SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 25 May 2014

Sesi fotografi majalah sekolah

Sesi fotografi Kelab Kerjaya, PRS dan PROSTAR untuk majalah sekolah. Tahun ni boleh bawa prop apalagi seronokla student dengan idea idea baru untuk picture tak formal



Monday 12 May 2014

Perkongsian Pengalaman Jabatan Penjara Malaysia.

Projek hari ni bawah PPSDM. Melbatkan semua kelas tingkatan tiga kecuali 3A 3 B dan 3C. Hari ni perkongsian pengalaman dari Jabatan Penjara Malaysia mengenai azab berada di dalam penjara dan dirotan. Suasana dalam penjara yg sangat menginsafkan menyebabkan pelajar bertanya pelbagai soalan kerana teruja dengan pengalaman yang disebutkan. Jika hukuman rotan dikenakan, contohnya 10 sebatan, sebatan akan dikenakan pada hari itu juga. 3 sebatan di tempat berbeza. Sebatan ke 4 di tempat asal yg pertama tadi. Jika pesalah pengsan dan diperiksa oleh doktor pesalah itu memang pengsan dan tidak berdaya maka sebat tidak diteruskan. Walau ada baki sebatan ketika itu dan dianggap sebatan telah selesai. Fakta menarik.
Satu lagi mengenai rumah transit iaitu banduan yang akan dilepaskan dari penjara beberapa bulan lagi akan menjalani kehidupan di rumah transit dan jika melakukan kesalahan maka akan dikenakan penjara semula.

Saturday 10 May 2014

Aktiviti Team Building Selepas Merentas Desa

Hari ini aktiviti merentas desa dengan gelaran larian jubli emas smk cheras. Selepas tamat larian jubli emas, pelajar sesi pagi menjawab peperiksaan PJ manakala pelajar sesi petang tingkatan satu dan tingkatan dua dikendalikan oleh guru kaunseling di dewan dan di gimnasium. Di dewan kami menjemput untuk aktiviti senam renganggan dan senamrobik dari pukul 11.20 pagi hingga 1.10 tengah hari untuk pelajar tingkatan satu manakala pelajar tingkatan dua di gimnasium dengan aktiviti team building.