SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 23 November 2015

Ganjaran Kehadiran Terbaik Ting 1 Ke Putrajaya

Bagi kelas ting 1, kelas 1C dan 1B merupakan kelas terbaik kehadiran sepanjang 2015. Tempat lawatan ialah ke Putrajaya.bersama rombongan murid sesi petang yang ingin mengikuti lawatan ini. yang bezanya ialah murid ting 1C percuma makan dan lawatan manakala murid lain dikenakan bayaran untuk mengikuti program ini. Terima kasih kepada PIBG yang menaja program ini. Aktiviti ini telah dijalankan pada 17 November 2015 dengan 2 buah bas iaitu satu bas untuk membawa projek Zoom In Cemerlang kehadiran ke sekolah iaitu 1C dan 1B. Manakala satu bas lagi untuk projek jalan-jalan selepas tamat peperiksaan bagi sesi petang. Namun murid perlu membayar kos lawatan bagi murid yang berminat menyertai lawatan ini jika mereka bukan dari projek kecemerlangan Zoom In.Antara tempat yang mereka lawati ialah Taman Botani Putrajaya, Wetland, Masjid dan Alamanda. Aktiviti yang dijalankan dari pukul 8 pagi hingga 3.00 petang.

Saturday 21 November 2015

Program Lawatan Ke Zoo untuk Kelas Terbaik Kehadiran 2015


Pada 16 November 2015, UBK membawa murid kelas tingkatan 3A ke Zoo Negara iaitu tempat lawatan pilihan mereka kerana kelas mereka merupakan kelas yang memegang rekod kehadiran terbaik tahun 2015 bagi projek Zoom In bersama kelas 5S3 . Tetapi kelas 3A memilih lawatan selepas peperiksaan PT3 dan hari ini saya membawa 29 murid dan 2 guru dari kelas tersebut iaitu guru kelas dan guru mentor. Zoo Negara telah banyak yang berubah dari kali terakhir 2 tahun lepas saya kunjungi. Banyak rekabentuk dan susunatur yang lebih sedap mata memandang. Dengan rombongan sekolah, bayaran pakej RM9 untuk seorang murid dan RM11 untuk pakej jika lawatan menonton panda. Manakala guru dengan bayaran RM16 untuk kiraan 10 orang murid maka bayaran seorang guru ialah RM11 dengan pakej normal dan RM 16 dengan pakej menonton panda.

Masuk ke tempat panda memerlukan satu team untuk berkumpul sebelum dibenarkan masuk. Kami perlu menunggu 20 minit diluar terlebih dahulu. kemudian 20 minit lagi menunggu di barisan tempat beratur dan 20 minit sahaja dibenarkan berada di dalam tempat panda diletakkan. Hari ini kami tidak bernasib baik kerana hanya 1 panda sahaja yang berada di dalam tempat tersebut tetapi kami mendapat kerjasama yang baik dengan kumpulan murid tadika yang masuk sekali bersama kerana mereka tidak membuat bising. Oleh itu kami berada di dalam tersebut selama 20 minit dan dapat melihat aksi panda tersebut yang tidak tidur sahaja.

Yang tak bestnya animal show tidak dapat diadakan iaitu pertunjukan ikan lumba-lumba kerana tempat tersebut dalam renovation tetapi hanya mini show sahaja yang diadakan. Bagi lawatan dalam zoo hari ini, di samping murid menonton haiwan yang terdapat di sana, saya memberikan mereka tugasan untuk menjadikan aktiviti bermaklumat.

Friday 20 November 2015

Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan

Pada 29 hingga 31 Oktober kami ke Institut Aminuddin Baki di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan untuk simposium amalan dan pengurusan kaunseling dan disiplin terbaik peringkat kebangsaan.

