SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday 30 July 2014

Selamat Hari Raya : PRS

Selamat Hari Raya dari PRS.

Sempena hari raya, decoration pentas utama perhimpunan pagi dihias dengan hiasan bertemakan Hari Raya oleh ahli ahli PRS seminggu sebelum raya. Hiasan ini akan dikekalkan hingga tamat Syawal. Satu aktiviti amal oleh PRS untuk sekolah.

Monday 28 July 2014

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya untuk semua pembaca blog kami yg beragama Islam. Tahun ni tak sempat buat sesi fotografi untuk geng kaunselor, so kami guna gambar tahun lepas. Maaf zahir batin untuk semua yang mengenali kami.

Saturday 26 July 2014

Bengkel Minda Sihat Sesi Petang

Semalam diadakan bengkel Minda Sihat untuk pelajar sesi petang di dewan:
Program berjalan seperti berikut
Ice breaking
Ceramah Mengendalikan Stress
Urutan Melegakan Stress
Soalan DASS

Thursday 24 July 2014

Program Motivasi Menghadapi SPM

Hari ini diadakan slot motivasi yg dibiayai oleh MARA kepada konsultan untuk mengadakan program motivasi kepada semua pelajar Islam Ting 5. Kami gabungkan sekali dengan ahli PRS Ting 4 untuk program ini yang mendapat sijil penyertaan bagi penyertaan penuh. Program bermula seawal 8 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pelajar juga diajar teknik mencatat nota dan mengingat.

Saturday 19 July 2014

Program Permata

Program ini merupakan program kecemerlangan akademik yg diletakkan dibawah penyelarasan UBK. Seramai 30 org terpilih untuk projek ini. Sasaran sekolah bagi mengecilkan GPA mereka di bawah 2.0. Antara projek yg disusun untuk mereka Mentor Mantee Permata, Kumpulan Belajar Cemerlang, Guru Muda dan lain lain.

Sunday 13 July 2014

Ceramah Ke Ting 6 dan Kolej Komuniti

Hari jumaat lepas diadakan ceramah ke ting 6 dan kolej komuniti. Bagi slot Ting 6 oleh En Rofii dari SMK Aminuddin Baki mengenai kursus di Ting 6. Pelajar dari Ting 5 s1, 5s2, 5s3, 5k1, 5k2 dan 5k3 dijemput untuk mendengar taklimat. Slot kedua taklimat dari pegawai kolej komuniti. Pelajar dari ting 5v1, 5v2, 5v3, 5k5 dan 5k4 mendengar slot dari kolej komuniti.

Lawatan Ke KOLEJ TAR

Minggu hala tuju pelajar sepanjang minggu lepas. Kami menganjurkan lawatan ke kolej TAR dan membawa semua pelajar 5s1 plus student Kelab Kerjaya Ting 5. Di sana pelajar diberikan taklimat dan kursus yg ditawarkan beserta kemudahan pembiayaan. Pelajar dibawa melawat sekeliling kampus dan merasai suasana dalam kampus.

Tuesday 8 July 2014

Menulis Resume Dan Menghadiri Temuduga

Minggu ni merupakan minggu hala tuju pelajar. Hari ni semua form 5 berkumpul didewan untuk slot dari Puan Norlina dari MSU. Puan Norlina membentangkan mengenai cara menulis resume dan menghadiri temuduga. Penyampaian yg bersahaja mmg menarik minat pelajar mendengar hampir 2 jam.