SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 29 February 2016

Fasilitator PRS Ke Rumah Anak Yatim / Miskin

Sabtu lepas 27 Feb, PRS saya mendapat undangan untuk ke Rumah Anak Yatim/Miskin Jalianan Kasih  di Taman Megah, Batu 10 Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 11 orang PRS Tingkatan 5 yang saya bawa untuk memberikan pengalaman kepada mereka mengendalikan aktiviti bersama kanak-kanak. 11 ahli PRS ini ialah PRS tahap bestari yang telah melalui pelbagai kursus malah latihan LDK bersama saya sewaktu di tingkatan 4. Oleh itu mereka agak berpengalaman mengendalikan kelompok besar malah kelompok kecil dalam kumpulan.

Aktiviti ini ditaja oleh MyPrihatin dengan tagline #seringgitsejutaharapan. Pada pagi ini saya mengendalikan aktiviti ice breaking  LDP untuk guru sekolah saya terlebih dahulu sebelum sebaik sahaja tamat sesi ice breaking itu, saya rushing ke Rumah Kebajikan Jalinan Kasih ini. Kami tiba pada pukul 10.05 pagi. kami diberi masa Slot 2 jam dikendalikan oleh PRS dengan aktiviti kejelekitan selama 30 minit yang pertama dengan minum pagi bersama dan 30 minit lagi kelompok besar bermain aktiviti. 30 minit kemudiannya diisi dengan slot aktiviti mewarna dan melukis mengenai tajuk yang sesuai  bergantung kepada fasilitator masing masing. Maklumlah di rumah ini terdapat 37 orang ketika kami hadir terdiri dari murid seawal darjah 1 hinggga tingkatan 5. Jadi kami membahagikan kelompok mengikut umur sekolah rendah atau menengah
30 minit tearkhir ialah sesi nyanyian dan tarian mengikut lagu motivasi dan yang paling popular chicken dance.

mengendalikan kanak-kanak yang pelbagai ragam ini dapat ditangani dengan baik oleh fasilitator dan tidak salah saya memilih mereka ke mari.
Semoga pengalaman ini memberikan keinsafan dan kesedaran kepada PRS agar lebih bermotivasi untuk berjaya dalam hidup dalam menempuh SPM yang akan datang

Program ini diteruskan dengan makan tengah hari bersama -sama dan solat. Pada pukul 2.00 petang ialah ceramah motivasi STEM oleh Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Halimaton Bt Hamdan , Pengerusi Yayasan Myprihatin serta penyampaian sumbangan wang saku dan cenderamata. Dan yang paling ditunggu - tunggu oleh PRS saya semestinya persembahan nyanyian oleh Saudari Heliza Helmi dan sesi bergambar kenangan.

Terima kasih kepada Cikgu Rahimi yang sudi menjemput ahli PRS saya bagi menjalankan aktiviti murni ini.

Program KBAT Dan Ithink Murid Ting 2

Aktiviti KBAT dan IThink Untuk Murid Ting 2 dianjurkan oleh UBK. Pn Raudzah selaku guru kaunseling petang mengadakan program ini di dewan pada pukul 12 hingga 1 tgh hari pada 25 Feb 2016 yang lalu. Bagi guru sesi petang pula adalah aktiviti LDK. Program dibimbing oleh guru cemerlang sekolah Pn Sharin Hanum

Ice Breaking Modul PERASA

Pada hari Sabtu yang lepas group UBK diamanahkan untuk menjalankan sesi ice breaking dan kejelekitan antara warga sekolah. Semoga aktiviti ini dimanfaatkan  dan mendapat pengajaran dan tauladan yg berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sunday 28 February 2016

Aktiviti Info Hunt Kelab Kerjaya


Aktiviti Rabu lepas lebih kepada pertandingan dalaman yang mana saya menyediakan soalan dan peserta kumpulan dikehendaki melengkapkan soalan tersebut. Aktiviti dijalankan dalam masa sejam sahaja memandangkan latihan rumah sukan sudah bermula

Soalan
 1) Sila ke koperasi dan kenalpasti barangan yang paling mahal dijual. Bincang dalam kumpulan strategi pemasaran untuk meningkatkan jualan barangan tersebut.

