SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 23 February 2014

Seminar Kerjaya di YPC

22 feb 2014 aktiviti yg dikendalikan oleh YPC disertai oleh 27 ahli Kelab Kerjaya dan PRS di SK Convent Jln Peel bersama pelajar dari sekolah sekolah angkat YPC. Seminar mengenai motivasi kerjaya dan kerjaya mengenai bidang polis, dan ceramah kemasukan ke Kolej YPC ITWeb

Monday 17 February 2014

Penetapan Matlamat PMR

Pada 15 feb program penetapan matlamat dijalankan di dewan sekolah. UBK menjemput penceramah dari Berjaya College untuk memberikan motivasi mengenai penetapan matlamat bagi peperiksaan penting pelajar Ting 3 tahun ini. Setelah itu pelajar dibimbing oleh Cikgu Padali untuk menetapkan sasaran PMR mereka. Setelah itu akujanji pelajar untuk belajar bersungguh sungguh dijalankan dengan diketuai oleh Hashim selaku ahli PRS.

Wednesday 12 February 2014

Mentor Mantee: Sambutan Tahun Baru Cina

Mentor mantee guru penyayang pada 10 februari 2013 diadakan majlis sambutan tahun baru cina dengan jamuan makan. Warga sekolah menyambut sambutan tahun baru cina dengan suasana muhibah

Tuesday 11 February 2014

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya

Kursus dijalankan pada 8 - 9 feb di sekolah. Kursus asas dan kursus peningkatan yang melibatkan 112 pelajar. Modul yang digunakan dikendalikan sepenuhnya oleh PRS tingkatan lima dan hanya night walk dikendalikan oleh bekas pelajar tahun lepas.

Sunday 9 February 2014

Penetapan Matlamat SPM

Hari penetapan matlamat dengan penceramah jemputan Mr Roberto dari INTI College pada 28 januari 2014 di dewan. Setelah selesai program motivasi pelajar sign akujanji penetapan target untuk SPM.

Program Mentor Mantee Guru Penyayang

Modul pertama mentor mantee dijalankan pada 13 Januari 2014. Dalam program ini modul ice breaking dan mengisi maklumat diri. Selain itu, guru dan pelajar berbincang mengenai sambutan hari jadi di kelas masing masing

Hari Orientasi

Orientasi Ting 1 dan Peralihan dijalankan pada 31 dis 2013. Ibu bapa yang hadir seramai 324 orang pada hari tersebut. Orientasi dipecahkan kepada dua bahagian iaitu di dewan untuk taklimat ibu bapa bersama pentadbir dan para pelajar di tapak perhimpunan. Orientasi bersambung pada minggu hadapan iaitu 2, 3 dan 6 januari untuk slot bersama disiplin, kokurikulum, pbs, pusat sumber, biasiswa, taklimat muzik dan kelas aliran arab.