SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Friday 20 November 2015

Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan

Pada 29 hingga 31 Oktober kami ke Institut Aminuddin Baki di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan untuk simposium amalan dan pengurusan kaunseling dan disiplin terbaik peringkat kebangsaan.

Terdapat pelbagai pameran dari negeri yang bertanding seumpama pameran kerjaya pula dengan masing masing membawa bahan yang bukan remeh temeh persediaannya. Maka  selain dari mendengar pembentangan simposium dapatlah juga membelek perkhidmatan kaunseling dari negeri lain sama ada dari kawasan orang asli, kawasan pendalaman, kawasan bandar dengan sekolah kluster atau kawasan kampung. Semuanya memberikan panorama yang berbeza mengenai perkhidmatan kaunseling bergantung kepada keperluan di setiap sekolah tersebut. Setap kontijen negeri menghantar antara 10 hingga 12 orang untuk menyertai simposium yang ulung kali diadakan.

Pada 30 Oktober ialah giliran SMK Cheras untuk membentangkan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling hasil dari pemilihan saringan top 5 dari saringan awal di KPM pada 19 Oktober 2015 untuk ke peringkat akhir di IAB.

Pada 31 Oktober 2015,
Hari yang ditunggu - tunggu! mendapat top 5 saringan kebangsaan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling menengah dah cukup baik bagi mengutip pengalaman di peringkat akhir bagi mendapatkan gambaran tips pertandingan untuk dipraktikkan menjadi amalan yang baik di sekolah. Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dan menyokong kami hingga sampai ke peringkat akhir walaupun mendapat sagu hati iaitu tempat ke lima.