SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 21 November 2015

Program Lawatan Ke Zoo untuk Kelas Terbaik Kehadiran 2015


Pada 16 November 2015, UBK membawa murid kelas tingkatan 3A ke Zoo Negara iaitu tempat lawatan pilihan mereka kerana kelas mereka merupakan kelas yang memegang rekod kehadiran terbaik tahun 2015 bagi projek Zoom In bersama kelas 5S3 . Tetapi kelas 3A memilih lawatan selepas peperiksaan PT3 dan hari ini saya membawa 29 murid dan 2 guru dari kelas tersebut iaitu guru kelas dan guru mentor. Zoo Negara telah banyak yang berubah dari kali terakhir 2 tahun lepas saya kunjungi. Banyak rekabentuk dan susunatur yang lebih sedap mata memandang. Dengan rombongan sekolah, bayaran pakej RM9 untuk seorang murid dan RM11 untuk pakej jika lawatan menonton panda. Manakala guru dengan bayaran RM16 untuk kiraan 10 orang murid maka bayaran seorang guru ialah RM11 dengan pakej normal dan RM 16 dengan pakej menonton panda.

Masuk ke tempat panda memerlukan satu team untuk berkumpul sebelum dibenarkan masuk. Kami perlu menunggu 20 minit diluar terlebih dahulu. kemudian 20 minit lagi menunggu di barisan tempat beratur dan 20 minit sahaja dibenarkan berada di dalam tempat panda diletakkan. Hari ini kami tidak bernasib baik kerana hanya 1 panda sahaja yang berada di dalam tempat tersebut tetapi kami mendapat kerjasama yang baik dengan kumpulan murid tadika yang masuk sekali bersama kerana mereka tidak membuat bising. Oleh itu kami berada di dalam tersebut selama 20 minit dan dapat melihat aksi panda tersebut yang tidak tidur sahaja.

Yang tak bestnya animal show tidak dapat diadakan iaitu pertunjukan ikan lumba-lumba kerana tempat tersebut dalam renovation tetapi hanya mini show sahaja yang diadakan. Bagi lawatan dalam zoo hari ini, di samping murid menonton haiwan yang terdapat di sana, saya memberikan mereka tugasan untuk menjadikan aktiviti bermaklumat.