SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Tuesday 3 November 2015

PROJEK DENGUE PATROL: MUHAMMAD HARITH HAIKAL BIN SAAD; MUHAMMAD AFIQ BIN AZHAR





                     JANGKITAN DENGGI
       MUHAMMAD HARITH HAIKAL BIN SAAD      
MUHAMMAD AFIQ BIN AZHAR 
             
    
  APA ITU DEMAM DENGGI?
   Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Hal ini menjadi isu yang  merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


                             

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.

                  
                     
 Kitaran Hidup Nyamuk
                
                

1)     Seekor nyamuk bertelur dan membiarkan telurnya terapung di atas permukaan air. Kebanyakkan telur biasanya menetas dalam tempoh 48jam dan bertukar menjadi larva.

2)     Apabila menjadi larva, ia akan kekal didalam air dan timbul ke permukaan hanya untuk mendapatkan udara. Larva bersalin kulit 4 kali sebelum bertukar menjadi kepompong.   

3)     Kepompong akan menjadi dewasa dalam masa 2 hari. Pada peringkat ini, kepompong akan berehat dan tidak makan apa-apa sehingga ia berpisah daripada sarungnya dan bertukar menjadi dewasa

4)    Pada awal peringkat dewasa, nyamuk akan berehat di permukaan air dan cuba menguatkan diri sebelum mula terbang.

 

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

1.    Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

2.    Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).

3.    Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

4.    Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.

5.    Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit
   

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
  
 
         Simptom-Simptom Jangkitan Demam Denggi


      CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI

Kita dapat mencegah jangkitan denggi dengan mengamalkan langkah 3B iaitu;

-BUBUH bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam air bertakung
-BUANG sampah di tempat yang betul
-BERSIHKAN bekas yang berpotensi tinggi untuk membiak aedes.


        -TIDAK PEDULI,MAUT MENANTI-