SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 22 November 2014

Majlis Penutup Program Selepas Peperiksaan

Penyampaian Hadiah Program Selepas Peperiksaan diadakan sewaktu penutup hari persekolahan

Program Ting 3 selepas peperiksaan

Sepanjang dua minggu selepas peperiksaan pelbagai aktiviti menarik yang disusun oleh UBK dan mendapat kerjasama dari panitia iaitu melukis poster pendidikan komuniti ASEAN,
pertandingan membaca berita, mereka penanda buku, rekacipta alat dari bahan kitar semula, pertandingan congkak, pertandingan futsal, info hunt, detektif muda, melukis mural dan ceramah kemasukan selepas PT3 ke sekolah teknik, vokasional dan berasrama penuh

Lawatan Pelajar Ting 3

Sempena program akhir tahun sepanjang minggu ini kami bawa pelajar ting 3 ke
Zoo Negara
Taman Botani Putrajaya
Pusat Sains
Rumah Jagaan Warga Tua

Monday 3 November 2014

Taklimat Kolej Vokasional di Kolej YPC IT Web

Program anjuran YPC untuk sekolah sekolah angkat YPC. SMK Cheras selaku tuan rumah yg mengendalikan program. Semua guru kaunseling terlibat sebagai AJK iaitu Cikgu Aiza selaku pengerusi majlis, Cikgu Padali selaku AJK Multimedia, Cikgu Rozi selaku AJK Pendaftaran dan Cikgu Raudah sbg AJK Makanan.
Pihak sekolah sendiri menghantar 20 pelajar untuk mendengar taklimat ini.

Taklimat disampaikan sendiri oleh pengarah kolej vokasional ert setapak iaitu pn norhana dan pengarah kolej vokasional kajang iaitu Tn Hj Ghazali.

Thursday 23 October 2014

INTI College, Nilai, Negeri Sembilan

Pada 15 Oktober 2014 semua pelajar ting 5 ke Kolej INTI di Nilai Negeri Sembilan untuk sesi motivasi menghadapi peperiksaan SPM. Antara aktiviti yg dijalankan ialah slot motivasi dan campus tour. Terima kasih kepada pihak kolej yg menaja makanan dan pengangkutan.

Saturday 18 October 2014

Ke MSU Shah Alam

Pada 14 Oktober pelajar PRS Ting 5 dan Ting 4 telah ke MSU di Shah Alam. Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan mengenai kursus dan peluang yg diadakan untuk pelajar. Pelajar dibawa ke fakulti fakulti yg terdapat di sini dan diberi penerangan oleh pensyarah yg berkaitan. Fakukti kesihatan memang menarik minat pelajar kerana mempunyai simulasi patung untuk proses bersalin, patung untuk membantu mangsa yg tercekik, dan keadaan bilik hospital seperti hospital sebenar. Kedua tentulah bilik mayat untuk student perubatan melakukan kerja kursus. Ketiga ialah fakulti seni reka fesyen yg mempunyai bilik umpama showroom yg sebenar. Keempat fakukti pengurusan spa dan pelbagai fakulti lagi. Semoga lawatan ini mendekatkan pelajar untuk mengetahui dengan lebih dekat mengenai keadaan sebenar dalam universiti.

Wednesday 15 October 2014

Lawatan ke Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Kajang, Selangor

Sempena projek Dasar Warga Emas Negara, UBK membawa 35 pelajar kerumah jagaan warga emas pada 12 Oktober 2014. Program 3 jam disana dijalankan aktiviti sesi taklimat oleh Mr Meme selaku pengurus projek, sesi beramah mesra dengan warga tua dan sesi gotong royong membersihkan kawasan pusat tersebut. Diharapkan program hari itu berjaya mencapai objektif yang diingini iaitu memupuk sikap menghormati warga emas dalam masyarakat, menghargai sumbangan warga emas dan mempunyai sikap mengambil tahu warga emas yg tidak berkemampuan.

Majlis Penghargaan Pelajar Ting 5

Hari ni geng guru kaunseling bertanggungjawab selaku AJK Dokumentasi dan pendaftaran guru. Hari yang meriah dengan pelbagai warna warna pakaian pelajar. Sempat lagi cikgu Aiza dan Cikgu Rozi join persembahan guru untuk pelajar. Pesanan buat kami dari UBK..tahniah kepada semua pelajar yang akhirnya survive hingga ke ting 5. Semoga berjaya dalam SPM. Selamat melangkah ke alam selepas persekolahan dengan melanjutkan pelajaran walau dimana sahaja.