SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday 31 July 2013

PROGRAM PENETAPAN MATLAMAT SPM & PMR 2013

PROGRAM PENETAPAN MATLAMAT SPM & PMR 2013, merupakan program julung kali dianjurkan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini berjalan sepajang tahun dengan terbahagi kepada tiga fasa program. Fasa pertama diadakan dengan kaedah Ceramah Motivasi dan Strategik Merancang Matlamat oleh Penceramah jemputan. Pada fasa ini juga, sesi bersama kaunselor juga diadakan bagi membuat penetapan target dalam peperiksaan SPM dan PMR secara bertulis. 

Bagi Fasa dua, perjumpaan bersama ibu bapa semasa Hari Terbuka Sekolah dengan menjelaskan tentang target yang telah ditetapkan oleh anak mereka dan berbincang dalam memastikan anak mereka dapat mencapai target yang telah anak mereka tetapkan sendiri. 

Akhir sekali Fasa tiga, Program berfokus diadakan kepada para pelajar yang terlibat dengan mentor mentee permata. Program ini dilaksanakan dengan kaedah Ceramah Pecutan Akhir dan Peranan Ibu Bapa Semasa Musim Peperiksaan oleh penceramah jemputan. Pada masa yang sama, diadakan juga sesi ikrar akujanji dan tandatangan pada Benner Akujanji. 




Penceramah Jemputan (Cikgu Jinggo)