SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 12 November 2016

Anugerah HEM: Ikon Inovasi Dan Pengurusan HEM Cemerlang

Majlis Anugerah HEM dan Kokurikulum 2016 dijalankan hari ini dengan perasmi Pn Sharifah Fatihah selaku KPP Unit HEM JPWPKL .
Alhamdulillah dan terima kasih kerana anugerah dan penghargaan hari ini iaitu
Unit Kaunseling terpilih Unit Pengurusan HEM Cemerlang
Anugerah Khas Inovasi Dan Pengurusan HEM
Anugerah Kelab Terbaik

Ucapan dari pengetua dan ucapan perasmi yg gembira dgn jemputan pihak sekolah krn dapat bertemu kami yg telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan yg membanggakan WPKL dan sekolah. Sewaktu penghargaan diterima, sempat lagi Ketua Penolong Pengarah tersenyum dan berkata kepada saya 'saya selalu baca blog kamu' :)
Terima kasih KPP.

Kejayaan demi kejayaan dan penghargaan demi penghargaan menggerakkan kami untuk mengadakan kenduri kesyukuran hari ini sebaik sahaja tamat Majlis Anugerah HEM dan Kokurikulum kepada semua warga SMK Cheras.