SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 27 September 2015

Program Juara: Belajar Berkumpulan Terancang

Pada 15 september,  berkesempatan untuk membuat perjumpaan dengan semua murid yang terpilih dalam projek Juara Permata sekolah. Sebagai penyelaras projek, antara strategi yang dibincangkan ialah mengenai jadual waktu bagi program speed up tingkatan lima. Mulai buka sekolah selepas cuti sekolah nanti, jadual waktu yang baru akan dibuat iaitu masa pengajaran dari pukul 7.30 pagi hingga 1.10 tengah hari sahaja agar murid dapat membuat ulangkaji di sebelah petang.

Bagi program Juara Permata , murid diberikan kebebasan memilih ahli kumpulan masing -masing dan sesuaikan masa perjumpaan kelompok masing - masing.Purata setiap kumpulan ada 5 orang. Kami akan memulakan study group secara formal dalam keadaan berjadual iaitu hari Selasa dan Rabu pada pukul 1.30 tengah hari hingga pukul 3 petang. Kumpulan Juara ini mempunyai jadual waktu khas yang dirancang oleh pihak sekolah selepas masa PdP rasmi dirombak selepas cuti sekolah Raya Haji nanti  iaitu 1.10 tengah hari. Tempat yang dicadangkan ialah bilik media dan Anjung Tamu.

Strategi sekolah membekalkan modul untuk perbincangan dalam kumpulan dan jika ada ahli kumpulan yang salah memberikan jawapan pada soalan yang terdapat pada modul, maka ahli kumpulan juga yang perlu menunjukajar bagaimanakah jawapan terhadap soalan tersebut boleh diperolehi. Skema jawapan akan turut diberikan untuk ahli kumpulan memeriksa jawapan masing - masing setelah tamat menjawab modul soalan. Guru yang mengawasi dalam bilik perbincangan merupakan guru mata pelajaran bagi topik pada hari tersebut dan hanya akan membimbing jika semua ahli dalam kumpulan tersebut tidak dapat menjawab mana -mana soalan dengan betul.