SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 2 November 2015

PROJEK DENGUE PATROL: APA ITU DEMAM DENGGI? Nur Carmila Zullaikha bt Zulfikri.



APA ITU DEMAM DENGGI?
Nur Carmila Zullaikha bt Zulfikri.
3 Ceria
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras,Kuala Lumpur

Demam denggi merupakan salah satu musuh utama negara yang telah membunuh ramai manusia di negara Malaysia. Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian penduduk di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Antara punca-punca demam denggi merebak ialah persekitaran yang kotor dengan tin-tin, botol-botol, tayar kereta dan tempurung kelapa menjadi sarang buat pemangsa ini. Untuk makluman, telur nyamuk aedes boleh bertahan selama seminggu sekiranya air dalam bekas-bekas tersebut telah kering.Selain itu, kawasan yang ditakungi air seperti pasu bunga, kolah, dan saluran di bumbung juga menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.

Di samping itu, beberapa langkah-langkah pencegahan wabak denggi boleh kita amalkan setiap hari. Masyarakat perlu meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit untuk membersih di kawasan pembiakan denggi. Antaranya ialah membuang bekas makanan polisterin dalam tong sampah yang tertutup. Hal ini kerana polisterin dapat menakung air yang kotor dan ini menyebabkan nyamuk aedes membiak di kawasan tersebut.Selain itu,pastikan bekas simpanan air dicuci setiap minggu dan diletakkan  ubat jentik-jentik.