SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Thursday 26 January 2017

e-psikometrik tingkatan 1

UBK meningkatkan kadar penggunaan VLE Frog sekolah melalui akses murid untuk intervensi psikometrik inventori minat kerjaya dan inventori personaliti tingkatan 1 secara dalam sistem komputer.Bermula 23 Jan hingga 25 Jan semua murid ting 1 menggunakan e psikometrik untuk mengenalpasti minat kerjaya mereka melalui penggunaan Inventori Minat Kerjaya dan mengenalpasti personaliti mereka melalui Inventori Personaliti.  Menggunakan email rasmi yes maka semua murid ting 1 dikehendaki membuka email yes masing masing untuk mengetahui skor mereka.  Hasil skor ini akan dibincangkan untuk memberikan bimbingan kpd murid. Melalui akses kepada email yes dan intervensi yg boleh diakses melalui blog atau VLE Frog, maka UBK mengharapkan agar dapat membantu pihak sekolah menaikkan rating VLE Frog. Boleh download pada entri saya sblm ini mengenai intervensi menggunakan intentori ini yg mempunyai alihbahasa dalam Bahasa Cina juga. Melalui penggunaan email result akan kekal untuk info murid tanpa alasan hilanglah result dan perlu dirujuk lagi untuk track skor murid.

Friday 20 January 2017

Bengkel Pengurusan Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan

Bengkel kepimpinan ketua dan penolong ketua tingkatan diadakan pada hari aktiviti kokurikulum di sekolah. Guru kaunseling selaku penyelaras iaitu pn rozinani bekerjasama dgn unit majlis ketua tingkatan iaitu puan salina dan puan suhaily.

Boleh klik di sini untuk contoh kertas kerja
http://nurhaizachemat.blogspot.my/2017/01/kertas-kerja-bengkel-pengurusan-ketua.html

Kami membahagikan slot antara kami dengan aturcara berikut

Ucapan Aluan PK HEM iaitu
Pn Cheong Moi Lian

Taklimat mengenai pengurusan program Zoom Kehadiran Murid, program RAI hari jadi, Sambutan RIMUP di sekolah serta mentor mantee oleh Pn Nurhaiza

Taklimat keselamatan dan salah laku dalam kelas untuk ditangani oleh ketua dan penolong ketua tingkatan oleh Che Mohamad Padali

Taklimat pengurusan kelas seperti buku kawalan kelas, pass keluar kelas, kebersihan dan keceriaan kelas, pengurusan data kehadiran murid dalam kelas dan lain lain oleh setiausaha Majlis Ketua Tingkatan iaitu Pn Salina.

Pelantikan AJK Majlis Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan untuk sesi pagi dan sesi petang. Tahniah kepada Aliff Bin Abu Bakar selaku pengerusi majlis ketua tingkatan yg merupakan PRS.saya hihi dan tahniah pada Athirah juga naib pengerusi Majlis Ketua Tingkatan yg juga ahli PRS.

Semoga bengkel hari ini mencapai impak yg tinggi untuk kepimpinan yg dilantik.

Thursday 19 January 2017

Bengkel Penetapan Matlamat PT3 dan SPM

Projek ke 3/2017 bengkel penetapan matlamat pt3 dan spm yg diadakan hari ini.
Oleh kerana program ini juga merupakan aktiviti sarana sekolah yg memerlukan penglibatan ibu bapa, maka semua ibu bapa ting 3 dan 5 dijemput hadir bersama sama. Walaupun hampir 80 ibu bapa yg hadir ia adalah 15% sahaja dari jumlah ibu bapa murid ting 3 dan 5.

Bengkel ini dimulakan dgn slot taklimat oleh Encik Che Padali mengenai borang penetapan matlamat, Disusuli oleh puan pengetua untuk ucapan aluan kepada ibu bapa yg hadir dan nadihat untuk murid pt3 dan SPM. 


Slot kemudiannya disambung oleh En Nor Sazali penceramah jemputan dari LPPKN selama sejam 15 minit. Tajuk ceramah berkaitan dgn penetapan matlamat sokongan ibu bapa terhadap anak. Selain itu sasaran penceramah juga untuk murid ting 5 sbg ceramah motivasi diri. 

Slot penetapan matlamat ting 3 disambung oleh cikgu nurhaiza che mat

Sunday 15 January 2017

Bengkel Pengurusan Kokurikulum AJK Murid

Salam pagi Sabtu yg ceria.
Projek kedua UBK untuk tahun ini ialah bengkel pengurusan kokurikulum untuk murid bagi AJK badan beruniform, persatuan dan permainan. AJK merupakan pengerusi dan setiausaha setiap badan kokurikulum. 2 org setiap wakil badan kokurikulum menjadikannya 132 org yg menyertai program ini.
Boleh rujuk kertas kerja saya untuk bengkel ini melalui
http://nurhaizachemat.blogspot.my/2016/12/kertas-kerja-bengkel-pengurusan.html?m=1
Antara aktiviti ialah
- cara membuat ice breaking agar perjumpaan pertama minggu depan mesti buat aktiviti slot ice breaking dikendalikan oleh Cikgu Padali
- cara membuat buku laporan perjumpaan dikendalikan oleh PK Kokurikulum
-cara membuat rancangan tahunan oleh PK Kokurikulum
- cara menyediakan modul ice breaking oleh Cikgu Padali
-cara menulis kertas kerja oleh Pn Nurhaiza..saya sendiri
Pada bengkel pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari AJK murid akan bersama guru penasihat masing masing untuk berbincang aktiviti tahunan

Sunday 8 January 2017

Minggu Orientasi Tingkatan 1 SMK Cheras

Minggu orientasi berlangsung 4 hari anjuran UBK dengan pelbagai aktiviti dari masa 1 hingga sblm rehat. Selepas rehat adalah aktiviti pdp di dalam kelas.
Antara taklimat yg dijalankan ialah taklimat disiplin, taklimat biasiswa, taklimat koperasi, taklimat kokurikulum, taklimat VLE Frog, taklimat buku teks, taklimat penggunaan pusat sumber dan program NILAM, taklimat kaunseling dan latihan nyanyian lagu sekolah.
Selamat datang dan semoga murid murid baru SMK menjadi anak anak yg berdisiplin. Dengan rekod mencecah 400 murid baru tingkatan 1 dan peralihan...maka perghh juga menguruskan mereka tahun ni. Tahun ni dgn pembaharuan 2 kelas muzik ting 1 akan diletakkan di sesi pagi.