SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 29 October 2016

Selamat Hari Jadi Warga Cherasian

Selamat Hari Jadi kepada warga Cherasian yang menyambut kelahiran pada bulan September dan Oktober. Bagi murid ting 5 saya terus mengadakan sambutan hari jadi dan pemberian kek hari jadi untuk November dan Disember. Begitu juga dgn murid ting 3 yg mana kehadiran semakin merosot, maka kami mengadakan sambutan hari jadi in advance untuk murid bulan kelahiran November dan Disember.

Macam macam stail penyerahan kek sama ada di tapak perhimpunan, di dewan, dalam kelas.bahkan di hadapan koperasi sendiri.

Bagi guru guru pula, PRS membantu mengedarkan hadiah tajaan pengetua dan kek tajaan koperasi.

Semoga dengan cara ini, ia membantu dalam meningkatkan indeks persepsi guru penyayang sekolah melalui budaya kasih sayang dan penghargaan kpd murid dan guru sewaktu hari jadi mereka. Dan yg lebih penting, menghargai hari penting seseorang menjadi budaya bagi warga Cherasian.