SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Sunday 23 April 2017

Family Day PRS

Beberapa kali projek ini ditukar tarikh sebelum dilorongkan dgn mudah pada 21 April 2017 check in dan 22 April 2017 check out . Rupanya projek Padali yg terakhir bersama UBK. Maka kami mengadakan pakej 3 dalam 1 program iaitu rakaman video kerjaya untuk pertandingan,  family day PRS dan majlis perpisahan Padali bersama PRS.  Dengan projek terakhir untuk PRS Bestari ini bermakna mereka akan dibersarakan dan tumpuan kpd PRS Ting 4 untuk mengendalikan projek UBK selepas ini bersama latihan PRS.

Video yg disiapkan sepenuhnya dgn idea kreatif pengarah projek iaitu Aliff Abu Bakar. Kawan kawan follow je arahan demi arahan yg diberikan oleh Aliff. Video untuk pertandingan kerjaya dgn tema Sahsiah Cemerlang Kerjaya Gemilang. Semoga teamwork mereka membuahkan hasil.  Video hanya akan di share di blog selepas pertandingan sama ada kalah atau menang. Sabar ye semua..

Family day projek tradisi UBK bagi meraikan tingkatan 5 yg akan menamatkan zaman persekolahan dan sbg ganjaran atas sumbangan khidmat bakti yg diberikan.