SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday 31 July 2013

PROGRAM GURU PENYAYANG - SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA PELAJAR MISKIN DAN YATIM


Selari dengan konsep guru penyayang dan tuntut di bulan ramadhan, yang mana digalakkan seseorang itu memperbanyakan ibadat dan sedekah di bulan mulia ini. 

PADA 31 JULAI 2013, pihak sekolah menyumbangkan duit raya kepada para pelajar yang miskin dan yatim bagi memberi kemudahan untuk persiapan hari raya mendatang. Duit sumbangan tersebut dapat dikumpul dengan jumlah keseluruhan RM1,500 hasil kutipan derma daripada semua guru penyayang CHERASIAN.. 


KITA MENANG LAGI... PERTANDINGAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT ZON PUDU 2013

PADA 3 JULAI 2013, sekali lagi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Cheras dinobatkan sebagai SEKOLAH TERBAIK ZON PUDU bagi Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon Pudu. 

SMK Cheras, menyertai kesemua kategori pertandingan dan 4 kategori mendapat tempat Johan dan 1 kategori mendapat tempat Ketiga. Antaranya seperti berikut: 

  • JOHAN : PERTANDINGAN MULTIMEDIA EKSPLORASI ALAM KERJAYA
  • JOHAN : PERTANDINGAN KESELURUHAN EKSPLORASI ALAM KERJAYA 
  • JOHAN : PERTANDINGAN FOLIO KERJAYA 
  • JOHAN : PERTANDINGAN SKETSA KERJAYA 
  • KETIGA  : PERTANDINGAN MEDIA MAKLUMAT

TAHNIAH KEPADA SEMUA PRS 2013... TERUTAMA SEKALI KEPADA SEMUA PESERTA ATAS KEJAYAAN INI.. INI ADALAH BERKAT USAHA ANDA SEMUA.. 

 Johan Keseluruhan dan Johan Sketsa Kerjaya 

 Tempat Ketiga Pertandingan Media Maklumat 

 Johan Pertandingan Folio Kerjaya dan EAK

 Peserta Reka Bentuk Grafik Kerjaya 

 Peserta Media Maklumat 

 Peserta Kain Rentang Kerjaya 

 Peserta Folio Kerjaya

 Peserta Sketsa Kerjaya 

Peserta Eksplorasi Alam Kerjaya 

PERSEDIAAN UNTUK PERTANDINGAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KARJAYA PERINGKAT ZON PUDU 2013

PERSEDIAAN UNTUK PERTANDINGAN KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KARJAYA PERINGKAT ZON PUDU 2013

 


PROJEK KHAS EX-PRS 2012 BERSAMA UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING MENDAKI BUKIT TABUR

PROJEK KHAS EX-PRS 2012 BERSAMA UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING 
MENDAKI BUKIT TABUR 
PADA 12 MEI 2013









PROGRAM SILATURAHIM ANTARA PRS SENIOR DAN JUNIOR TAHUN 2012

PROGRAM SILATURAHIM ANTARA PRS SENIOR DAN JUNIOR TAHUN 2012 
DI SENANDUNG MALAM IKAN BAKAR, BAGAN LALANG, SEPANG

MEMORI KITA BERSAMA... 






PROGRAM PENGHAYATAN TAMAN LAUT - PRS 2013, DI PULAU REDANG

PADA 31 MEI - 3 JUN 2013, Unit Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan Program Penghayatan Taman Laut - PRS 2013 di Pulau Redang, Terengganu. Program ini disertai seramai 40 orang pelajar PRS dan 8 orang guru pembimbing serta 2 orang 5 orang jurulatih dari JPWPKL dan JPN Terengganu. 

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang berada dipulau, antaranya ialah aktiviti Water Confident, aktiviti Keselamatan, Aktiviti Snorkeling dan Selam Skuba. 













PROGRAM PENETAPAN MATLAMAT SPM & PMR 2013

PROGRAM PENETAPAN MATLAMAT SPM & PMR 2013, merupakan program julung kali dianjurkan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini berjalan sepajang tahun dengan terbahagi kepada tiga fasa program. Fasa pertama diadakan dengan kaedah Ceramah Motivasi dan Strategik Merancang Matlamat oleh Penceramah jemputan. Pada fasa ini juga, sesi bersama kaunselor juga diadakan bagi membuat penetapan target dalam peperiksaan SPM dan PMR secara bertulis. 

Bagi Fasa dua, perjumpaan bersama ibu bapa semasa Hari Terbuka Sekolah dengan menjelaskan tentang target yang telah ditetapkan oleh anak mereka dan berbincang dalam memastikan anak mereka dapat mencapai target yang telah anak mereka tetapkan sendiri. 

Akhir sekali Fasa tiga, Program berfokus diadakan kepada para pelajar yang terlibat dengan mentor mentee permata. Program ini dilaksanakan dengan kaedah Ceramah Pecutan Akhir dan Peranan Ibu Bapa Semasa Musim Peperiksaan oleh penceramah jemputan. Pada masa yang sama, diadakan juga sesi ikrar akujanji dan tandatangan pada Benner Akujanji. 




Penceramah Jemputan (Cikgu Jinggo)

WAJAH-WAJAH CERIA PELAJAR PRS YANG CEMERLANG

WAJAH-WAJAH CERIA PELAJAR PRS YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK (SPM DAN PMR 2012) SEMASA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PERINGKAT SEKOLAH 

TAHNIAH DARI KAMI GURU-GURU KAUNSELING, TERIMA LAH SEJAMBAT BUNGA HADIAH DARI KAMI.. YOU, I, LOVE.. 





PROGRAM INTERVENSI MINDA SIHAT

PROGRAM INTERVENSI MINDA SIHAT telah dilaksanakan pada 21 Mac 2013 di Klinik Kesihatan Cheras, Kuala Lumpur. Program merupakan tahun kedua selepas SMK Cheras dijadikan sebagai sekolah rintis di Kuala Lumpur. Program mendapat kerjasama yang baik daripada Klinik Kesihatan Cheras dalam menjayakan Program-program Minda Sihat diperingkat sekolah. 



Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Peserta dan fasilitator Program

PROGRAM MENTOR MENTEE - PERMATA

PROGRAM MENTOR MENTEE - PERMATA merupakan program tahunan sekolah bagi melonjak prestasi kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik. Program ini dijalankan sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah perjumpaan dengan mentor secara berkala dan berfokus. Penglibatan ibu bapa secara lamgsung juga dilaksanakan dengan menjemput ibu bapa untuk diberi taklimat penjelasan tentang program ini dan seterusnya mendapat sambutan yang positif dari mereka. 

Program ini telah membuktikan keberkesanan sejak diperkenalkan dan diperbaharuhi kaedahnya dengan menghasilkan ramai pelajar straight A dalam peperiksaan SPM dan PMR terdahulu. 



Mentee PMR 2013
 
 Sesi Taklimat Mentee bersama Penyelaras


 Sesi Taklimat Ibu Bapa bersama Pengurusan Sekolah



Aktiviti pembelajaran bersama mentor