SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 27 September 2015

Bilik Kaunseling: Sumber Maklumat

Bilik Kaunseling juga merupakan sumber maklumat yang penting yang menempatkan pelbagai maklumat yang berguna untuk rujukan murid dan guru. Antaranya sudut kerjaya, sudut inventori, sudut dokumentasi sekolah, sudut Minda Sihat dan sudut PPDa

Bilik Kaunseling SMK Cheras Kondusif Dan Berfungsi

Fungsi Bilik Kaunseling SMK Cheras yang digunakan untuk sesi kaunseling individu, sesi kaunseling kelompok, sesi konsultasi, bilik bimbingan kelas, sesi perbincangan rakan sebaya, sesi menonton televisyen. Di luar bilik kaunseling terdapat sudut membaca yang menempatkan rak pelbagai bacaan yg digunakan oleh murid untuk membaca sewaktu rehat, jika datang awal ke sekolah atau jika balik lewat menunggu dijemput dari balik sekolah. Selain itu UBK juga mempunyai taman Minda Sihat yg menempatkan Wakaf Minda Sihat untuk aktiviti santai murid sambil menjalankan teknik relaksasi

Bengkel Tutor On Line Utusan - YPC

Pada 19 Sept, Cikgu Nurhaiza selaku guru penyelaras projek tutor online Utusan dengan kerjasama YPC bersama murid yang terlibat dengan projek tutor ini menghadiri taklimat dan bengkel pendaftaran murid ke portal online. Murid terpilih merupakan murid tajaan YPC yang mana pakej dilanggan merupakan RM100 untuk setahun.

Dataraya tutor boleh diakses di www.tutor.com.my
dan dibangunkan untuk kepelbagaian platform penggunaan sama ada komputer meja, telefon pintar, tablet dan sebagainya -android, IOS atau windows. Program atas talian merupakan edisi naik taraf versi asal tutor.com.my. Setiap bahan yang digunakan murid akan diemaikan kepada guru untuk mengenalpasti tahap kegunaan bahan -bahan ini dalam kalangan murid terpilih. Ia juga membantu memudahkan guru kerana pengguna dibenarkan mengintegrasi, memanipulasi serta membuat simpanan bahan siap, mencetak, mencari bahan tambahan internet, membuat salinan dan sebagainya di atas satu paparan skrin yang sama.

Bagi murid yang terpilih ini, mereka perlu log in ke http:www.tutor.com.my/ypc dan memasukkan username dan password yang telah diberikan.  guru penyelaras akan memantau hasil tugasan berdasarkan pendaftaran murid menggunakan email guru. Murid boleh terus menyemak hasil kerja mereka kerana jawapan sama ada betul atau salah diberikan respon oleh sistem.

Program Juara: Belajar Berkumpulan Terancang

Pada 15 september,  berkesempatan untuk membuat perjumpaan dengan semua murid yang terpilih dalam projek Juara Permata sekolah. Sebagai penyelaras projek, antara strategi yang dibincangkan ialah mengenai jadual waktu bagi program speed up tingkatan lima. Mulai buka sekolah selepas cuti sekolah nanti, jadual waktu yang baru akan dibuat iaitu masa pengajaran dari pukul 7.30 pagi hingga 1.10 tengah hari sahaja agar murid dapat membuat ulangkaji di sebelah petang.

Bagi program Juara Permata , murid diberikan kebebasan memilih ahli kumpulan masing -masing dan sesuaikan masa perjumpaan kelompok masing - masing.Purata setiap kumpulan ada 5 orang. Kami akan memulakan study group secara formal dalam keadaan berjadual iaitu hari Selasa dan Rabu pada pukul 1.30 tengah hari hingga pukul 3 petang. Kumpulan Juara ini mempunyai jadual waktu khas yang dirancang oleh pihak sekolah selepas masa PdP rasmi dirombak selepas cuti sekolah Raya Haji nanti  iaitu 1.10 tengah hari. Tempat yang dicadangkan ialah bilik media dan Anjung Tamu.

Strategi sekolah membekalkan modul untuk perbincangan dalam kumpulan dan jika ada ahli kumpulan yang salah memberikan jawapan pada soalan yang terdapat pada modul, maka ahli kumpulan juga yang perlu menunjukajar bagaimanakah jawapan terhadap soalan tersebut boleh diperolehi. Skema jawapan akan turut diberikan untuk ahli kumpulan memeriksa jawapan masing - masing setelah tamat menjawab modul soalan. Guru yang mengawasi dalam bilik perbincangan merupakan guru mata pelajaran bagi topik pada hari tersebut dan hanya akan membimbing jika semua ahli dalam kumpulan tersebut tidak dapat menjawab mana -mana soalan dengan betul.

Tuesday 15 September 2015

Lawatan Ke Kolej Raffles

Pada 11 September 2015, rombongan 5K4 dan murid yg berminat ke kolej Raffles diadakan. Seramai 40 orang murid diberikan pendedahan mengenai kolej ini dan kursus yg ditawarkan. Murid dapat melihat persekitaran kampus dan menyertai aktiviti yang dijalankan.

Thursday 10 September 2015

Lawatan Ke Kolej One Academy

Hari ini projek lawatan murid ting 5 yg berminat dengan lawatan ke One Academy di mana mereka diberikan taklimat khas mengenai peluang belajar di sini dan kewangan yang disediakan. Kursus yg diadakan di sini adalah kursus yg mempunyai permintaan tinggi.  Dengan fasiliti yg hebat yg disediakan di sini, murid begitu teruja dengan gaya pengajaran dan pembelajaran yg diadakan. Aktiviti melawat sekitar kampus memberikan pengalaman dan pemandangan yg menyeronokkan.