Terdapat pelbagai pameran dari negeri yang bertanding seumpama pameran kerjaya pula dengan masing masing membawa bahan yang bukan remeh temeh persediaannya. Maka  selain dari mendengar pembentangan simposium dapatlah juga membelek perkhidmatan kaunseling dari negeri lain sama ada dari kawasan orang asli, kawasan pendalaman, kawasan bandar dengan sekolah kluster atau kawasan kampung. Semuanya memberikan panorama yang berbeza mengenai perkhidmatan kaunseling bergantung kepada keperluan di setiap sekolah tersebut. Setap kontijen negeri menghantar antara 10 hingga 12 orang untuk menyertai simposium yang ulung kali diadakan.

Pada 30 Oktober ialah giliran SMK Cheras untuk membentangkan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling hasil dari pemilihan saringan top 5 dari saringan awal di KPM pada 19 Oktober 2015 untuk ke peringkat akhir di IAB.

Pada 31 Oktober 2015,
Hari yang ditunggu - tunggu! mendapat top 5 saringan kebangsaan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling menengah dah cukup baik bagi mengutip pengalaman di peringkat akhir bagi mendapatkan gambaran tips pertandingan untuk dipraktikkan menjadi amalan yang baik di sekolah. Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dan menyokong kami hingga sampai ke peringkat akhir walaupun mendapat sagu hati iaitu tempat ke lima.

Anugerah Ikon HEM: Majlis Anugerah HEM SMK Cheras


Majlis Anugerah HEM dijalankan pada 13 November 2015 setelah bertunda -tunda akibat masalah jerebu. Akhirnya diadakan juga majlis anugerah tersebut hari ini. Manakala anugerah untuk murid tingkatan 5 dijalankan serentak dengan Majlis Graduasi sebelum peperiksaan SPM. Majlis ini diadakan pada tarikh yang sama dengan  Majlis Penyampian Hadiah Unit HEM JPWPKL  yang bermula pada pukul 9.30 pagi. So apalagi tamat je Majlis Anugerah HEM di sekolah, maka kami terus rushing ke JPWPKL pula.

Tahun ini rezeki geng UBK mendapat anugerah tertinggi Majlis Anugerah HEM iaitu Anugerah Ikon HEM kerana kecemerlangan UBK pada tahun ini dalam membantu Unit HEM dalam pengurusan disiplin dan murid di sekolah. Antara pencapaian yang dicapai oleh UBK

1) Wakil PPW Pudu ke peringkat negeri pertandingan pengurusan kaunseling terbaik
2) Wakil PPW Pudu ke peringkat negeri untuk amalan terbaik kaunseling
3) Wakil JPWPKL ke peringkat kebangsaan untuk pertandingan pengurusan kaunseling terbaik
4) Wakil JPWPKL ke peringkat kebangsaan untuk pertandingan amalan terbaik kaunseling terbaik
5) Wakil JPWPKL - terpilih ke saringan terakhir peringkat kebangsaan top 5 pertandingan amalan terbaik kaunseling
6) Penghargaan sagu hati tempat ke 5 pertandingan amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan
7) Pertandingan pengurusan e- dashboard kaunselor wakil JPWPKL ke peringkat kebangsaan Kategori Sistem Maklumat Hari Psikologi KPM Kebangsaan: Johan pertandingan
8) Pertandingan Dikir Barat PPDa : Johan PPW Pudu
9) Pertandingan Dikir Barat Peringkat JPWPKL

Saturday 14 November 2015

Majlis Penyampaian Hadiah Unit HEM JPWPKL

Semalam merupakan hari majlis penyampaian hadiah Unit HEM JPWPKL bagi pertandingan amalan dan pengurusan kaunseling dan disiplin yang telah dijalankan pada awal Oktober 2015. Oleh kerana pagi ini kami juga mempunyai majlis penyampaian hadiah untuk Anugerah HEM Peringkat Sekolah maka tamat sahaja anugerah itu, kami terus rushing ke JPWPKL dengan PK HEM kami iaitu Puan Sapura Bt Amat. Terima kasih kepada para penaja iaitu Majlis Guru Besar JPWPKL dan saguhati disampaikan sendiri oleh YDP Majlis Guru Besar JPWPKL.