2) Sila ke pusat sumber dan membuat pinjaman buku mengenai tajuk kerjaya. Buat ulasan mengenai buku tersebut

3) Sila ke kantin dan memilih satu gerai yang paling anda berminat untuk mengetahui mengenai pengalaman jurujual kantin tersebut mengusahakan hasil jualannya. Temubual dari aspek kos barang dan untung rugi jualan kantin tersebut.

4) Sila ke wakaf Minda Sihat. Salin langkah-langkah cara membuat urutan ketika stress. Pilih satu model dalam kalangan ahli kumpulan dan buat latihan urutan stress tersebut sewaktu pembentangan.

Saturday 20 February 2016

Pementoran Juara Permata

perjumpaan pertama pada 3 Feb antara mentor dengan murid program Permata di bilik mesyuarat pada masa NILAM. Sesi berkenalan antara mentor dan mantee dijalankan agar saling mengenali dan membuat temujanji dan merancang strategi untuk meningkatkan akademik masing - masing sama ada akademik individu atau akademik dalam kumpulan. perjumpaan  berlangsung selama 30 minit. Setiap ahli kumpulan akan duduk bersama dengan mentor masing - masing dan membentuk 8 kumpulan. Mentor terdiri dari pentadbir iaitu pengetua, penolong kanan dan ketua bidang yg bertindak selaku mentor kumpulan

Friday 19 February 2016

Program RAI Februari

Sambutan RAI : Raikan Anda Yang Istimewa semalam dijalankan sebelum program persembahan RIMUP Tahun Baru Cina. Selamat Hari Jadi kepada semua penerima hadiah hari jadi yang diraikan. Tidak ramai baby Februari di sesi pagi hanya 45 orang sahaja.  Selamat Hari Jadi juga kepada 5 orang guru yang menyambutnya pada bulan Februari iaitu Pn Zizawani Fauzi, Puan Murni Jali, Ustaz Nasrun Ahmad, Pn Zalilah dan Pn Jasbir Kaur. Kepada murid -murid semoga sukses dalam kehidupan dan kepada para guru yang juga kawan-kawan sekerja saya..semoga dimurahkan rezeki :)

Thursday 18 February 2016

RIMUP Tahun Baru Cina

Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) yg dianjurkan oleh saya selaku penyelaras program Guru Penyayang. Di bawah sambutan perayaan,  saya mengadakan program mentor mantee Guru Penyayang berbentuk jamuan makan bersama antara mentor dan mantee dalam bentuk pot luck. Memandangkan komposisi kaum Cina hampir 47 peratus juga di sekolah ini, sudah tentulah satu sambutan yg muhibbah diraikan di sekolah. Kami mengadakan program sewaktu perjumpaan kokurikulum pada pukul 1.10 tengah hari hingga pukul 3 petang dan murid murid menikmati makan tengah hari bersama guru kelas dan guru mentor kelas masing masing. Dari hari Isnin lagi sy mengingatkn murid bahawa aktiviti makan bersama bukanlah pertandingan kelas mana membawa mkn paling sedap atau kelas mana yg membawa mkn paling byk! Yang penting perasaan kekeluargaan apabila dapat mkn bersama sama dlm keluarga besar anda. Ibarat anda makan mkn sedap seperti KFC tetapi bersendirian di meja mkn berbanding org yg mkn roti canai tetapi bersama ahli keluarga ada ibu dan ayah di meja makan dan dalam suasana yg menyeronokkan...tentulah suasana itu yg ingin disemai dalam diri sahsiah anak anak.
Pada pukul 2 ptg semua berkumpul di dewan untuk menyaksikan persembahan RIMUP pelbagai kaum dengan dimulakan dengan nyanyian beramai ramai lagu Cina, persembahan silat, persembahan yoyo Cina dan sketsa pendek mengenai sosialisasi masyarakat yg berbilang kaum.
Orait dari 12.30 hingga 3.15 petang sy umpama tokey funfair hahaha..ke hulu hilir memastikan program berjalan lancar dgn team PRS Ting 5 yg membantu. Selesai sahaja dewan dikemas, barulah terasa kakiku ..uhuk uhuk ..i need a massage please.