SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 2 October 2016

Pameran Karnival Inovasi JPWPKL

Pada 29 sept 2016 Karnival Inovasi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijalankan di Maktab Tentera Darat. UBK SMK Cheras membuka dua booth iaitu satu untuk pameran pengurusan kaunseling terbaik yang kami menangi sebagai Pengurusan Kaunseling Terbaik Peringkat Kebangsaan manakala satu lagi ialah booth untuk inovasi kaunseling di bawah pertandingan inovasi kaunseling BPSK yang mana kami mendapat johan untuk sistem dashboard kaunseling 2015. Saya dan Rozi incharge untuk pameran pengurusan kaunseling manakala Padali dan Raudzah menjaga pameran untuk inovasi kaunseling iaitu sistem dashboard kaunseling.

Sehabis sahaja perasmian Karnival Inovasi JPWPKL dijalankan, semua hadirin bergerak ke booth pameran dan pembentangan. Wah memang tak menang tangan melayan semua yang berkerumun yang terdiri dari pengetua, guru besar, penolong kanan dan guru-guru. Malahan pegawai -pegawai JPWPKL. Saya sendiri tidak sempat untuk menjenguk booth yang lain. Berlegar -legar di booth sendiri sehingga pukul 12.30 tengah hari. Di booth saya tentulah pengurusan program kaunseling jadi menjadi tarikan utama terutama amalan terbaik yang kami menangi peringkat kebangsaan tahun lepas iaitu Zoom In Menangani Ketidakhadiran Murid dan satu lagi booth tarikan utama ialah tempahan sistem dashboard kaunseling untuk guru kaunseling sekolah.

Pameran ini mempunyai sistem penilaian yang tersendiri oleh pengunjung yang perlu mengundi pameran mana yang terbaik dan akan ditentukan nanti. tak taulah jika boleh tersenarai untuk pameran terbaik kerana semua pameran memang menarik.