Tuesday 3 November 2015

PROJEK DENGUE PATROL : NURUL SHAMIRAH BT WAHID; NADZATUL AQMALIYANA BT OTHAMAN



TAJUK : MISI GEMPAR DENGGI

1.     NURUL SHAMIRAH BT WAHID
2.     NADZATUL AQMALIYANA BT OTHAMAN

 Penyakit deman denggi adalah punca daripada kelalaian manusia itu sendiri yang memberi peluang nyamuk aedes membiak, deman denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jankitan virus denggi (genus falvirus) yang disebar oleh nyamuk ades betina. Cara penyebaranya ialah melalui  gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi paling berat iaitu deman hemoragik denggi (dhf) dan sindrom kejutan denggi(dss)

Selain itu .sesetengah nyamuk tidak menggit manusia tetapi memilih mangsa lain seperti amfibia atau burung,nyamuk boleh mengesan karbon dioksida dari jarak 75 kaki.hanya nyamuk betina menggigit manusia dan bintang;nyamuk jantan pula menghisap madu bunga, semua nyamuk memerlukan air untuk membiak .spesies tertentu boleh membiak dalm air yang bertangkung selepas hujan lebat, nyamuk dewasa boleh hidup selama 5-6 bulan, nyamuk terbang pada kelejuan antara 1 dan 1.5 batu sejam, serangga pembunuh paling bahaya di dunia.

Seterusnya, aedes ialah sejenis nyamuk kecil, hitam dengan belang putih pada kakinya. Denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk aedes betina, kerana nyamuk jantan tidak mengigitan atau menyebarkan penyakit kerana ia tiada bahagian mulut untuk menggigit manusia ,

Sumptom deman denggi ,ialah sakit kepala ,sakit di belakang mata ,hilang selera makan ,mutah, deman ,rasa loya, sakit otot dan sendi,ruam .terdapat empat jenis virus denggi. Jankitan oleh salah satu jenis biasanya memberikan imuniti sepanjang hayat kepada jenis virus tersebut, tetapi tidak mencegah jakitan daripada jenis virus lain. Oleh itu anda boleh menghidap deman denggi lebih dari sekali .jakitan kali kedua atau berikutnya boleh menjadi lebih teruk
Sekian terima kasih

PROJEK DENGUE PATROL: MUHAMMAD HARITH HAIKAL BIN SAAD; MUHAMMAD AFIQ BIN AZHAR





                     JANGKITAN DENGGI
       MUHAMMAD HARITH HAIKAL BIN SAAD      
MUHAMMAD AFIQ BIN AZHAR 
             
    
  APA ITU DEMAM DENGGI?
   Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Hal ini menjadi isu yang  merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


                             

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.

                  
                     
 Kitaran Hidup Nyamuk
                
                

1)     Seekor nyamuk bertelur dan membiarkan telurnya terapung di atas permukaan air. Kebanyakkan telur biasanya menetas dalam tempoh 48jam dan bertukar menjadi larva.

2)     Apabila menjadi larva, ia akan kekal didalam air dan timbul ke permukaan hanya untuk mendapatkan udara. Larva bersalin kulit 4 kali sebelum bertukar menjadi kepompong.   

3)     Kepompong akan menjadi dewasa dalam masa 2 hari. Pada peringkat ini, kepompong akan berehat dan tidak makan apa-apa sehingga ia berpisah daripada sarungnya dan bertukar menjadi dewasa

4)    Pada awal peringkat dewasa, nyamuk akan berehat di permukaan air dan cuba menguatkan diri sebelum mula terbang.

 

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

1.    Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

2.    Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).

3.    Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

4.    Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.

5.    Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit
   

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
  
 
         Simptom-Simptom Jangkitan Demam Denggi


      CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI

Kita dapat mencegah jangkitan denggi dengan mengamalkan langkah 3B iaitu;

-BUBUH bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam air bertakung
-BUANG sampah di tempat yang betul
-BERSIHKAN bekas yang berpotensi tinggi untuk membiak aedes.


