SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 2 August 2015

Lawatan Ke Institut Latihan Perindustrian

29 Julai 2015 , UBK ke Institut Latihan Perindustrian Jln Kuchai Lama. Selalu dengar mengenai ILP sahaja dan ia terletak di kawasan yang sangat strategik. Program ini merupakan anjuran Yayasan Pendidikan Cheras. Program ini melibatkan tiga buah sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras iaitu SMK Cheras, SMK Puterijaya dan SMK Convent Jalan Peel. Melawat kawasan ILP dan melihat sendiri kemudahan dan bengkel yang dijalankan diharap dapat menarik minat murid. Sesi taklimat dan soal jawab juga berjalan dengan lancar menambahkan lagi kefahaman murid mengenai kursus yang ditawarkan di ILP. Setahun pengambilan ke ILP sebanyak dua kali.