.

Sunday 19 April 2015

Slot Motivasi Bersama Alumni

Slot UBK setiap Jumaat ketiga diteruskan dengan program motivasi sahsiah pelajar. Kali ni UBK menjemput bekas pelajar yg sedang bekerja sebagai akauntan untuk memberikan ceramah.

Sunday 12 April 2015

Program Perkongsian Pintar SMK Cheras ke SMAWPKL

Program Permata anjuran UBK ke SMAWPKL bagi pelajar Ting 5 pula. Selama seminggu mereka berkampung di sana dari 6 April hingga 10 April 2015. Semoga mereka memanfaatkan budaya belajar yg cemerlang dari sana. Terima kasih SMAWPKL.

Saturday 11 April 2015

Terapi Aquarobik

Peserta minda sihat ke kolam renang Desa Tasik pada 8 april lalu untuk program bersama staf klinik kesihatan cheras untuk aktiviti aquarobik relaksasi menangani stres.

Pameran Kerjaya dan Ceramah Kerjaya

Pameran Kerjaya diadakan pada 6 April 2015 dengan 12 buah agensi mengambil bahagian dan ceramah kerjaya dari Kolej Berjaya berkaitan dengan hospitaliti pada 9 April 2015.

Pameran Minggu Hal Ehwal Murid

Pameran Minggu HEM yang dijalankan berjalan lancar. Program yang diuruskan sepenuhnya oleh guru kaunseling. Antara pameran yang ada ialah LPPKN, Jabatan Kesihatan, PEMADAM, Keselamatan Jalan Raya dan Unit PROSTAR sekolah pada 7 April 2014.

Thursday 9 April 2015

Latihan Kecemasan Kebakaran

Latihan kecemasan kebakaran dijalankan secara in house training tanpa pasukan bomba pada 8 april lepas. Memandangkan Cikgu Padali selaku setiausaha keselamatan maka guru kaunseling terlibat juga dalam membantu pengurusan latihan kebakaran berjalan lancar