SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 30 May 2016

Perkampungan Ilmu Juara SPM

Perkampungan Ilmu program Juara Permata yang dijalankan dari 29 Mei hingga 30 Mei 2016 dijalankan di Singgah Santai Resort, Hulu Langat, Selangor anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Saya selaku penyelaras program Juara, menganjurkan program ini atas ilham puan pengetua agar program ini merupakan program eksklusif untuk murid Juara yang sekolah target untuk mendapat 6A ke atas dan staraight A untuk SPM 2016. Hanya 15 orang sahaja murid sasaran Juara yang dapat hadir ke program ini manakala selebihnya ditawarkan kepada murid dari kelas aliran sains dan kelas aliran perakaunan yang boleh hadir ke program ini. Seramai 35 orang yang terlibat t, antara slot akademik ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kimia, Prinsip Akaun, Sejarah dan satu slot mengenai Kemahiran Mencatat Nota dan Kemahiran Mengingat oleh motivator terkenal kemahiran belajar iaitu Osman Affan. Program ini diadakan sewaktu cuti sekolah dan dalam masa yang sama sekolah juga mengadakan kelas tambahan kepada murid ting 5 yang lain di sekolah bagi mata pelajaran tertentu.

Saturday 28 May 2016

Lawatan Penandaaras dari Guru Kaunseling Zon Sentul

Pada 24 Mei 2016 SMK Cheras menerima kehadiran tetamu iaitu guru -guru kaunseling dari Zon Sentul untuk mempelajari mengenai sistem perkhidmatan inovasi e-klien yang telah dimenangi oleh kami sebagai johan dalam pertandingan inovasi Bahagian Psikologi Kaunseling kategori sistem maklumat. Cikgu Padali menerangkan mengenai sistem dashboard kaunselor sekolah , blog UBK dan sistem e-klien kami yang ditambah untuk pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif sekolah.

Lawatan di bilik kaunseling dijalankan sebelum saya sendiri menerangkan taklimat mengenai program kajian tindakan yang boleh dijalankan oleh perkhidmatan kaunseling.

Terima kasih kerana sudi hadir ke sekolah kami :)

Lawatan Penandaaras UBK dari SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi, Selangor

Terima kasih kepada rombongan kaunselor yang diketuai oleh Puan Rozita Buyong ke SMK Cheras untuk lawatan penandaaras sekolah kami mengenai perkhidmatan UBK pada 25 Mei 2016 yg lalu.

Anugerah Zoom In Kehadiran April 2016

Penyerahan sijil kepada ketua tingkatan , guru tingkatan dan mentor diadakan hari ini bagi kelas yang memperolehi peratus kehadiran yang tinggi iaitu 90 peratus ke atas. Saya tidak gembira dengan kehadiran murid bulan ini iaitu 89.7% dan merundumkan purata peratus kehadiran keseluruhan. Walau bagaimanapun saya masih boleh tersengih sengih melihat purata masih 91% untuk 4 bulan dan masih lagi mencapai KPI kehadiran iaitu 90% ke sekolah.

Tahniah kepada kelas 1 Imtiyaz, 2 Imtiyaz, 3 Imtiyaz, 3 Amanah, 3 Bestari, 3 Gigih, 3 Sapelele, 4 Alpha, 4 Gamma, 4 Al Farabi, 5 Alpha, 5 Al Farabi, 5 Ibnu Sina.

Saturday 21 May 2016

Kumpulan Inovatif Kreatif SMK Cheras

Pada 18 Mei 2016, Kumpulan Inovatif Kreatif SMK Cheras yg terdiri dari 4 orang geng kaunselor,  setiausaha peningkatan akademik Pn Sharin, guru VLE Frog iaitu Pn Norliza Borhan dan guru setiausaha HEM iaitu Pn Nafsah Mohd Shah membentangkan kepada guru-guru mengenai perlaksanaan inovasi kami iaitu e-klien untuk murid, guru dan ibu bapa. Hasil dari beberapa siri mesyuarat yang kami bincangkan, terhasilla produk ini. Di bawah e-klien guru terdapat beberapa perkara yang mereka boleh lakukan seperti e-rujukan murid kepada kami, e- mesyuarat iaitu surat menyurat mesyuarat dan sebagainya. Kami meminta maklumbalas untuk penambahbaikan sistem ini.

Pemantauan Program Minda Sihat

Mendapat mesej dari pegawai kaunseling BPSH KPM , En Pilus mengenai sekolah dipilih untuk pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perjalanan program Minda Sihat pada 19 Mei 2016:)

Terima kasih kepada EN Rofii penolong pengarah Unit Kaunseling JPWPKL yang sudi hadir juga ke sekolah. Terima kasih kepada En Pilus yang mencadangkan sekolah kami. Dr Norasyikin orang kuat program Minda Sihat peringkat KKM hadir bersama 6 orang  doktor, kaunselor perubatan dan seorang staf. Kami berbincang secara telus masalah yang kami hadapi dan penambahbaikan yang diharapkan di masa hadapan. Kami juga berbincang tentang program dan intervensi yang telah dijalankan dengan murid ini. Selesai pembentangan saya, Padali pula menunjukkan inovasi ciptaannya dengan soal selidik DASS yang boleh dijalankan secara online dan terus mendapat skor.

Nampaknya Dr Norasyikin sangat berpuas hati dengan perjalanan program minda sihat yang dijalankan dan akan mengusulkan pembentangan kami di peringkat kebangsaan :)