SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Tuesday 3 November 2015

PROJEK DENGUE PATROL : MUHD AL-MUAZIM SHAH; MIFZAL ADAM



Fakta dan Cara-cara mencegah pembiakan nyamuk aedes

MUHD AL-MUAZIM SHAH

MIFZAL ADAM


Berdasarkan statistik terbaru, Denggi telah mengorbankan 29 orang dalam tempoh Januari sehingga 22 Februari 2014, peningkatan 263 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai nyamuk Aedes, berikut adalah fakta-fakta mengenai nyamuk Aedes dan Denggi, dan cara-cara mencegah pembiakan Aedes.


Fakta Mengenai Nyamuk Aedes dan Denggi 


  • Terdapat dua jenis nyamuk Aedes: Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Pembawa Denggi yang utama di Malaysia ialah Aedes aegypti.
  •  Nyamuk Aedes ialah binatang pembunuh manusia nombor satu.
  • Virus Denggi datang dari manusia, nyamuk Aedes cuma pembawanya.
  •  Nyamuk Aedes mampu menjangkitkan Denggi (kepada orang sihat) selepas tujuh hari ia mengigit (mendapat virus dari) pesakit Denggi.
  •  Simtom Denggi mula wujud 3-7 hari selepas gigitan.
  •  Nyamuk yang menghisap darah ialah yang betina sahaja. Nyamuk jantan hisap madu :)
  •  Cuaca panas membuat nyamuk Aedes cepat dewasa (dari 10 hari kepada 5 hari) dan membuat lebih banyak nyamuk betina di lahirkan.
  • Nyamuk boleh mengesan dan tertarik kepada karbon dioksida.
  • Nyamuk Aedes sukakan warna gelap. Oleh itu pakai pakaian berwarna cerah untuk elakkan gigitan Aedes.
  • Terdapat empat jenis virus Denggi (DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4).
  • 50-100 juta kes jangkitan Denggi baharu berlaku setiap tahun di seluruh dunia. 500,000 daripadanya adalah kes Denggi berdarah.
 Ciri-ciri Nyamuk Aedes
  • Berbelang hitam putih pada badan dan kakinya.
  • Menggigit di waktu awal pagi dan senja.
  • Membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
  • Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.
  • Telurnya boleh hidup tanpa air sehingga 9 bulan.
  • Hanya memerlukan satu sudu teh takungan air untuk membiak.
  • Jangkahayat seekor nyamuk Aedes betina ialah lebihkurang 1 bulan.
  • Setiap kali bertelur, ia akan mengeluarkan 60 hingga 100 biji telur, dan sepanjang hayatnya ia mengeluarkan 1000 biji telur.
  • Virus Denggi dalam ibu nyamuk Aedes akan diwarisi oleh anak-anaknya sehingga tujuh generasi!


Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Di Dalam Rumah:

o    Bekas jambangan bunga (vase)
o    Kolah mandi
o    Dulang perangkap air peti sejuk
o    Tangki simpanan air
o    Lain-lain bekas menyimpan air
o    Tangki pam tandas


Di Luar Rumah:

o    Tayar buruk
o    Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin
o    Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air
o    Palong hujan (roof gutter)
o    Tempurung kelapa, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau daun keladi



Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes

Tiada vaksin untuk mencegah Denggi. Satu-satunya cara untuk mencegah Denggi ialah dengan menghalang pembiakan Aedes. Berikut adalah kaedah-kaedah mencegah pembiakan dan menghapuskan Aedes. Tiada Aedes Tiada Denggi.

o    Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang dengan betul.
o    Tutup rapat semua bekas menyimpan air, atau masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (Abate) mengikut sukatan yang disyorkan pada label, atau tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
o    Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
o    Cuci dan sental hingga bersih piring alas pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu.
o    Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
o    Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol).
o    Tutup saluran overflow tangki pam tandas.