SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Tuesday 3 November 2015

PROJEK DENGUE PATROL : AISYAH BT ZUKRI & DIYANAH QISTINA AMIRAH BT MOHD SIDI TING. 3 CERIA, SMK CHERAS, KUALA LUMPUR



WABAK DENGGI Malaysia
AISYAH BT ZUKRI & DIYANAH QISTINA AMIRAH BT MOHD SIDI
TING. 3 CERIA, SMK CHERAS, KUALA LUMPUR

Pada tahun 2013, sebanyak 29,754 kes demam denggi dicatatkan dari bulan Januari hingga 2 November. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata jumlah kes demam denggi pada tahun 2013 menunjukkan peningkatan kira-kira 10,000 berbanding kes pada tahun 2012 yang mencatat jumlah sebanyak 18,268.


Selangor mencatat jumlah kes denggi paling tinggi antara seluruh negeri dalam Malaysia iaitu kira-kira 15,000 kes dilaporkan. Perubahan iklim di negara merupakan antara faktor utama yang menyebabkan peningkatan kes demam denggi.



Pada tahun 2015 pula, statistik denggi dari 4 hingga 10 Oktober menunjukkan, sejumlah 2,242 kes dilaporkan, meningkat 164 kes (7.9%) berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu 2,078 kes. Terdapat sepuluh negeri menunjukkan peningkatanberbanding minggu sebelumnya.





         NEGERI                    KES                   PERATUS


SELANGOR
54
5.9%
NEGERI SEMBILAN
29
111.5%
MELAKA
24
68.6%
PAHANG
23
46.0%
SARAWAK
20
26.9%
PERAK
16
11.4%
WP KL & PUTRAJAYA
11
5.9%
SABAH
8
14.5%
PERLIS
23
300%
TERENGGANU
3
10.0%



Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan dari Januari hingga 10 Oktober tahun 2015, adalah 94,064 kes, berbanding 78,756 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2014, peningkatan sebanyak 19.4% (15,308 kes).



Bagi tempoh yang sama terdapat lapan kematian dilaporkan,iaitu masing-masing 2 kematian di Pahang dan Selangor manakala masing-masing satu kematian dilaporkan di Kedah, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pulau Pinang dan Sabah. Jumlah kumulatif kematian denggi sehingga kini adalah sebanyak 261 kematian, berbanding 149 kematian bagi tenpoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 112 kematian (75.1%).



Untuk membendung peningkatan kes Denggi ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan agar pihak masyarakat meluangkan masa 10 minit setiap minggu bagi melakukan aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan Aedes di kawasan persekitaran rumah masing-masing. Ini kerana sikap segelintir individu yang masih mengabaikan aspek kebersihan tempat tinggal menjadi antara punca berlakunya peningkatan kes Denggi pada masa ini.