SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 22 November 2014

Majlis Penutup Program Selepas Peperiksaan

Penyampaian Hadiah Program Selepas Peperiksaan diadakan sewaktu penutup hari persekolahan

Program Ting 3 selepas peperiksaan

Sepanjang dua minggu selepas peperiksaan pelbagai aktiviti menarik yang disusun oleh UBK dan mendapat kerjasama dari panitia iaitu melukis poster pendidikan komuniti ASEAN,
pertandingan membaca berita, mereka penanda buku, rekacipta alat dari bahan kitar semula, pertandingan congkak, pertandingan futsal, info hunt, detektif muda, melukis mural dan ceramah kemasukan selepas PT3 ke sekolah teknik, vokasional dan berasrama penuh

Lawatan Pelajar Ting 3

Sempena program akhir tahun sepanjang minggu ini kami bawa pelajar ting 3 ke
Zoo Negara
Taman Botani Putrajaya
Pusat Sains
Rumah Jagaan Warga Tua

Monday 3 November 2014

Taklimat Kolej Vokasional di Kolej YPC IT Web

Program anjuran YPC untuk sekolah sekolah angkat YPC. SMK Cheras selaku tuan rumah yg mengendalikan program. Semua guru kaunseling terlibat sebagai AJK iaitu Cikgu Aiza selaku pengerusi majlis, Cikgu Padali selaku AJK Multimedia, Cikgu Rozi selaku AJK Pendaftaran dan Cikgu Raudah sbg AJK Makanan.
Pihak sekolah sendiri menghantar 20 pelajar untuk mendengar taklimat ini.

Taklimat disampaikan sendiri oleh pengarah kolej vokasional ert setapak iaitu pn norhana dan pengarah kolej vokasional kajang iaitu Tn Hj Ghazali.