SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Thursday 29 September 2016

Pertandingan Inovasi Psikologi Kaunseling

Hari ini ke Putrajaya pula E12 untuk pertandingan inovasi dan kaunseling peringkat kebangsaan anjuran BPSK mewakili WPKL. Pertandingan ini terbuka bukan sahaja kepada guru kaunseling malahan kepada kaunselor organisasi dan juga pegawai yang bertugas dalam bidang psikologi kaunseling. oleh sebab hobi saya memang suka masuk pertandingan maka rembat apa sahaja pertandingan yang ada dan disokong pula oleh geng kaunseling yang lain. Kami pertaruhkan e klien idea asli dari partner saya yang memang pakar dalam bidang pembangunan sistem iaitu Padali.

Tahun ni tempat pertandingan selesa dengan meja yg teratur dan board menampal yg juga disediakan untuk menampal poster. Mendapat undian nombor 9 dan sesi pembentangan di atas pentas dengan penonton yg terdiri dari peserta dan jemputan sekolah. Oh ya pameran diadakan untuk peserta lain meninjau lebih dekat mengenai inovasi peserta lain memandangkan masa hanya 15 minit untuk pembentangan di atas pentas sudah pasti tidak cukup untuk memberikan gambaran sebenar inovasi masing - masing dengan lebih terperinci. Untuk sekolah kami , saya dan Padali bergilir membentangkan inovasi manakala Raudzah dan Rozinani in charge pameran. Wah terdapat undian dari juri awam juga. Format anugerah yg lebih baik iaitu emas, perak dan gangsa. Pertandingan berjalan selama dua hari dan mujurlah pada hari ini giliran kami walaupun hari ini nampaknya kami satu satunya pasukan guru kaunseling sekolah yang masuk bertanding. Ini kerana esok kami mempunyai komitmen yang lain peringkat JPN

Saturday 24 September 2016

Pertandingan Amalan/Pengurusan Kaunseling Peringkat Kebangsaan

Yeah...limpahan tahniah dari whatsapp dan fb apabila sekolah kami ke peringkat kebangsaan untuk dua kategori selaku Juara Pertandingan Pengurusan Kaunseling WPKL yg membawa tema Perkhidmatan Kaunseling Abad Ke 21 dan Johan Amalan Kaunseling Peringkat Kebangsaan yg membawa tema Euphoria Kaunseling.

Pada pertandingan peringkat kebangsaan yg dijalankan pada 20 hingga 21 September di Akademi Pembangunan Belia Malaysia di Batu Gajah , Perak kami diumumkan 5 tempat teratas dan layak ke simposium amalan terbaik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk penyampaian hadiah.

Sunday 11 September 2016

Penilaian PAJSK Kelab Kerjaya

Penilaian PAJSK ialah penilaian yang dijalankan di dewan sekolah untuk semua murid diberi penilaian mengikut format PAJSK dan mereka juga perlu diberi markah berdasarkan kehadiran dan komitmen mereka di sekolah dalam aktiviti kokurikulum.

Yang menyertai Kelab Kerjaya bagi semua tingkatan 5 mencapai gred B hanya 2 orang sahaja gred C manakala semua murid ting 4 mendapat gred B. Oh ye memang susah nak dapat gred A apabila pertandingan di peringkat Zon dari 7 pertandingan dengan 31 peserta pertandingan menjadi 4 pertandingan dengan 9 peserta sahaja , malahan di peringkat JPWPKL juga sudah tidak menganjurkan Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat JPN malahan kebangsaan. Tidak seperti di era tahun 2001 hingga 2012 di mana hampir 30 peratus murid ahli Kelab Kerjaya mendapat gred A untuk kelab dan bakinya mendapat gred B. Begitu juga dengan pengiktirafan kami pasukan guru kaunseling sering mendapat top 3 kelab terbaik sewaktu Hari Kokurikulum Sekolah.

Mungkin hikmah yang terbaik untuk pasukan kaunselor sekolah kami ialah fokus kepada inovasi dan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling untuk pasukan kaunselor sendiri pula yang masuk bertanding :)

Selamat bercuti panjang
Warga Cherasian..

Wednesday 7 September 2016

Lawatan DWEN ke Sri Kenangan

Lawatan Dwen ke Rumah Penjagaan Warga Emas Cheras oleh 36 murid PRS.
Semoga menjadi pe gajaran buat peserta agar menghargai warga emas

Saturday 3 September 2016

Johan Amalan Dan Pengurusan Terbaik WPKL


Oh ye 29 ogos hari pembentangan untuk pengurusan dan amalan terbaik kaunseling WPKL di jalankan di.Erican College nun di tengah bandaraya KL. Kami geng UBK 4 orang menaiki kereta untuk ke sana meredah jem. Banyak inovasi dan kreativiti yg dikongsikan hari ini untuk saya ambil sebagai contoh yg baik untuk diamalkan.
Giliran saya yang kedua untuk mempersembahkan pengurusan terbaik
Antara sekolah yg bertanding hari ini ialah
Pengurusan Kaunseling Sekolah Rendah
SK AU Keramat
Pengurusan Kaunseling Sekolah Menengah
SMK Cheras
Pengurusan Disiplin Sekolah Menengah dan Amalan Terbaik Disiplin Sekolah Menengah
SMK Puteri Titiwangsa: Program Impressive
Amalan Terbaik Disiplin Sekolah Rendah
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih:
SK Tamil Jln Fletcher
Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Rendah
SK Bandar Baru Sentul.: Program Semurni Kasih Selembar Sayang
SK Tamil Jln Fletcher: Zeros To Heroes Alma Mater
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih: Program Cinta
Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Menengah
SMK Cheras : Euphoria Kaunseling
SM Agama WPKL: We Care We Concern
SMK Bangsar : Xpedisi
SMK Cochrane: Unlock Your Potential
SMK Taman Yarl: Hamper Penyayang DWEN
SMK Setiawangsa: Kami Prihatin
SMK Segambut: Syoknya Sekolah

Wahh mmg rezeki kami
Johan Pengurusan Kaunseling Terbaik Sekolah Menengah
Dan
Johan Amalan Terbaik Kaunseling Sekolah Menengah peringkat WPKL
Dengan ini kami layak menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan mewakili JPWPKL. Terima kasih kpd semua yg menyokong kami dari pengetua hinggalah ke rakan rakan sekerja.
Buat team yg layak wakil WPKL iaitu Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih..dan SK AU Keramat mari pulun power point untuk kebangsaan