SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday 21 October 2015

Johan Hari Inovasi Kebangsaan KPM : Kategori Sistem Maklumat

Hari ini merupakan hari yg bertuah bagi kami kerana menjadi Johan Kategori Maklumat Hari Inovasi Kebangsaan KPM yang diadakan di Sarawak pada 20 dan 21 Oktober 2015. Projek edashboard kami berjaya mendapat johan hasil dari pertandingan yg telah dijalankan pada 5 hingga 6 Oktober 2015.
Kami akan berkongsikan mengenai inovasi ini pada entri yg akan datang untuk panduan perkhidmatan kaunseling. Terima kasih kepada para penaja kami untuk kami berempat 4 orang guru kaunseling  iaitu Kuala Lumpur Counselling Association yg menaja kos poster, banting dan peralatan. Tajaan tiket kapal terbang dari PIBG sekolah, tajaan hotel dari koperasi sekolah dan kos makanan dan perbelanjaan sepanjang di Sarawak oleh Yayasan Pendidikan Cheras. Terima kasih kepada Ketua Sektor Psikologi Kaunseling JPWPKL Cik Rosnah Abdullah yang memberikan sokongan dan galakan untuk memulakan inovasi. Tidak lupa kepada puan pengetua Hajah Kamariah Abu yg menggalakkan penyertaan inovasi dan PK HEM Puan Sapura kami yang begitu teruja dengan segala keperluan kami untuk pertandingan ini.
Terima kasih atas sokongan

Sunday 18 October 2015

Pembaharuan perakuan amalan kaunselor berdaftar

Selepas selesai pembentangan pertandingan pada 6 Oktober lepas, kami berempat geng guru kaunseling SMK Cheras ke Lembaga Kaunselor, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya di Aras 19, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4, 62100 Putrajaya. Terletak di tingkat 19 dan nampak pandangan tasik Puterajaya yang berjerebu. Tujuan utama untuk memperbaharui perakuan amalan dwitahunan . Pembaharuan perakuan amalan dwitahunan dengan bayaran fi RM 200 dan plus denda RM 100 jika lewat memperbaharui maksimum sebulan dari tarikh akhir perakuan amalan dwitahunan luput. Kami berempat merupakan kaunselor berdaftar.

Pihak urusetia Lembaga Kaunselor juga memaklumkan bahawa permohonan boleh melalui laman web Lembaga Kaunselor Malaysia. Namun demikian, permohonan secara online tidak dapat dilakukan sekarang kerana masalah sistem. Namun demikian alternatif lain ialah download borang H- borang pembaharuan amalan dari laman web .

Mari geng guru kaunseling kita semua mendaftar

Tuesday 6 October 2015

Pertandingan Inovasi Psikologi Kaunseling KPM

Pada 5 hingga 6 Oktober 2015, diadakan pertandingan inovasi psikologi kaunseling peringkat kebangsaan. Kami selaku wakil JPWPKL untuk pertandingan inovasi kategori sistem maklumat. Doakan kami semoga berjaya.

Friday 2 October 2015

Majlis Penghargaan Dan Jamuan GBK Pudu

1 Oktober 2015 Majlis Jamuan Makan Akhir Tahun GBK Pudu diadakan di Agrotek Resort Hulu Langat. Cikgu Padali selaku penyelaras program ini. Cikgu Rozi dan Cikgu Raudzah pula selaku AJK Cabutan Bertuah dan Cenderamata. Cikgu Haiza menguruskan AGM yang berjalan sebelum Majlis Makan Akhir Tahun. Dengan ini Cikgu Haiza meletakkan jawatan selaku Pengerusi JK Guru Kaunseling Pudu manakala Cikgu Padali meletakkan jawatan selaku AJK Tugas Khas.
Program dijalankan di kawasan resort yg menghala ke dalam kawasan yg tenang dan damai. Antara aktiviti yg dijalankan ialah majlis bersara Cik Eliza dan Puan Helena, majlis bertukar cenderamata, cabutan bertuah dan anugerah khas.

UBK SMK Cheras wakil JPWPKL pertandingan pengurusan kaunseling terbaik 2015


Alhamdulillah memang rezeki kami pada tahun ini terpilih mewakili WPKL untuk pertandingan pengurusan kaunseling terbaik peringkat kebangsaan setelah pembentangan dijalankan di hadapan juri dan pegawai JPWPKL. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan pandangan untuk memastikan WPKL mendapat tempat dalam saringan kebangsaan KPM pada Oktober nanti.

Maklumat yang berguna oleh juri untuk dibaiki ialah:
Mengenai masa pembentangan 6 minit
Powerpoint yang lebih interaktif dan hyperlink
Mengaitkan perekayasaan UBK dan kerjasama disiplin
Graf yang lebih jelas dipamerkan terutama dengan impak
Mengurangkan tulisan dan lebihkan gambar yang menarik
Menterjemahkan data dalam bentuk graf
Impak yang lebih menyeluruh kepada warga sekolah lebih baik
Persembahan powerpoint perlu menyentuh point pemarkahan dan biarkan ditayang walaupun masa telah tamat terutama ketika sesi soal jawab
Mengaitkan teori sebagai asas
Video atau ulasan pengiktirafan dari orang-orang tertentu/pihak autoriti/ mengenai keberhasilan perkhidmatan
Mendapatkan sijil untuk ditunjukkan dalam dokumentasi atau slaid