SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Wednesday 25 September 2013

Motivasi Mentor Mantee Permata

Tinggal 7 hari untuk pelajar PMR menghadapi exam PMR dan 45 hari lagi bagi SPM. UBK menganjurkan motivasi bagi para pelajar projek mentor mantee meneruskan kecemerlangan mereka dalam exam tersebut. Kemudian sesi menandatangani banner aku janji dan target PMR dan SPM bagi mereka diadakan dan akan dipasang di tapak perhimpunan.

Monday 23 September 2013

Family Day PRS

Hari Keluarga PRS telah dijalankan pada 21 Sept 2013 di Nur Lembah Pongsun. Hari merangkap Hari meraikan PRS Ting 5 yg akan menamatkn servis mereka. Idea Hawaii dicetuskan oleh AJK Ting 4.
Peserta terdiri dari PRS tingkatan 1 hingga 5 seramai 80 orang.
Aktiviti treasure hunt dijalankan dengan 6 kumpulan berentap untuk memenangi acara. Kemudian aktiviti berakit dan majlis penutup merupakan acara penyampaian hadiah dan sijil kepada AJK PRS yg disampaikan oleh cikgu Nurhaiza. Sijil AJK PROSTAR disampaikan oleh Cikgu Rozinani dan AJK Kelab Kerjaya oleh cikgu Padali. Hadiah pertandingan treasure hunt dan pakaian yg paling menarik menepati tema disampaikan oleh senior PRS iaitu Sidek. Pakaian tercantik dimenangi oleh Wan Nabilah dan Fatin bagi kategori perempuan manakala Izz Khairi memenangi kategori lelaki.

Saturday 7 September 2013

Treasure Hunt Minda Sihat

Hari ni..seramai 57 peserta terlibat dengan program Treasure Hunt  Minda Sihat dan Kesedaran Kesihatan.
Peserta terdiri dari ahli PRS dan peserta projek Minda Sihat.
Selepas sesi ice breaking, pelajar mendengar taklimat yg disampaikan oleh SN Najmi.
Pelajar dibahagikan kpd 8 kumpulan. Terdapat 8 stesen checkpoint yg perlu dilalui. Melalui aktiviti ini, pelajar mendapat pengetahuan mengenai pengurusan stres, mengawal kemarahan, katakan tidak kpd rokok, HIV

Thursday 5 September 2013

Projek DWEN

Welcome to Rumah Rawatan dan Penjagaan Orang Tua di Puchong, Selangor for project DWEN dasar warga emas negara.

UBK menganjurkan projek amal dan beramah mesra dengan penghuni disini. Peserta program terdiri dari PRS Ting 4 dan pelajar dari kelas 4v3.  Antara assigntment yang perlu dijalankan ialah menemubual 3 warga emas dan menjalankan kerja amal di situ.
Di akhir  sesi, peserta mendengar taklimat penubuhan rumah tersebut dari Puan Muji.
Diharapkan agar peserta mendapat manfaat dan ikhtibar hasil perkongsian cerita dengan warga tua.