        -TIDAK PEDULI,MAUT MENANTI-

PROJEK DENGUE PATROL : MUHD AL-MUAZIM SHAH; MIFZAL ADAM



Fakta dan Cara-cara mencegah pembiakan nyamuk aedes

MUHD AL-MUAZIM SHAH

MIFZAL ADAM


Berdasarkan statistik terbaru, Denggi telah mengorbankan 29 orang dalam tempoh Januari sehingga 22 Februari 2014, peningkatan 263 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai nyamuk Aedes, berikut adalah fakta-fakta mengenai nyamuk Aedes dan Denggi, dan cara-cara mencegah pembiakan Aedes.


Fakta Mengenai Nyamuk Aedes dan Denggi 


  • Terdapat dua jenis nyamuk Aedes: Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Pembawa Denggi yang utama di Malaysia ialah Aedes aegypti.
  •  Nyamuk Aedes ialah binatang pembunuh manusia nombor satu.
  • Virus Denggi datang dari manusia, nyamuk Aedes cuma pembawanya.
  •  Nyamuk Aedes mampu menjangkitkan Denggi (kepada orang sihat) selepas tujuh hari ia mengigit (mendapat virus dari) pesakit Denggi.
  •  Simtom Denggi mula wujud 3-7 hari selepas gigitan.
  •  Nyamuk yang menghisap darah ialah yang betina sahaja. Nyamuk jantan hisap madu :)
  •  Cuaca panas membuat nyamuk Aedes cepat dewasa (dari 10 hari kepada 5 hari) dan membuat lebih banyak nyamuk betina di lahirkan.
  • Nyamuk boleh mengesan dan tertarik kepada karbon dioksida.
  • Nyamuk Aedes sukakan warna gelap. Oleh itu pakai pakaian berwarna cerah untuk elakkan gigitan Aedes.
  • Terdapat empat jenis virus Denggi (DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4).
  • 50-100 juta kes jangkitan Denggi baharu berlaku setiap tahun di seluruh dunia. 500,000 daripadanya adalah kes Denggi berdarah.
 Ciri-ciri Nyamuk Aedes
  • Berbelang hitam putih pada badan dan kakinya.
  • Menggigit di waktu awal pagi dan senja.
  • Membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
  • Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.
  • Telurnya boleh hidup tanpa air sehingga 9 bulan.
  • Hanya memerlukan satu sudu teh takungan air untuk membiak.
  • Jangkahayat seekor nyamuk Aedes betina ialah lebihkurang 1 bulan.
  • Setiap kali bertelur, ia akan mengeluarkan 60 hingga 100 biji telur, dan sepanjang hayatnya ia mengeluarkan 1000 biji telur.
  • Virus Denggi dalam ibu nyamuk Aedes akan diwarisi oleh anak-anaknya sehingga tujuh generasi!


Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Di Dalam Rumah:

o    Bekas jambangan bunga (vase)
o    Kolah mandi
o    Dulang perangkap air peti sejuk
o    Tangki simpanan air
o    Lain-lain bekas menyimpan air
o    Tangki pam tandas


Di Luar Rumah:

o    Tayar buruk
o    Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin
o    Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air
o    Palong hujan (roof gutter)
o    Tempurung kelapa, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau daun keladi



Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes

Tiada vaksin untuk mencegah Denggi. Satu-satunya cara untuk mencegah Denggi ialah dengan menghalang pembiakan Aedes. Berikut adalah kaedah-kaedah mencegah pembiakan dan menghapuskan Aedes. Tiada Aedes Tiada Denggi.

o    Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang dengan betul.
o    Tutup rapat semua bekas menyimpan air, atau masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (Abate) mengikut sukatan yang disyorkan pada label, atau tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
o    Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
o    Cuci dan sental hingga bersih piring alas pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu.
o    Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
o    Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol).
o    Tutup saluran overflow tangki pam tandas.