SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 30 March 2015

Tahniah PRS : Majlis Anugerah Cemerlang

Majlis Anugerah Cemerlang yg diadakan pada hari Sabtu 28 Mac 2015.
Ahli-ahli PRS yang cemerlang dalam akademik. Tahniah!
Hidayat : Anugerah Khas Pengetua
Fudzla : anugerah pelajar terbaik MPV bagi SPM
Ainatul, Aimuni dan Hidayat pelajar cemerlang SPM
Ainatul, Aimuni, Hidayat dan Izzati : anugerah cemerlang peperiksaan  Ting 5
Hashim dan Nurin : Anugerah pelajar terbaik ting 3/2014
Haiqal, Irdina, Nurin dan Ain: Anugerah pelajar terbaik Ting 2/2014 dalam mata pelajaran
Anugerah pelajar terbaik ting 2/2014


Anugerah pelajar terbaik ting 1/2014

Sunday 29 March 2015

Slot Motivasi Bersama Alumni Sekolah

Pada 27 Mac untuk slot Moral, UBK menjemput bekas pelajar Teh Fuh Hur untuk menyampaikan motivasi kepada pelajar pelajar Moral untuk slot sahsiah pagi Jumaat. Teh Fuh Hur pelajar batch 2005 yg kini adalah juruterbang bagi Air Asia. Sebelum itu slot sketsa pendek di bawah latihan guru praktikal dijalankan mengenai peranan guru bukan setakat mendidik pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Program K BAT Bahasa Melayu.PT3

Pada 25 Mac seramai 26 pelajar terlibat ke Kolej YPC untuk menghadiri Bengkel KBAT Bahasa Melayu.

Saturday 28 March 2015

Penghargaan ZooM Kelas

Tahniah kepada kelas kelas yg telah mencapai KPI KPM iaitu 95 peratus kehadiran ke sekolah bagi bulan Februari. Wakil kelas bersama mentor kelas tersebut menerima sijil penghargaan. Kelas yg bertuah ialah 4V1, 3A, 2C dan 1C

Wednesday 11 March 2015

Karnival Jom Masuk U

Pada 8 mac, UBK membawa pelajar ke UIA untuk karnival jom masuk U. Pelajar yang terlibat ialah dari kelas 5S1 dan pelajar kelab kerjaya dan ahli PRS. Pelajar berpeluang untuk bertanya lebih lanjut mengenai peluang pengajian di tahap yg lebih tinggi.

PPSDM: Pelajar ponteng sekolah

Pada 6 Mac untuk program PPSDM kami menjemput pegawai perhubungan sekolah iaitu ASP Ezanee untuk menyampaikan sesi motivasi kepada pelajar yg bermasalah ponteng sekolah. Setelah selesai sesi motivasi, kami terus membuat kelompok kaunseling untuk mengenalpasti punca pelajar ponteng sekolah dan sejauh mana tindakan diambil oleh ibu bapa penjaga.

Sunday 8 March 2015

Program Permata SMK Cheras

Perkenalkan program Permata iaitu pelajar sasaran sekolah untuk memperolehi straight A dalam PT3 dan SPM. Tahun ini satu mentor sahaja dipertanggungjawabkan untuk satu mantee. Seramai 10 orang pelajar PT3 dan 10 orang pelajar SPM terlibat dengan program ini. 

Saturday 7 March 2015

KBAT Sains PT3 di YPC

Pada 25 Februari SMK Cheras terpilih sebagai tuan rumah untuk program KBAT Sains PT3. Tuan rumah bermaksud AJK dalam kalangan guru SMK Cheras dan semua guru kaunseling terpilih untuk bertindak selaku AJK Program. Kami membawa semua pelajar kelas 3C untuk menyertai bengkel separuh hari ini.

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya

Kursus yang dijalankan pada 28 Februari hingga 1 Mac 2015. Program PRS untuk tahap bongsu, muda dan sulung dengan modul dari 3 peringkat berkenaan. Dikendalikan dengan jayanya oleh fasilitator PRS Ting 5. Majlis penutup oleh senior PRS Azfar Kamarudin batch 2012 yang merupakan role model PRS yg boleh dicontohi kerana kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Program RIMUP Guru Penyayang

Pada 25 Februari program mentor mantee Guru Penyayang diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina. Persembahan pelajar diadakan di dewan dengan kerjasama pelbagai kaum. Mentor makan bersama sama mantee.