SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 15 August 2015

Program DWEN

Sempena open house SMK Cheras program RIMUP Merdeka Aidilfitri 2015, pada 8 Ogos 2015, UBK menjemput Warga Emas untuk bersama -sama memeriahkan suasana di sekolah. Oleh kerana projek DWEN di bawah Jawatnkuasa Unit Kaunseling dan guru kaunseling iaitu Cikgu Rozi bertindak selaku penyelaras DWEN (Dasar Warga Emas Negara), manakala guru kaunseling lain selaku AJK. Maka aktiviti penghargaan warga emas adalah aktiviti yang terbaik untuk dijalankan sewaktu majlis ini. Penghargaan slot selama 5 minit diberikan kepada Encik Mohamad Sidek Bin Dollah selaku bekas pengetua SMK dan bekas guru sekolah ini, untuk menyampaikan ucapan yang menyentuh mengenai kemerdekaan dan perpaduan berdasarkan pengalamannya. Selain itu, kami juga menjemput 2 orang lagi warga emas yang terdiri dari nenek murid SMK Cheras untuk turut hadir dan memeriahkan suasana dan diberi penghargaan di atas pentas oleh Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum (PK1) berupa wang tunai RM 100 seorang, barang iringan seperti kain pelikat atau telekung dan sijil penghargaan. Warga emas juga diraikan bersama tetamu kehormat dengan duduk semeja bersama untuk layanan VIP oleh pihak sekolah.

Objektif majlis ini dijalankan agar warga sekolah iaitu murid, ibu bapa dan guru menyedari bahawa warga emas adalah insan yang masih boleh menyumbang nasihat dan produktif. Mereka wajar dihormati, tidak disisihkan dan dihargai sebagai ahli masyarakat yang masih menyumbang dalam masyarakat malah pernah menyumbang sewaktu muda mereka dan diuji masalah kesihatan sewaktu tua. Hargailah mereka selagi mereka masih hidup kerana setiap insan akan melalui pusingan hidup yang sama selagi masih bernyawa hingga ke tua.