SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Thursday 6 August 2015

Kursus Kepimpinan 2015

Pada 1 hingga 2 ogos ubk menganjurkan kem kepimpinan di Glory Beach Resort dengan pakej yg sangat berbaloi. Barisan guru kaunseling dan PRS bertindak sebagai penceramah dan fasilitator. Program yg melibatkan 84 murid pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan koperasi. Seperti tahun tahun yg lalu juga, kami tidak menggunakan perkhidmatan konsultan luar sebaliknya kami menggunakan modul yg dijalankan oleh fasilitator PRS dan guru kaunseling sahaja. Bertolak seawal pukul 8.15 pagi kami tiba di Port Dickson pada pukul 9. 10 pagi.

Pakej aktiviti yang sangat berbaloi iaitu RM80 untuk pakej seorang selama dua hari 1 malam untuk penggunaan dewan, penginapan dan 3 kali makan. Terdapat pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gelanggang , padang, dan aktiviti pantai yang meriah.

Antara aktiviti yg dijalankan hari ini ialah ice breaking, pembentukan kumpulan, logo kumpulan, ceramah kepimpinan, modul komunikasi berkesan, modul kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran team building dan kemahiran pengucapan awam.

Hari kedua program diteruskan dengan acara di tepi pantai. Kami tidak membenarkan murid bermandi di laut dan mereka hanya menjalankan aktiviti di tepi pantai.

Pada mulanya setiap kumpulan dikehendaki membuat sorakan kumpulan masing-masing. Dan kemudian diteruskan dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan. Murid dikehendaki menjalankan tugasan dengan bergerak dari stesen ke stesen yang dijaga oleh fasilitator dan menyelesaikan tugasan berdasarkan kreativiti kumpulan masing - masing.

Antara stesen tugasan ialah perlawanan antara dua kumpulan dengan satu kaki dan menjatuhkan lawan. Jika lawan mendaratkan kedua kakinya maka individu itu tidak boleh meneruskan perlawanan. Stesen berikutnya memerlukan kreativiti kumpulan untuk memastikan dalam satu bulatan kumpulan, ahli yang pertama dapat bergerak ke ahli yang terakhir tanpa perlu melepaskan tangan masing-masing. Stesen berikutnya ialah setiap ahli perlu melibatkan diri dengan membina satu nama menggunakan tubuh badan setiap ahli untuk membina nama tersebut. Stesen kecerdasan minda juga diadakan untuk menguji minda peserta melalui soalan kuiz.

Majlis penutup pada pukul 11.00 pag