SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Friday 20 January 2017

Bengkel Pengurusan Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan

Bengkel kepimpinan ketua dan penolong ketua tingkatan diadakan pada hari aktiviti kokurikulum di sekolah. Guru kaunseling selaku penyelaras iaitu pn rozinani bekerjasama dgn unit majlis ketua tingkatan iaitu puan salina dan puan suhaily.

Boleh klik di sini untuk contoh kertas kerja
http://nurhaizachemat.blogspot.my/2017/01/kertas-kerja-bengkel-pengurusan-ketua.html

Kami membahagikan slot antara kami dengan aturcara berikut

Ucapan Aluan PK HEM iaitu
Pn Cheong Moi Lian

Taklimat mengenai pengurusan program Zoom Kehadiran Murid, program RAI hari jadi, Sambutan RIMUP di sekolah serta mentor mantee oleh Pn Nurhaiza

Taklimat keselamatan dan salah laku dalam kelas untuk ditangani oleh ketua dan penolong ketua tingkatan oleh Che Mohamad Padali

Taklimat pengurusan kelas seperti buku kawalan kelas, pass keluar kelas, kebersihan dan keceriaan kelas, pengurusan data kehadiran murid dalam kelas dan lain lain oleh setiausaha Majlis Ketua Tingkatan iaitu Pn Salina.

Pelantikan AJK Majlis Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan untuk sesi pagi dan sesi petang. Tahniah kepada Aliff Bin Abu Bakar selaku pengerusi majlis ketua tingkatan yg merupakan PRS.saya hihi dan tahniah pada Athirah juga naib pengerusi Majlis Ketua Tingkatan yg juga ahli PRS.

Semoga bengkel hari ini mencapai impak yg tinggi untuk kepimpinan yg dilantik.