SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 14 August 2016

Lawatan Ke Kolej TAR

Khamis lepas, memandangkan saya dan Padali terlibat dengan bengkel amalan terbaik kaunseling peringkat WPKL maka Rozinani yang bertanggungjawab membawa murid kelas 5 Al Khawarizmi dan kelas 5 Beta ke Kolej TAR untuk lawatan kampus IPTS. Cikgu Afiqah selaku guru kelas 5 Al Khawarizmi juga membantu disiplin murid ke sini.
Murid diberikan taklimat mengenai program yang terdapat di KTAR ini dan seterusnya lawatan kampus untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan yang disediakan oleh kolej ini.
Diharapkan melalui program ini, murid mengetahui mengenai kursus yang sesuai untuk diikuti oleh mereka.

Friday 12 August 2016

Potensi Halatuju Murid Kelas Akaun

UBK membawa murid program Juara Permata dari kelas perakaunan ke INTI Kolej KL untuk mengetahui lebih dekat kursus yang ditawarkan oleh fakulti

Terima kasih kepada Stephenie kerana berjaya mencelikkan murid saya. dengan taklimat dari Mr Goh selaku Timlbalan Pengerusi fakulti ini, maka sesi soal jawab berlangsung dengan santai dan membantu pemahaman yang lebih baik dengan teori, kursus dan lain -lain kpd murid mengenai kursus pemasaran, perniagaan dan kewangan.

Stephenie juga bermain simulasi permainan pemasaran dan pengurusan kewangan melalui kumpulan pemasaran dan jualan. Dengan lawatan dan aktiviti selama 3 jam 30 minit, murid saya sekuarng -kurang mengetahui pelbagai cabang dari kursus perakaunan yang mereka ambil sekarang dan bukanlah hanya sekadar murid perakaunan untuk kursus perakaunan dan pengurusan kewangan sahaja. Terima kasih INTI kolej kerana sudi menaja pengangkutan dan jamuan makan.

Terima kasih afterschool.com

Terima kasih kepada afterschool.my yang mengedarkan buku ulangkaji kepada murid ting 5 . Sila layari laman web mereka yang sangat popular dalam membantu halatuju murid selepas SPM.

Sunday 7 August 2016

Kelab Kerjaya: Keceriaan UBK

Pada 3 Ogos murid Kelab Kerjaya yang hadir hanyalah 8 org murid Cina Tingkatan 5 kerana murid ting 4 yg lain terlibat dgn kontijen Hari Kebangsaan. Maka aktiviti disesuaikan dgn yg hadir membina mini poster kata kata hikmah untuk ditampal di bilik kaunseling.

Wednesday 3 August 2016

Kolaborasi SMAWPKL dan SMK Cheras


Sebagai penyelaras program Juara Permata sekolah, saya mencari peluang untuk perkongsian pintar dengan sekolah berasrama penuh sekitar zon Pudu ini bagi memberikan pengalaman kepada murid Juara saya. SMAWPKL antara sekolah yang mudah memberikan kerjasama kepada pihak sekolah sejak kolaborasi dari tahun lepas lagi. Minggu lepas 25 july bermula hari Isnin hingga Jumaat ialah program kolaborasi dgn student SM Agama WPKL. Walaupun sekolah ini meluluskan 10 orang sahaja tahun ini untuk murid Juara Permata SMK Cheras, tetapi ia cukup bermakna untuk kelansungan hubungan yang sudah masuk tahun kedua.
Feedback murid batch lepas yg seronok dengan budaya belajar SMAWPKL menjadi pembakar semangat apabila berada di dalam kelompok murid sesama Islam yg berjaya dan cemerlang akademik dan sahsiahnya. Amalan puasa sunat, sembahyang dhuha, solat taubat, solat sunat yg menjadi amalan biasa murid sekolah SMAWP dan alah bisa tegal biasa bagi murid SMAWPKL merupakan cabaran terbesar bagi murid Juara SMK Cheras. Diharapkan murid batch ini juga dapat mengambil amalan murni yg baik ini untuk dipraktikkan dan mengajak murid lain pula untuk mengamalkannya sebagai penguat jiwa.

Murid ini dibahagikan kepada beberapa kelas bertujuan untuk murid SMK Cheras dapat bergaul dengan baik dan mendapat pengalaman pembelajaran yang baru. Mereka perlu mengikuti sepenuhnya apa sahaja yang warga sekolah ini lakukan dan menjadi warga SMAWPKL untuk seminggu. Feed back dari peserta SMK Cheras sangat positif. Mereka merasa seronok kerana mendapat pengalaman baru dan mengamalkan budaya SMAWPKL untuk dipraktikkan